MAKSUD PENIPUAN | Saudara boleh menggunakan enjin carian Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM) http://prpm.dbp.gov.my untuk mencari maklumat. PRPM merupakan satu cara lain untuk membuat rujukan atau mendapatkan makna kata, istilah, peribahasa dan sebagainya. Saudara hendaklah memasukkan perkataan tersebut dalam ruang yang disediakan dan klik "cari". | Lain-lain | 27.10.2010 |
______ kemurkaan Sultan Abdullah berpunca daripada penipuan yang dilakukan oleh pedagang itu. A) maka B) hatta C) adapun D)arkian. Bagaimankah soalan ini dijawab? | c) Adapun kemurkaan Sultan Abdullah berpunca daripada penipuan yang dilakukan oleh pedagang itu. T.kasih. | Lain-lain | 04.07.2008 |
Apakah kata majmuk atau kata ganda untuk perkataan " tipu " ? | 'Tipu' ialah kata kerja, untuk merujuk banyaknya kegiatan penipuan yang berlaku lazimnya disebut 'beberapa kes penipuan'. | Tatabahasa | 30.03.2011 |
______ kemurkaan Sultan Abdullah berpunca daripada penipuan yang dilakukan oleh pedagang itu. A) maka B) hatta C) adapun D)arkian. mengapakah adapun dipilih sebagai jawapan? apakah maksud dengan adapun. maafkan saya kerana saya tidak memahami. terima kasih | 'Adapun' bermaksud mengenai atau perihal. Jadi dalam contoh ayat yang diberikan, 'Perihal kemurkaan Sultan Abdullah berpunca daripada penipuan yang dilakukan oleh pedagang itu'. Contoh ayat ini diambil daripada laras bahasa Melayu klasik. | Ejaan | 08.07.2008 |
fraud syndicate | Padanan bahasa Melayu untuk "fraud syndicate" ialah sindiket penipuan. | Istilah | 30.06.2016 |
SALAM SEJATERA.SAYA SUB INSPEKTER KARUNAKARAN PEGAWAI PENYIASAT KOMERSIAL DARIPADA IPD SEPANG.SAYA SEDANG MENYIASAT SATU KES PENIPUAN.SEBAGAI BAHAN BUKTI SAYA ADA 1 RAKAMAN VIDEO DUA LELAKI INDIA SEDANG BERSEMBANG DALAM BAHASA INDIA.SAYA NAK BUAT TRANSKRIP APA YANG MEREKA SEMBANG KE DALAM BENTUK TULISAN DALAM BAHASA MELAYU/BAHASA INGGERIS UNTUK DIJADIKAN SEBAGAI BAHAN BUKTI DI MAHKAMAH.ADAKAH PIHAK TUAN DAPAT MEMBANTU SAYA?DENGAN SIAPAKAH SAYA PERLU MERUJUK PERKARA INI?HARAP PIHAK TUAN DAPAT BANTU SAYA.SEKIAN TERIMA KASIH. | Untuk makluman tuan, khidmat membuat transkrip tidak termasuk dalam skop perkhidmatan kami. Khidmat Nasihat Bahasa disediakan khusus bagi membantu pengguna menangani masalah penggunaan bahasa Melayu seperti ejaan, istilah dan tatabahasa. | Lain-lain | 22.05.2013 |
Salam sejahtera, Saya ingin bertanya tentang terjemahan yang sesuai bagi "Fraud Policy", adakah "Dasar Fraud" boleh digunakan? Jika tidak, sila berikan cadangan anda. Mohon bantuan pihak DBP. Terima kasih. | Padanan bahasa Melayu untuk perkataan fraud ialah fraud dan penipuan. Lazimnya penggunaan fraud digunakan dalam bidang undang-undang. Oleh itu, padanan Dasar Fraud untuk Fraud Policy boleh diterima dalam bidang undang-undang. | Istilah | 29.12.2017 |
Assalamualaikum dan selamat petang kepada pihak DBP, saya ingin mengajukan soalan kepada pihak DBP berkenaan proses penerbitan buku oleh pihak DBP. Ini adalah kerana, seorang teman saya menyatakan bahawa dirinya dan rakan kongsi telah disaman oleh pihak DBP dengan sejumlah wang yang besar atas kesalahan percetakan. Kenyataan yang diberi bagi saya kurang logik dan saya dapat merasakan yang teman saya telah ditipu oleh rakan kongsinya bagi mendapatkan dana (penipuan). Adalah sangat dihargai jika pihak tuan sudi menyemak nama penulis dan tajuk buku ini untuk melihat jika benar penulis ini telah disaman oleh pihak tuan (sedang dalam proses mahkamah). tajuk buku: panduan rohani Penulis: Khasaf Penerbit: Dewan Bahasa Sekiranya tuan tidak berkeupayaan untuk membantu saya, saya berharap tuan sudi memberi saya nama pihak lain yang mungkin boleh membantu saya. Saya boleh dihubungi melalui talian email liyana1473@yahoo.com atau telefon (013-6769058) | Assalamualaikum, Puan Liyana, Kita sudah berbincang tentang hal ini pada 21 April 2014. Seperti yang saya nyatakan, saya memohon maklumat lanjut daripada puan tentang kawan puan dan rakan kongsinya itu sebab setakat ini tiada kes saman oleh DBP terhadap penulis hanya kerana penulis menambah empat halaman manuskripnya yang pada asalnya dikatakan hanya 14 halaman (19 halaman setelah ditambah) itu seperti yang puan nyatakan dalam perbualan kita tempoh hari. Mohon puan hubungi saya semula setelah mendapat maklumat lengkap itu. atas kerjasama puan, saya dahului dengan ucapan terima kasih. | Lain-lain | 11.03.2014 |