Display virtual keyboard interface
 

Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
jawat
Kata Terbitan : sejawat, berjawat, menjawat, jawatan, berjawatan, penjawat,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
adakah sekarang ini perkataan yang digunakan ** dalam kalangan atau di kalangan contoh ayat... 1. Faktor Amalan Rasuah dalam kalangan penjawat awam atau 2. Faktor Amalan Rasuah di kalangan penjawat awam penggunaan ayat yang betul 1 @ 2 sekin.terima kasih

Puan Norhatini,

Penggunaan yang betul ialah dalam kalangan, kerana fungsi di menunjukkan arah tempat dan masa.

Tatabahasa06.10.2010
Sebagai penjawat awam kami sering diberikan peringatan mengenai tatacara berpakaian, dengan tajuk "ETIKA PEMAKAIAN". Contoh peringatan seperti di lampiran. Saya ingin mendapatkan pengesahan mengenai penggunakan frasa yang betul - "ETIKA PEMAKAIAN" @ "ETIKA BERPAKAIAN" @ "ETIKA PAKAIAN". Terima kasih.

Istilah yang tepat ialah Etika Berpakaian yang membawa maksud prinsip moral atau nilai-nilai akhlak berpakaian.

Tatabahasa05.01.2024
Apakah sapaan yang sesuai untuk penjawat awam yang memiliki Dr. yang bukannya ahli akademik. YBrs atau Tuan?

Sapaan yang betul untuk doktor (Dr.) ialah tuan, kecuali yang mendapat gelaran istana atau kerajaan.

Yang Berusaha (YBrs.) ialah kata sapaan yang digunakan dalam konteks rasmi untuk individu terpenting dalam menjayakan sesuatu program atau individu yang berjawatan penting dalam sesebuah organisasi. 

Lain-lain11.01.2024
Dak Apis Assalamualaikum.. Saya ingin bertanya tentang perkataan "tentatif" yang diambil dari perkataan bahasa inggeris "tentantive" yang bermaksud "sementara".. Kebanyakan penjawat awam menggunakan perkataan tersebut dengan maksud tentatif = jadual sementara.. Sebagai contoh ayat yang mereka sering guna, "Saya mahu lihat tentatif program tersebut" yang membawa maksud "Saya mahu lihat sementara program tersebut".. Penggunaan perkataan dengan membentuk ayat yang tidak membawa maksud apa-apa.. Apa salahnya dengan menggunakan perkataan "deraf jadual".. Saya melihat penggunaan perkataan ini semakin berleluasa dikalangan penjawat awam.. Saya memohon pencerahan dari pihak DBP.. Terima kasih..Assalamualaikum En. Dak Apis. Ayat yang betul ialah “saya mahu melihat jadual sementara / program tentatif tersebut”. Tentatif program merupakan terjemahan literal untuk “tentative programme” dalam bahasa Inggeris. Draf bermaksud (nota tulisan (nota, surat, karangan, dsb) atau lukisan yg disediakan secara kasar pd peringkat awal atau permulaan (biasanya perlu diperbaik atau dihalusi lagi): ~ surat itu telah disemak dan ditaip bersih. Oleh itu, draf jadual tidak sama dengan program tentatif.Penyemakan dan penterjemahan15.07.2017
Sha Saerah Sulaiman Salam..sy mencari buku tatatertib penjawat awam.tak silap terbitan dbpSila hadir ke reruai DBP di Pesta Buku Antarabangsa KL 2017 di Dewan Tun Hussein Onn. Pesta Buku Antarabangsa KL 2017 bermula 28 April 2017 hingga 7 Mei 2017. Terima kasih.Lain-lain03.05.2017
Kata "ANUGERAH", adakah boleh digunakan mendeskripsikan dalam pemberian kenaikan pangkat seseorang penjawat awam? Adakah ianya pemilihan kata yang bersesuaian? Apa yang saya sedia maklum, anugerah bermaksud hadiah atau pemberian drpd orang yang lebih tinggi darjatnya. Contoh ayat, "syabas dan tahniah diucapkan kepada tuan/puan atas penganugerahan ini" dalam konteks kenaikan pangkat. Mohon pencerahan.Kenaikan pangkat lazimnya tidak disebut sebagai anugerah. Contohnya, YBhg. Datuk Hassan bin Ahmad dinaikkan pangkat sebagai Ketua Pengarah Pelajaran atau disebut juga YBhg. Datuk Hassan bin Ahmad dilantik sebagai Ketua Pengarah Pelajaran yang baharu.Tatabahasa28.11.2019
Apakah padanan istilah dalam bahasa Melayu untuk "Majlis Send Off" yang diadakan pada hari akhir seorang penjawat awam di sesebuah organisasi? Terima kasih.Nama yang biasa digunakan untuk majlis seperti ini ialah Majlis Jasamu Dikenang, Majlis Perpisahan atau Majlis Persaraan.Istilah27.06.2016
Asslamualaikum, Saya ingin bertanya tentang amalan DBP untuk gelaran penerima yang ramai dalam surat rasmi. Jika penerima surat itu ada gelaran Dr. dan beberapa penjawat awam yang lain, apakah kata sapaan permulaan surat yang digunakan? 1. YBrs. Dr./Tuan/Puan 2. Tuan/Puan 3. Tuan Yang mana satu menjadi amalan DBP atau yang seharusnya digunakan dala surat rasmi?Sapaan yang betul untuk doktor (Dr.) ialah tuan, kecuali yang mendapat gelaran istana atau kerajaan. Yang Berusaha lazimnya digunakan untuk menyapa seseorang yang merupakan individu terpenting dalam menjayakan sesuatu program. Yang Berbahagia digunakan untuk individu yang mempunyai gelaran kehormat seperti Tan Sri, Tan Seri, Dato', Datuk, tetapi bukan wakil rakyat.Lain-lain28.02.2020
apakah ejaan yang tepat untuk perkataan disamping atau di samping (jarak di dan samping)memperkasakan perkhidmatan awam dalam kalangan penjawat awam. disemua peringkat penggubal dasar atau pelaksana dasarEjaan yang tepat ialah di samping  . 
  Ejaan 'disemua peringkat' harus dijarakkan --> di semua peringkat .
Ejaan02.05.2014
Adakah Dewan Bahasa dan Pustaka di bawah Kementerian pendidikan? Adakah kursus yang dianjurkan oleh DBP boleh dimasukkan ke dalam 7 hari kursus yang perlu dihadiri oleh penjawat awam pada satu tahun?Dewan Bahasa dan Pustaka merupakan sebuah badan berkanun di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia. Untuk maklumat lanjut mengenai kursus anjuran DBP, sila hubungi Bahagian Akademi Bahasa, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur atau e-mel kepada pegawainya Puan Faridah A. Rahman dbp.gov.my">faridah@dbp.gov.my.Lain-lain14.03.2013
123

Kembali ke atas