KEDAI KOSMETIK KEDAI PRODUK PENJAGAAN KULIT DAN RAMBUT | KEDAI KOSMETIK KEDAI PRODUK PENJAGAAN KULIT DAN RAMBUT | Lain-lain | 14.10.2010 |
Betul ke ayat di bawah? Peliharaan burung unta tidak memerlukan penjagaan rapi. | Saudara Azmazaira, Ayat yang betul ialah : Pemeliharaan burung unta tidak memerlukan penjagaan rapi. Perkataan 'pemeliharaan' bermaksud perihal atau perbuatan memelihara, manakala perkataan 'peliharaan' bermaksud sesuatu yang dipelihara. | Tatabahasa | 27.04.2010 |
saya hendak bertanya definisi yang betul dan tepat tentang 1. warga tua 2. penjagaan sosial 3. hubungan sosial 4. pengurusan kebajikan ribuan terima kasih atas bantuan yang telah diberikan. sekian. | 1. warga tua : Definisi warga tua di Malaysia ialah apabila seseorang mencecah usia persaraan iaitu pada 55 atau pilihan persaraan pada 56 tahun. 2. penjagaan sosial : menjaga pergaulan 3. hubungan sosial : hubungan kemasyarakatan 4. pengurusan kebajikan : perihal mengurus sesuatu yg membawa kebaikan | Lain-lain | 05.01.2009 |
Saya ingin bertanya bahawa transilasi berikut adalah betul dalam bahasa atau tidak: English: Ready-to-wear Skin Care (clothes that have lotion embeded onto) BM: Penjagaan Kulit Sedia Pakai Jika tidak betul, bolehkah memberi contoh yang sesuai? Terima kasih. Ariel | Sdr. Ariel, Terjemahan yang betul ialah Penjagaan Kulit Sedia Pakai (dipakai). | Tatabahasa | 18.03.2010 |
1. Apakah kesalahan dalam ayat berikut, mengapa? -Ikan-ikan laga peliharaannya semuanya sihat-sihat kerana mendapat penjagaan yang rapi. 2. Tolong pilih ayat yang betul daripada tujuh ayat di bawah dan terangkan kesalahan berkenaan. a) Adalah dimaklumkan bahawa majlis makan malam yang dicadangkan telah dibatalkan. b) Semua pelajar diminta hadir ke sekolah pada petang ini untuk latihan sukan. c) Ibu Laila menjual mi goreng pada waktu petang digerainya. d) Dalam ingatan saya, dia jarang mengambil cuti sejak dia bekerja di sini. e) Baju yang cantik-cantik itu menyebabkan saya rambang mata. f) Hujan lebat menyebabkan projek melebarkan jalan raya di kawasan itu tergendala. g) Remaja memerlukan rakan sebaya yang dapat membincang dan memberikan idea yang bernas untuk menyelesaikan sesuatu masalah itu. 3. Manakah frasa yang betul? Kesalahan penagihan dadah, atau kesalahan menagih dadah? Projek menceriakan sekolah, atau projek penceriaan sekolah? Projek melebarkan jalan raya, atau projek pelebaran jalan raya? TERIMA KASIH BANYAK BANYAK | 1. Ikan-ikan laga peliharaannya semuanya sihat-sihat kerana mendapat penjagaan yang rapi. Ayat ini salah, kerana ikan-ikan telah menunjukkan jamak oleh itu, tidak perlu lagi diulang pernyataan jamak dengan perkataan semua. Ayat yan betul, "Ikan-ikan laga peliharaannya sihat-sihat kerana mendapat penjagaan yang rapi". 2. a) Adalah dimaklumkan bahawa majlis makan malam yang dicadangkan telah dibatalkan. - salah, kata pemeri "adalah" tidak diletakkan di pangkal ayat. b) Semua pelajar diminta hadir ke sekolah pada petang ini untuk latihan sukan. - betul. c) Ibu Laila menjual mi goreng pada waktu petang digerainya. salah, di gerainya (kata sendi di + tempat) d) Dalam ingatan saya, dia jarang mengambil cuti sejak dia bekerja di sini. - tidak gramatis, ganti nama dia kali kedua tidak perlu lagi. e) Baju yang cantik-cantik itu menyebabkan saya rambang mata. - tidak gramatis, kata adjektif cantik perlu digandakan. f) Hujan lebat menyebabkan projek melebarkan jalan raya di kawasan itu tergendala. - betul g) Remaja memerlukan rakan sebaya yang dapat membincang dan memberikan idea yang bernas untuk menyelesaikan sesuatu masalah itu. - betul. 