| ______daripada harta peninggalan ayahnya akan didermakan kepada anak-anak yatim. Sama ada jawapan "sebahagian" dan "sesetengah" diterima dalam soalan ini? Sama ada "sebahagian" dan "sesetengah" hanya digunakan merujuki orang manakala "sebahagian" merujuki orang dan BENDA? | Kedua-duanya boleh menjadi jawapan kepada soalan yang dikemukakan. Dalam pangkalan data kami, sesetengah bermaksud sebilangan atau sebahagian dan sebahagian juga boleh membawa maksud sesetengah atau segolongan. Oleh itu, tidak ada pengkhususan untuk manusia atau benda. | Tatabahasa | 08.01.2014 |
| ______daripada harta peninggalan ayahnya akan didermakan kepada anak-anak yatim. A. Seluruh B. Semua C. Sebahagian D. Sesetengah ~ sama ada jawapan C dan D boleh diterima? sama ada "Sebahagian" sama maksud dengan"sesetengah"? | Jawapan yang paling tepat ialah sebahagian.
| Tatabahasa | 24.12.2013 |
| Beberapa _________ tombak peninggalan datuk telah dijadikan hiasan dinding di rumah pak cik saya. A. pucuk B. laras C. bilah D. puntung Jawapannya ? Terima kasih | Penjodoh bilangan yang sesuai berdasarkan pilihan jawapan yang ada ialah sebilah tombak. | Tatabahasa | 06.01.2014 |
| Ejaan yg betul pesaka atau pusaka untuk rujuk kpd harta peninggalan selepas mati | pusaka 1 segala harta benda yg ditinggalkan oleh orang yg meninggal. 2 sesuatu yg dipunyai turun-temurun | Tatabahasa | 03.07.2018 |
| Apakah maksud 'Malam Legasi Budaya' | Maksud perkataan legasi ialah peninggalan ataupun warisan, manakala budaya bermaksud tamadun atau peradaban, dan tidak ada dalam sumber rujukan kami maksud keseluruhan frasa tersebut. | Makna | 24.07.2010 |
| APAKAH MAKSUD ARTIFAK, MONUMEN DAN FOSIL? | Artifak ialah barang-barang buatan manusia (terutamanya alat perkakas, senjata) yg merupakan peninggalan sesuatu zaman. Monumen ialah bangunan (patung dll) yg dibina utk memperingati seseorang atau sesuatu peristiwa penting, tugu. Fosil pula ialah tinggalan (sisa) jasad haiwan atau tumbuhan zaman purba (prasejarah) yg kini mengeras dan tertanam di dlm bumi (batuan dsb). | Makna | 13.08.2008 |
| Saya Khomsah Che-ni, belajar di Universiti Fatoni kelas dasar, ingin bertanya DBP, perkataan "Warisan" berasal dari bahasa apa? dan apakah maknanya? serta contoh dalam ayat | "Warisan", kata akar daripada "Waris" yang berasal daripada bahasa Arab. Warisan membawa maksud: 1. harta peninggalan, harta pusaka: Mimi pergi ke Bandung untuk suatu urusan warisan; 2. sesuatu yang diwarisi, sesuatu yang turun-temurun, peninggalan: kata jongos merupakan kata warisan kolonial. | Makna | 22.09.2014 |
| PERKATAAN BAHASA MELAYU YANG SESUAI BAGI MAKSUD 'DECOMMISSIONING AND ABANDONMENT' | Terjemahan dalam bahasa Melayu istilah decommissioning and abandonment ialah penyahtauliahan dan peninggalan. Biasanya perkataan ini digunakan dalam bidang kejuteraan. Walau bagaimanapun pelucutan juga boleh digunakan untuk perkataan decommissioning mengikut bidang tertentu kerana pelucutan bermaksud perihal menarik balik atau memberhentikan sesuatu.
| Makna | 13.06.2022 |
| Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh Saya seorang pelajar asasi di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan saya sedang melakukan kajian mengenai penggunaan singkatan dalam Bahasa Melayu . Saya ingin bertanya kepada pihak Dewan Bahasa dan Pustaka , adakah pihak DBP bersetuju bahawa masyarakat Malaysia kini terlalu banyak menggunakan singkatan perkataan ( peninggalan bunyi ) dalam bahasa Melayu ? Sebagai contoh , masyarakat Malaysia sering menyingkatkan perkataan dalam percakapan seperti sudah menjadi dah, tidak boleh menjadi takleh, sekejap menjadi jap . Adakah penggunaan singkatan yang berlebihan dalam komunikasi ini benar-benar berlaku ? Jika ya, apakah kesannya kepada masyarakat dan apakah langkah yang patut masyarakat Malaysia lakukan untuk mengatasi masalah ini ? Sekian persoalan dari saya. Terima kasih. | Salam sejahtera, Penggunaan singkatan pada perkataan Untuk makluman anda, bagi mengetahui sama ada dakwaan bahawa masyarakat Malaysia terlalu banyak menggunakan singkatan dan penggunaan berlebihan dalam komunikasi benar-benar berlaku dalam masyarakat atau tidak, DBP berpandangan penyelidikan yang autentik dan terperinci perlu dilaksanakan. Data penyelidikan diperlukan untuk mengetahui kebenaran dakwaan ini dan bukan setakat persepsi. Penyelidikan penggunaan singkatan dalam komunikasi boleh dilaksanakan dalam dua (2) konteks, iaitu komunikasi dalam situasi rasmi dan situasi tidak rasmi. Secara umumnya, penggunaan singkatan dalam konteks rasmi mesti mematuhi pedoman penulisan singkatan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), iaitu berdasarkan Pedoman Umum Ejaan Rumi Bahasa Melayu dan rujukan lain seperti Kamus Dewan dan Kamus Pelajar. Penggunaan singkatan yang tidak mengikut pedoman khususnya dalam situasi dan penggunaan rasmi memberikan kesan negatif kepada sistem bahasa Melayu yang baku. Berbeza daripada komunikasi tidak rasmi dan bahasa basahan, singkatan memang lazim. Oleh itu, gunakanlah bahasa dengan betul mengikut konteks penggunaannya. Sekian, untuk makluman. | Lain-lain | 25.10.2020 |
Ejaan yang betul: artifak atau artefak? (Merujuk kepada barang buatan manusia) | Ejaan yang betul ialah artifak, yang bermaksud barang-barang buatan manusia (terutamanya alat perkakas dan senjata) yang merupaan peninggalan sesuatu zaman. | Ejaan | 21.11.2025 |