1)surat itu saya sudah kirim 2)cerpen itu mengisahkan tentang perjuangan menentang penjajah 3)Lampu-lampu di bandar itu dilihat sungguh indah pada waktu malam | Yang lebih gramatis adalah seperti yang berikut: 1. Surat itu sudah saya kirim. 2. Cerpen itu mengisahkan perjuangan menentang penjajah. 3. Ayatnya betul. | Tatabahasa | 17.11.2011 |
Saya sedih bila bahasa penjajah digunakan bercampur aduk dengan bahasa melayu, iaitu Rakan Cop. Apa tindakan DBP dalam perkara ini. Terima kasih. | Pihak DBP telah menegur pihak yang berkenaan dan juga menyiarkannya dalam akhbar Klik DBP (sisipan akhbar Berita Harian) berhubung perkara ini. Kami turut memberikan cadangan, antaranya dengan menggantikan "rakan cop" kepada "rakan polis". | Lain-lain | 25.03.2007 |
1.Rakyat Malaysia menuntut kemerdekaan daripada penjajah British.Soalan :Adakah dalam ayat tersebut mengandung unsur keterangan? 2.Apakah erti 'isofogos'? TQVM DBP | 1. Ayat tersebut ialah ayat penyata, menyatakan tentang kemerdekaan bukan menerangkan tentang peristiwa kemerdekaan. 2. Isofogos tidak ada dalam sumber rujukan kami. | Tatabahasa | 02.11.2011 |
apakah kepentingan bahasa melayu moden | Bahasa Melayu moden bermula pada abad ke-19 iaitu setelah kedatangan penjajah Eropah seperti Portugis, Belanda dan Inggeris. Hasil karangan Munsyi Abdullah dianggap sebagai permulaan zaman bahasa Melayu moden. Untuk maklumat lanjut tentang bahasa Melayu moden termasuklah kepentingannya sila rujuk buku/artikel yang berkaitan tugasan ini memerlukan kajian dan pembacaan lanjut. | Lain-lain | 11.07.2012 |
apakah kepentingan bahasa melayu moden? | Bahasa Melayu moden bermula pada abad ke-19 iaitu setelah kedatangan penjajah Eropah seperti Portugis, Belanda dan Inggeris. Hasil karangan Munsyi Abdullah dianggap sebagai permulaan zaman bahasa Melayu moden. Untuk maklumat lanjut tentang bahasa Melayu moden termasuklah kepentingannya sila rujuk buku/artikel yang berkaitan tugasan ini memerlukan kajian dan pembacaan lanjut. | Lain-lain | 11.07.2012 |
fungsi bahasa melayu moden | Bahasa Melayu moden bermula pada abad ke-19 iaitu setelah kedatangan penjajah Eropah seperti Portugis, Belanda dan Inggeris. Hasil karangan Munsyi Abdullah dianggap sebagai permulaan zaman bahasa Melayu moden. Sebelum penjajahan British, bahasa Melayu mencapai kedudukan yang tinggi, berfungsi sebagai bahasa perantaraan, pentadbiran, kesusasteraan, dan bahasa pengantar di pusat pendidikan Islam. Selepas Perang Dunia Kedua, British merubah dasar menjadikan bahasa Inggeris sebagai pengantar dalam sistem pendidikan. Semasa Malaysia mencapai kemerdekaan, Perlembagaan Persekutuan Perkara 152 menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Untuk maklumat lanjut tentang bahasa Melayu moden termasuklah fungsi sila rujuk buku/artikel yang berkaitan kerana tajuk ini memerlukan kajian dan pembacaan lanjut. | Lain-lain | 04.06.2009 |
fungsi bahasa melayu modern | Bahasa Melayu moden bermula pada abad ke-19 iaitu setelah kedatangan penjajah Eropah seperti Portugis, Belanda dan Inggeris. Hasil karangan Munsyi Abdullah dianggap sebagai permulaan zaman bahasa Melayu moden. Sebelum penjajahan British, bahasa Melayu mencapai kedudukan yang tinggi, berfungsi sebagai bahasa perantaraan, pentadbiran, kesusasteraan, dan bahasa pengantar di pusat pendidikan Islam. Selepas Perang Dunia Kedua, British merubah dasar menjadikan bahasa Inggeris sebagai pengantar dalam sistem pendidikan. Semasa Malaysia mencapai kemerdekaan, Perlembagaan Persekutuan Perkara 152 menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Untuk maklumat lanjut tentang bahasa Melayu moden termasuklah fungsi sila rujuk buku/artikel yang berkaitan kerana tajuk ini memerlukan kajian dan pembacaan lanjut. | Lain-lain | 04.06.2009 |