3. Kesalahan menagih dadah, Projek menceriakan sekolah, Projek melebarkan jalan raya. | Tatabahasa | 23.07.2009 |
Human Capital Care and Events | Kegiatan dan Tanggungjawab Modal Insan Care: Penjagaan ,Kebajikan, Kesejahteraan. | Istilah | 11.01.2011 |
adakah penggunaan perkataan di dalam signboard ini betul atau salah | Puan, Perkataan yang sesuai digunakan ialah 'Pusat Penjagaan Kesihatan' sebagai padanan bahasa Melayu bagi frasa bahasa Inggeris ' Healthcare Centre'. Perkataan alpha one pada atas sebelah kiri papan tanda tersebut ditiadakan. | Lain-lain | 13.04.2010 |
Apakah maksud 'hospis' dengan lengkap? | Untuk makluman, tidak terdapat maksud "hospis" dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, terdapat istilah "jagaan hospis (hospice care)" dalam bidang Gerontologi yang bermaksud "Penjagaan yang diberikan kepada individu yang tidak mempunyai peluang untuk sembuh." | Makna | 26.09.2013 |
Apakah beza penyenggaraan dan penyelenggaraan? Adakah 'penyelenggaraan' lebih sesuai digunakan untuk peralatan komputer seperti PC, Server, Firewall dsb. dan adakah 'penyenggaraan' lebih sesuai digunakan ke atas sistem aplikasi? | Penyenggaraan bermaksud 1. penyelenggaraan, pengurusan, pengusahaan, pengelolaan, pengaturan, pengendalian, pentadbiran, pelicinan, pemberesan, penyusunan, penjagaan, pengawasan. Akasnya ialah pembengkalaian. Penyelenggaraan bermaksud 1. pengurusan: pengusahaan, pengelolaan, pelaksanaan, pengaturan, pengendalian, pentadbiran, pelicinan, pemberesan, penyusunan. Akasnya ialah pembengkalaian. 2. pemeliharaan: pembelaan, penjagaan, perawatan, perlindungan, pertolongan, penaungan, pengawasan. Akasnya ialah penderaan. Walaupun perkataan penyenggaraan dan penyelenggaraan mempunyai maksud yang sama bagi mengelakkan pembengkalaian, tetapi perkataan penyenggaraan lebih sesuai untuk kerja yang melibatkan peralatan atau perkakasan dan pengetahuan sains dan teknologi. Contohnya: penyenggaraan komputer, web, sistem, dan jentera. Penyelenggaraan boleh dilaksanakan oleh orang atau organisasi. Contohnya: penyelenggaraan taman, harta, pesakit, dan pameran. Untuk bidang komputer, perkataan penyenggaraan lebih digunakan. Perkataan penyelenggaraan boleh digunakan tetapi hendaklah sesuai mengikut konteks tugas yang dilaksanakan. | Makna | 28.04.2011 |
Salam, Terima kasih atas respon yang cepat mengenai pertanyaan saya tadi. Walaubagaimanapun, cadangan padanan bagi Laurent Blue Wellness & Spa Centre menjadi Pusat Senaman dan Spa seperti tidak sesuai kerana pusat ini tidak menawarkan khidmat senaman. Ia lebih kepada penjagaan kulit dan kecantikan. Mohon pihak DBP dapat memberi cadangan alternative yg bersesuaian. Terima Kasih. Wassalam. | Cadangan kami ialah " Pusat Kecantikan dan Spa". | Tatabahasa | 18.06.2013 |