Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : orang yg menilai, pentaksir. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : orang yg menilai; penaksir. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata penilai


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Sebulan telah berlalu, saya cuma ingin tahu status manuskrip Memori Silam 1 dan Memori Silam 3. Terima kasih. Saya difahamkan ia hanya memakan masa 1 bulan untuk penilai menyatakan manuskrip tersebut layak diterbitkan atau tidak. Terima kasih.Manuskrip saudara telah diterima dan akan dibawa ke mesyuarat penilaian Pusat Penyelidikan dan Pengembangan Sasera Kanak-kanak, dan seterusnya akan dihantar kepada penilai luar, sekiranya kedua-dua mesyuarat dan penilai luar mendapati karya saudara layak untuk diterbitkan, pihak kami akan membawanya ke mesyuarat Jawatankuasa Editorial.Lain-lain18.06.2009
salam sejahtera bagaimanakah caranya saya boleh mengetahui bahawa karya saya terpilih untuk diterbitkan.

Terima kasih kerana berminat dalam bidang penulisan. Untuk makluman saudara, setiap karya yang dihantar ke Dewan Bahasa dan Pustaka akan dinilai oleh editor dan penilai pakar untuk menentukan sama ada karya tersebut wajar diterbitkan. Pegawai projek akan memaklumkan kepada saudara secara bertulis sama ada karya tersebut diperakui penerbitannya oleh penilai. Untuk makluman saudara, sekiranya karya tersebut layak diterbitkan atas perakuan penilai, pengurus projek akan menyediakan laporan manuskrip untuk diajukan kepada mesyuarat Jawatankuasa  Editorial  dan Jawatankuasa Penerbitan untuk kelulusan penerbitan. Saudara akan dimaklumkan secara bertulis tentang keputusan daripada kedua-dua jawatankuasa tersebut.

Lain-lain11.03.2008
Saya ingin mengetahui ciri - ciri sebuah sastera yang baik.Sebuah sastera yang baik, sila baca: 1. Karya sasterawan negara kerana karya-karya tersebut telah dianggap bermutu oleh ahli panel penilai. 2. Karya yang menang hadiah kerana karya tersebut telah melalui proses penilaian. 3. Karya dalam majalah kerana semua karya tersebut telah melalui proses penyuntingan oleh editor.Lain-lain22.11.2007
Salam Sejahtera.. Saya ingin tahu mengenai proses penerbitan. Sekiranya status manuskrip ialah Jawatankuasa Penerbitan (JKP), berapa lamakah masa diambil untuk kelulusan? Yg kedua, apakah kriteria yang dibincang dalam JKP walhal telah dinilai oleh penilai pakar DBP? Dan proses apa dilakukan selepas dilulus JKP ? Terima kasih.Proses penerbitan terdiri daripada beberapa proses utama: Perancangan judul (perolehan manuskrip, penulisan), Editorial (penilaian, penyuntingan substantif, penyuntingan kopi, penyediaan manuskrip bersih), Pracetak (reka letak, atur huruf, semakan pruf, naskhah sedia kamera), Pencetakan, dan Penjualan/Pemasaran.

Mesyuarat JKP biasanya diadakan empat kali setahun.  Kelulusan judul diputuskan dalam Mesyuarat JKP bagi judul yang dilaporkan dalam mesyuarat tersebut. Walaupun  telah dinilai, laporan manuskrip perlu dimajukan ke Mesyuarat JKP  untuk pertimbangan kelulusannya. JKP merupakan punca kuasa untuk menerbitkan sesebuah manuskrip. 

Setelah manuskrip diluluskan oleh JKP, proses seterusnya ialah penyuntingan kopi, dan seterusnya seperti yang dijelaskan di atas.
Lain-lain30.03.2012
Assalamualaikum, Terima kasih atas jawapan pihak tuan berkaitan ayat meniup lilin dan menghembus lilin. Dalam satu buku latihan UPSR terdapat soalan berkenaan yang memerlukan murid memilih meniup lilin atau menghembus lilin. Buku tersebut dinilai oleh Panel Penilai Guru Cemerlang Malaysia. Apakah pandangan pihak tuan jika murid diminta memilih antara meniup lilin dengan menghembus lilin.Yang mana satukah lebih tepat dan betul dari segi bahasa?Kamus Dewan menakrifkam meniup sebagai perbuatan mengenakan nafas (yang kuat pada); sama makna dengan menghembus. Berdasarkan makna yang tersebut, kedua-dua pilihan jawapan yang diberikan (meniup lilin dan menghembus lilin) adalah betul. Dalam hal ini kami mencadangkan saudara merujuk terus dan berbincang dengan penulis/penerbit buku berkenaan kerana kami menerima pakai makna yang dirakam dalam Kamus Dewan.Tatabahasa21.02.2011
Saya telah menghantar dua buah manuskrip kepada DBP dalam Jun 2008, untuk jabatan Purnama. Saya ingin tahu perkembangan terkini manuskrip itu. Judulnya ialah: a) Memori Silam 1 b) Memori Silam 3 Terima kasihManuskrip saudara telahpun diterima dan telah didaftarkan dalam senarai penerimaan manuskrip dbp.  Kedua-dua manuskrip tersebut sedang menunggu giliran untuk dihantar kepada penilai.  Setelah dinilai oleh penilai luar, jika manuskrip tersebut disarankan untuk diperbaiki, akan kami hantar kepada penulis semula untuk dibaiki, dan jika dicadangkan untuk diterbitkan, kami bawa ke Jawatankuasa Editorial DBP untuk kelulusan penerbitan.  Pihak kami memohon maaf atas kelewatan ini kerana di PURNAMA hanya terdapat 3 orang editor yang mengendalikan semua projek penerbitan di samping kerja-kerja lain. Lain-lain04.05.2009
saya nak tahu cara untuk menghantar karya kepada DBP untuk diterbitkan?? saya pelajar IPGM kampus bahasa melayu dan saya mula bergiat dalam penulisan puisi...oleh yang demikian saya ingin cuba nasib menghatar karya saya ke DBP untuk diterbitkan....