WAJARKAH PENGGUNAAN BAHASA MELAYU DI INTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM MALAYSIA DIPINGGIRKAN? SERTA KEPENTINGAN BAHASA MELAYU PADA ZAMAN SEBELUM MERDEKA DAN SELEPAS MERDEKA. | Pada zaman sebelum merdeka, penjajah British kurang memberi perhatian kepada bahasa Melayu. Pihak British mengutamakan penggunaan bahasa Inggeris dalam sistem persekolahan dan pentadbiran. Pada masa itu, bahasa Melayu hanya digunakan di sekolah vernakular Melayu. Namun demikian, pada zaman Kesultanan Melayu Melaka, bahasa Melayu menjadi bahasa komunikasi utama yang digunakan secara meluas dalam pentadbiran, perdagangan dan persuratan. Selepas negara mencapai kemerdekaan, bahasa Melayu diiktiraf sebagai bahasa kebangsaan dan dijadikan bahasa rasmi melalui Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan. Dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan, bahasa Melayu dijadikan bahasa pengantar utama di sekolah rendah dan menengah kebangsaan. Universiti Kebangsaan Malaysia ditubuhkan untuk membuktikan bahawa bahasa Melayu mampu memikul tanggungjawab sebagai bahasa pengantar utama di pusat pengajian tinggi. Perluasan penggunaan bahasa Melayu di universiti awam yang lain telah membuktikan banyak kejayaan yang telah ditempa. Ini menunjukkan bahawa bahasa Melayu wajar diteruskan penggunaannya di institusi pengajian tinggi awam. | Lain-lain | 27.02.2008 |
saya pelajar tingkatan enam bawah. sekolah saya tidak menyediakan pinjaman buku teks dan saya kekurangan buku rujukan. saya ingin tahu fungsi bahasa melayu moden | Bahasa Melayu moden bermula pada abad ke-19 iaitu setelah kedatangan penjajah Eropah seperti Portugis, Belanda dan Inggeris. Hasil karangan Munsyi Abdullah dianggap sebagai permulaan zaman bahasa Melayu moden. Sebelum penjajahan British, bahasa Melayu mencapai kedudukan yang tinggi, berfungsi sebagai bahasa perantaraan, pentadbiran, kesusasteraan, dan bahasa pengantar di pusat pendidikan Islam. Selepas Perang Dunia Kedua, British merubah dasar menjadikan bahasa Inggeris sebagai pengantar dalam sistem pendidikan. Semasa Malaysia mencapai kemerdekaan, Perlembagaan Persekutuan Perkara 152 menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Untuk maklumat lanjut tentang bahasa Melayu moden termasuklah fungsi sila rujuk buku/artikel yang berkaitan kerana tajuk ini memerlukan kajian dan pembacaan lanjut. | Lain-lain | 04.06.2009 |
1) pada zaman penjajahan jepun di negara kita dahulu, pengunaan bahasa jepun sahaja di benarkan pada zaman itu dan di larang sama sekali mengunakan bahasa lain. Kenapakah negara kita tidak mewajibkan mengunakan bahasa kebangsaan kita sahaja dan dilarang sama sekali mengunakan bahasa lain seperti yang digunakan pada zaman penjajah jepun terdahulu. Sedangkan dengan cara itu juga mungkin kita dapat membangunkan semula bahasa kebangsaan kita? 2) Apakah punca-punca rakyat negara kita tidak dapat membangunkan semula bahasa kebangsaan kita, sedangkan negara kita sudah maju ke hadapan. | Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan dan bahasa kebangsaan ini hendaklah digunakan dalam semua urusan rasmi. Bahasa Melayu juga menjadi bahasa perpaduan, bahasa pengantar dan bahasa komunikasi negara ini. Walau bagaimanapun pembelajaran bahasa lain selain bahasa Melayu tidak dilarang. Sehingga kini bahasa kebangsaan kita sudah pun berkembang hingga peringkat antarabangsa dengan wujudnya beberapa pusat pengajian bahasa Melayu antaranya di Korea, Jepun, China dan United Kingdom. Oleh yang demikian berdasarkan fakta ini tidak timbul isu bahawa bahasa kita tidak dapat dibangunkan. | Lain-lain | 13.05.2008 |