Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pen.ji.ma.tan] | ڤنجيمتن

Definisi : perihal (perbuatan dsb) berjimat atau menjimatkan penggunaan sesuatu: langkah-langkah ~ perbelanjaan kerajaan akan juga menyumbangkan pembaikan dlm imbangan pembayaran negara; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pen.ji.ma.tan] | ڤنجيمتن

Definisi : perbuatan atau hal menjimatkan: Dlm keadaan sekarang, mereka digalakkan mengambil langkah ~ tenaga. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata penjimatan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
'Petua-petua ini merupakan langkah-langkah penjimatan perbelanjaan yang sangat praktikal.' Adakah kedua-dua 'langkah' dan 'petua' dalam ayat di atas harus diulangi? Terima kasih.Kedua-dua perkataan ini tidak perlu digandakan kerana perkataan tersebut boleh membawa maksud tunggal atau jamak bergantung pada konteks ayat yang digunakan.Tatabahasa21.05.2013
Adakah 'jimat elektrik' digunakan untuk menyatakan peralatan elektrik yang 'energy-saving'? Terima kasih.Untuk makluman, tidak terdapat istilah khusus bahasa Melayu untuk "energy-saving". Walau bagaimanapun, padanan bahasa Melayu yang biasa digunakan ialah penjimatan tenaga.Istilah21.05.2013
Puan/Tuan, Sila Tuan/Puan perjelaskan ayat aktif yang manakah yang betul? 11) Isikan air di dalam botol plastik. 1b) Isi air di dalam botol plastik. 1c) Isikan botol plastik dengan air. 2a) Lukis garis untuk memadankan perkataan dengan maksudnya. 2b) Lukiskan garis untuk memadankan perkaataan dengan maksudnya. 3a) Ulang langkah A dan B menggunakan bahan lain. 3b) Ulangi langkah A dan B menggunakan bahan lain. 4a) Langkah menjimatkan air 4b) Langkah penjimatan air 5a) Menjalani kehidupan harian 5b) Menjalankan kehidupan harian 6a) Mengalami selesema 6b) Menghidap selesema 6c) Mendapat selesema 7a) Apakah Jisim? 7b) Apakah itu Jisim? 8a) Penafsiran impuls oleh otak kita 8b) Pentafsiran impuls oleh otak kita Sekian, terima kasih

Yang betul dan gramatis adalah seperti yang berikut:

1. Isi air ke dalam botol plastik.

2. Lukis garis untuk memadankan perkataan dengan maksudnya.

3. Ulangi langkah A dan B menggunakan bahan lain.

4. Langkah-langkah penjimatan air

5. Menjalani kehidupan harian

6. Menghidap selesema

7. Apakah Jisim?  

8. Pentafsiran impuls oleh otak kita

Tatabahasa07.11.2011

Kembali ke atas