Terima kasih atas pertanyaan sdr. Karya sdr berupa puisi (asli dan bukan plagiat) perlulah dikumpulkan sekurang-kurangnya 100 buah (bermutu). Lagi banyak puisi dikumpulkan dan disertakan untuk dihantar kepada DBP lagi baik. Dalam hal ini, pakar penilai berkemungkinan besar akan menggugurkan puisi-puisi yang difikirkan tidak kuat atau tidak bermutu.

Bagi memudahkan untuk penilaian oleh pakar yang dilantik oleh DBP, sdr perlulah menyusun kemas puisi tersebut mengikut contoh atau format antologi/kumpulan (buku) puisi yang telah diterbitkan oleh DBP. Format tersebut perlulah mengandungi judul (kulit luar) dan nama pengarang, kandungan puisi, teks puisi dan biodata lengkap penulis.

Karya yang dikirimkan perlulah dalam dua (2) bentuk iaitu bahan/teks bercetak dan disket. Surat rasmi daripada pengirim perlulah mengandungi nama penuh (sertakan nama pena sekiranya ada), nombor telefon, nombor faks dan alamat e-mel (sekiranaya ada) bagi memudahkan segala urusan surat menyurat.

Kirimkan karya tersebut (sebaik-baiknya secara surat berdaftar atau hantar tangan) ke alamat: Ketua Bahagian Buku Sastera, Jabatan Penerbitan, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur.

Sekian dimaklumkan. Selamat berjaya dan wassalam.

Lain-lain04.08.2010
salam...tahun lepas saya ada hantar manuskrip untuk peraduan penulisan ilmiah,,,saya hanya ingin tahu,,adakah keputusan telah keluar?

Assalamualaikum,

                           Terima kasih kerana saudara telah mengambil bahagian dalam pertandingan Hadiah Karya Ilmiah Tahun 2009. Untuk makluman saudara, sehingga kini Urus Setia yang menangani pertandingan ini sedang menguruskan proses penilaian awal bahan yang diterima, kemudian akan mengemukakannya pula kepada Panel Pakar Penilai yang dilantik untuk dibuat penilaian dan seterusnya membuat keputusan. Harap bersabar, Urus Setia akan memaklumkan keputusan ini kepada saudara dalam tahun ini juga.

Semoga saya menjawab pertanyaan saudara ini. Terima kasih  

   

Lain-lain06.02.2010
salam sejahtera: adakah sesuai jika saya menggunakan kosa kata yang baru dikeluarkan untuk disematkan dalam teks forum pasukan sekolah kami? untuk makluman tuan, pasukan kami telah menjuarai pertandingan forum remaja peringkat bahagian dan saya mendapati bahawa masih ada kekurangan dalam teks yang saya olah...tajuk: keruntuhan akhlak dalam kalangan pelajar dan remaja,di mana penyelesaiannya? saya ingin mendapatkan tips daripada tuan dan saya berharap ada tips yang berguna untuk kami supaya dapat menjuarai sekali lagi pertandingan forum remaja peringkat negeri sarawak pada tahun ini.. salam hormat, frederick..Pihak panel penilai semasa mengadili pertandingan sentiasa mematuhi peraturan pemarkahan dari setiap aspek yang ditetapkan pihak penganjur. Penggunaan kosa kata yang betul semasa bertanding akan diambil kira dalam pemberian markah. Pihak tuan digalakkkan banyak merujuk Kamus Dewan dan buku Tatabahasa Dewan untuk memastikan ketepatan sesuatu perkataan dan ayat.Istilah29.04.2009
saya ingin tahu sama ada dewan bahasa menerima penyelidikan untuk diterbitkan.

Assalamualaikum,

                           Semua bahan yang diserahkan ke DBP boleh dipertimbangkan untuk diterbitkan ataupun tidak. Ini bergantung pada kekuatan isi kandungan bahan yang diserahkan itu tidak kira ia berbentuk penyelidikan atau penulisan biasa berdasarkan sesuatu bidang. Pihak kami akan meneliti dan membuat penilaian awal ke atas bahan tersebut atau kami akan serahkan bahan tersebut kepada penilai pakar untuk menilainya (jika perlu). Sekiranya boleh diterbitkan tetapi perlukan rombakan atau penambahbaikan, maka judul tersebut haruslah dibuat pembetulan oleh penulisnya. Sekiranya tidak sesuai, maka judul tersebut boleh ditolak oleh kami.

Semoga maklumat yang diberikan membantu saudara. Terima kasih.  

 

 

Lain-lain09.03.2010
12

Kembali ke atas