Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ni.pi.san] | ڤنيڤيسن

Definisi : (proses atau perbuatan) menipis atau menipiskan: tetroflurokarbon menye­babkan ~ lapisan ozon. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ni.pi.san] | ڤنيڤيسن

Definisi : proses atau perbuatan menipis atau menipiskan: ~ ozon yg disebabkan oleh pembakaran plastik secara terbuka adalah membahayakan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ni.pi.san] | ڤنيڤيسن

Definisi : perbuatan, hal dsb menipis atau menipiskan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata penipisan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Soalan tentang cakap pindah tukar kepada cakap ajuk Guru itu menerangkan bahawa dunia pada hari ini semakin panas kerana berlakunya penipisan ozon. Jawaban:“Ketahuilah bahawa dunia pada hari ini semakin panas kerana berlakunya penipisan ozon,” kata guru itu. Kenapa saya tidak boleh menulis 'dunia pada hari itu semakin panas kerana berlakunya penipisan ozon,' kata guru ini

Untuk makluman:
 
1. Apabila kita menggunakan cakap ajuk, kita mengulang ungkapan sebenar penutur.

Contoh:

      Saya sudah membuat kerja itu.

     Ayu berkata, "Saya sudah buat kerja itu." (cakap ajuk)

Perhatikan tanda koma selepas perkataan berkata dan penggunaan tanda petik (dailog) bagi menunjukkan ujaran.

2.   Dalam cakap pindah pula, kita melaporkan apa-apa yang dipercakapkan, tidak semestinya menurunkan seluruh perkataan atau ungkapan penutur, tetapi menurunkan makna yang hampir sama dengan ujaran tersebut. 

   Contoh:

   Cakap ajuk:  "Kalau aku mati, kaujaga kuburku," kata Pak Ali.

   Cakap Pindah: Pak Ali mahu agar kuburnya dijaga dengan baik jika dia meninggal dunia.

Cakap pindah yang boleh digunakan bagi cakap ajuk seperti pertanyaan puan ialah Guru menerangkan bahawa dunia pada hari ini semakin panas kerana berlakunya penipisan ozon. 
Tatabahasa08.01.2021

Kembali ke atas