Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
jelas (adjektif)
1. Bersinonim dengan terang: nyata, ketara, pasti, jali, curai, izhar, jaleh,
Berantonim dengan kabur

2. Bersinonim dengan lunas: selesai, langsai, habis, beres, impas,

Kata Terbitan : berjelas-jelas, menjelaskan, kejelasan, penjelasan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya ingin bertanya soalan, apakah ejaan sebenar untuk perkataan di bawah; 1. PhD-nya atau PhDnya Apakah penjelasan untuk jawapan yang diberikan? Sekian, terima kasih.

Partikel “nya” merupakan kata ganti nama diri ketiga yang ditulis serangkai dengan kata yang mendahuluinya, kecuali jika merujuk kepada Allah kerana pada perkataan tersebut perlu diletakkan sempang, iaitu ‘-Nya’. Oleh yang demikian, ejaan yang betul ialah “PhDnya”.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2015), halaman 103 - 104.

Tatabahasa09.11.2023
Assalamualaikum, Mohon penjelasan penggunaan pada dan kepada yang terdapat dalam ayat berikut: Allah menampakkan sedikit kesempurnaan-Nya yang tidak terhingga itu pada@kepada kewujudan insan kamil. Kepada @Pada insan kamil ini, Allah memperlihatkan ciptaan-Nya dan membahagikan kasih sayang-Nya.

Kata sendi nama pada menunjukkan keterangan waktu atau tempat, manakala kata sendi nama kepada untuk menyatakan sasaran yang merujuk manusia, haiwan dan unsur mujarad. Namun ayat contoh yang diberi tidak menunjukkan keterangan tentang waktu atau tempat dan juga sasaran. Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 272 - 276.

Tatabahasa28.10.2011
bagaimanakah ejaan perkataan insyaALLAH yang sebenar dan terbaru?adakah IN SYA ALLAH atau INSYA ALLAH? dan mengapa ejaan nya sedemikian sila beri penjelasanMerujuk Kamus Dewan, ejaan yang betul ialah insya-Allah.Ejaan06.05.2015
Kata singkat ku pada awal boleh ditulis sebagai kumakan, kusanjung dan lain-lain. Bagaimanakah Ku-firman untuk Tuhan, perlu disusuli tanda sempang seperti dalam contoh Ku-firman? Harap dapat memberikan penjelasan. Terima kasih Dr S. NathesanDalam Kamus Pelajar Edisi Kedua, firman bermaksud kata-kata atau perintah Allah. berfirman bersabda; bertitah. difirmankan disabdakan (Allah); diperintahkan (Allah).

Kata ganti singkat yang ditulis dengan permulaan huruf besar, iaitu -Ku, -Mu dan -Nya ialah kata ganti nama diri bagi Allah dan Tuhan dan lazimnya  terletak di hujung perkataan seperti hidayah-Nya, rahmat-Nya dan balasan-Ku. 
Sekiranya diletakkan di hadapan, lazimnya menggunakan seperti Allah SWT berfirman...
 
Tatabahasa23.08.2017
Salam. Mohon penjelasan admin. Apa beza perkara ini dalam penulisan surat? 'dengan hormatnya' 'dengan segala hormatnya' mana satu yang betul? Atau boleh digunakan kedua² nya sekali mengikut situasi?Tidak ada perbezaan, kedua-duanya boleh digunakan. Dengan segala hormatnya, perkara di atas dirujuk.
atau  Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.
Tatabahasa18.03.2021
Buku teks BM Tahun 2 KSSR Semakan terbitan DBP, m/s 125. Hutan Lipur Ulu Bendul sangat indah. Air sungainya jernih dan sejuk. DBP sering menekankan bahawa penggunaannya merujuk kepada kata ganti nama diri ketiga, iaitu manusia. Akan tetapi, kebanyakan ayat yang digunakan oleh buku teks DBP ini menggunakan nya untuk merujuk benda bukan hidup. Harap ada penjelasan supaya tidak keliru. Terima kasih.Salam sejahtera,

MAKLUM BALAS ISU PERKATAAN –NYA DALAM BUKU TEKS BAHASA MELAYU TAHUN 2 SK

Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.

Dimaklumkan bahawa, selain berfungsi sebagai Kata Ganti Nama Diri Orang Ketiga, -nya juga tergolong dalam Kata Pascakata di bawah Kata Tugas. Bentuk

nya tersebut berfungsi sebagai penekan dan pembenda. (Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga: 295)

Kata penekan ialah bentuk yang memberikan penegasan kepada kata yang bergabung dengannya. Contoh dalam ayat;

 

  1. Pokok durian itu nampaknya akan berbuah lebat. 
  2. Sesungguhnya kenyataan yang diberikan oleh saksi kedua itu benar.

Kata pembenda ialah bentuk yang menjadikan sesuatu perkataan yang bukan daripada kata nama sebagai kata nama. Contoh dalam ayat;

 

  1. Lajunya ialah 100km sejam.
  2. Bukan kepalang sakitnya.
Sekian.
Lain-lain27.09.2021
Mohon penjelasan penggunaan kata pembelajaran dan pemelalajaran. Yang manakah betul?Pembelajaran proses (kegiatan) belajar; manakala pemelajaran pula ialah proses mempelajari. Cth: taraf penguasaan bahasa Inggeris begitu tinggi tetapi ~nya terhad kpd mereka yg menghadiri sekolah aliran Inggeris.Makna15.10.2009
Salam sejahtera. Adakah tertikam dan tertusuk boleh diterima? Apakah perbezaan antara dua perkataan ini?Mohon tuan / puan dapat memberi penjelasan untuk soalan-soalan tersebut. Sekian, terima kasih.

Tertikam biasanya dengan benda tajam seperti pisau, keris; manakala tertusuk pula dengan barang yang runcing lagi tajam seperti penyemat, jarum, paku.

Kamus Dewan memberikan maksud pancit menjadi kempis kerana keluar angin­nya akibat tertusuk benda tajam, pecah (berkaitan tayar kereta, basikal).

Makna14.05.2014
Selamat pagi, tuan /puan. Saya ingin menanyakan tentang perkataan "dompet". Adakah wujud ejaan "beg dompet"? Mohon penjelasan pihak DBP. Terima kasih.
Ya, ada. Definisi : /dompét/ bekas duit drpd kulit (plastik dll): Dia mengeluarkan duit dr ~nya(Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Ejaan28.07.2020
Tun Dr. Mahathir Mohamad menggunakan perkataan dianya dalam blognya. Oleh sebab beliau seorang negarawan dan sangat mencintai bahasa Melayu, ada pendapat mengatakan kita patut menerima pakai perkataan dianya yang diketengahkan oleh mantan Perdana Menteri Malaysia itu. Mohon penjelasan.Penggunaan yang betul ialah  'ia' , 'dia', 'nya'  kerana kata-kata ini merupakan kata ganti nama diri orang ketiga, manakala kata  'dianya'  tidak boleh digunakan  kerana kedua-duanya ialah kata ganti nama diri orang ketiga. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Keempat, halaman 86 - 87.Tatabahasa19.09.2009
12

Kembali ke atas