peninju atau petinju? Konteks: sarikata | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, peninju bermaksud 1. tinju, penumbuk: peninjunya diangkat ke atas tinggi-tinggi 2. orang yang meninju. Petinju pula bermaksud orang yang berlawan tinju, ahli tinju. | Makna | 31.10.2011 |
salam sejahtera, 1. Saya mempunyai kekeliruan penggunaan perkataan 'petinju' dan 'peninju'. Mohon pihak tuan jelaskan penggunaan hukum PKTS... adakah setiap perkataan yang bermula dengan huruf-huruf tersebut perlu ditiadakan hurufnya apabila menerima imbuhan. Contoh perkataan dasar sapu, apabila menerima imbuhan pen- akan menjadi penyapu. 2. mana satu yang betul, pusat beli belah atau pusat membeli belah? sekian, terima kasih | 1. Peninju ialah orang yang meninju, manakala petinju ialah orang yang berlawan tinju. Kata dasar yang bermula dengan huruf PKTS akan gugur apabila menerima imbuhan me-. Contohnya pukul - memukul, kuis - menguis, tolak - menolak dan sepak - menyepak. 2. Pusat beli-belah, membeli-belah ialah perbuatan yang biasanya dilakukan oleh manusia. | Tatabahasa | 29.07.2012 |
assalamualaikum... soalan, apakah yang membezakan perkataan hingga dengan sehingga, peninju dengan petinju, jawapan dengan jawaban, sejak dengan semenjak. boleh jelaskan dengan memberi contoh ayat. terima kasih | Waalaikumsalam, Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat makna hingga adalah : 1. garis yg terakhir, batas: tiap-tiap sesuatu ada ~ batasnya; 2. sampai ke (had tempat, waktu, dll): percakapan terhenti ~ itu, masing-masing berdiri mencari tempat sujud; ~ kini sampai pd ketika ini; ~ kini ke atas pd masa sekarang dan selanjutnya; 3. = sehingga, hinggakan, sehinggakan sampai pd keadaan (masa dll), sampai menjadi: ~ matahari telah condong benar ke barat barulah si Tanggang berkayuh balik; 4. sl setelah (sudah); Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, peninju ialah 1. tinju, penumbuk: ~nya diangkat ke atas tinggi-tinggi; 2. orang yg meninju; manakala petinju ialah orang yg berlawan tinju, ahli tinju: ia bangga benar spt ~ yg menang di gelanggang. Ejaan jawaban dan jawapan kedua-duanya betul, dalam proses pengimbuhan kata dasar jawab + -an menghasilkan kata terbitan jawaban, tetapi kita biasa menyebutnya sebagai jawapan. Sejak dan semenjak sama sahaja maknanya. Kata sejak menerima sisipan em menjadi semenjak. | Makna | 12.03.2013 |