Apakah padanan kata dalam bahasa Melayu bagi istilah Inggeis space probe? Terima kasih. | Padanan dalam bahasa Melayu bagi "space probe" ialah penjelajahan atau penerokaan angkasa lepas. | Istilah | 22.05.2009 |
Seperti berkepil. | 1. Permata pantai Timur, 2. Tempat bermula Budaya Melayu, 3. Permata Utara, 4. Jelapang Padi Malaysia, 5. Keajaiban Alam Semula Jadi Silam, 6. Bandaraya Bersejarah, 7. Bandar bersejarah dan Pulau Peranginan, 8. Penjelajahan Tanpa Henti, 9. Taman Pulau Borneo, 10. Ibu Kota Bercahaya Malaysia, 11. Gerbang Selatan, 12. Anugerah Alam Semula Jadi, 13. Bandar Taman Bestari. | Makna | 27.12.2006 |
Salam... saya ingin bertanya perkataan " ekplorasi" - adalah perkataan ini ada dalam kamus dewan. Ayat uang saya hendak bina adalah "Eksplorasi Gunung Tahan" Terima Kasih.. | Perkataan eksplorasi ada dalam Kamus Dewan Edisi Keempat dan ejaan yang betul ialah eksplorasi bukan ekplorasi. Maksud eksplorasi ialah penjelajahan ke lapangan utk memperoleh sesuatu: melalui pengamatannya, semua jenis ~ itu merupakan cara utk belajar. Tajuk yang saudara bina itu betul. | Istilah | 16.03.2010 |
MEMIMPIN PEMIMPIN MUDA ARP Kita seharusnya mengambil contoh dari Badan Operasi Persatuan Belia Cergas Pontian diatas inisiatif mereka dalam mengadakan satu bengkel bagi melahirkan Pemimpin Anugerah yang berkualiti. Bengkel yang diadakan pada 25 dan 26 Oktober 2008 bertujuan membimbing dan melatih pemimpin muda dalam melaksanakan aktiviti Program Anguerah Remaja Perdana Rakan Muda. Bengkel tersebut dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan (ADUN) kawasan Pekan Nenas, YB Tan Lai Soon. Selama 2 hari, para pemimpin telah didedahkan mengenai falsafah program dimana ia merupakan nadi kepada program tersebut dan tidak ketinggalan tentang kefahaman pengendalian teknikal bagi komponen-komponen Kemahiran, Rekreasi Fizikal, Kemasyarakatan dan Penjelajahan Lasak. Bengkel diakhiri dengan penyampaian sijil pertauliahan yang disertakan dengan pin merah yang berbentuk “Burung Dove” melambangkan mereka adalah Pemimpin Anugerah yang telah ditauliahkan. | Soalan saudara tidak jelas. Sekian, terima kasih. | Lain-lain | 24.11.2008 |