Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pen.jel.ma.an] | ڤنجلماءن

Definisi : 1. perihal menjelma, perihal lahir (kembali), tubuh atau benda yg terjadi drpd jiwa yg menjelma: di dlm hatinya ia berfikir entahkan mereka ini dewa-dewa dlm ~; 2. perihal masuknya jiwa ke dlm (tubuh manusia, binatang, dll); 3. (Bio) perihal perubahan bentuk (rupa, corak, dll) drpd sesuatu: perubahan rupa mulai drpd telur menjadi serangga itu dipanggil ~; 4. perihal menjelmakan (mewujudkan) cita-cita dll, pelaksanaan: sistem pelajaran sekarang ini adalah ~ sistem pelajaran Inggeris yg sangat merugikan kita; 5. ciptaan, karya, per­wujudan cita-cita: novelnya yg pertama itu merupakan ~ seluruh peribadinya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pen.jel.ma.an] | ڤنجلماءن

Definisi : perbuatan (hal dsb) menjelma atau menjelmakan: ~nya menjadi harimau tidak diketahui oleh isterinya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata penjelmaan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah perkataan ' keterjelmaan" wujud dan boleh digunakan dalam ayat atau cogan kata. Saya pernah terjumpa satu visi sekolah yang menggunakan perkataan 'keterjelmaan, Terima kasihPerkataan keterjelmaan tidak ada dalam bahasa Melayu. Untuk menggantikan perkataan ini yang membawa makna yang sama ialah terjelma, penjelmaan. Tuan/puan boleh merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat untuk rujukan lanjut.Makna09.08.2008

Kembali ke atas