Nur Adilla Abd Rahim Assalamualaikum, Saya hendak bertanya. Adakah DBP boleh menguruskan penjualan buku/ ada dana untuk menyokong penjualan buku-buku DBP di luar negara? Ada beberapa universiti yang ingin meletakkan buku bahasa Melayu di librari kampus dan mengharapkan agar DBP dapat memberikan kerjasama. Contohnya, di University of Manchester, di samping komuniti Nusantara yang besar di Manchester itu sendiri, sudah ada kelab rasmi Bahasa Melayu [MALECS] di bawah payung kokurikulum universiti tersebut. MALECS sedang cuba untuk menempatkan buku berbahasa Melayu di kampus. Jika DBP boleh memberikan kerjasama, usaha memartabatkan Bahasa Melayu ini tentu lebih dipermudah. Harap dibalas ya Takkan Bahasa Melayu hilang di dunia! Assalamualaikum. | Salam. Saudara boleh ajukan pertanyaan tersebut dalam laman Khidmat Nasihat DBP. Soalan tersebut akan dijawab oleh Pemudah Cara DBP: http://sbmb.dbp.gov.my/kndbp/nb_halaman_utama.aspx Halaman Utama sbmb.dbp.gov.my | Lain-lain | 04.11.2013 |
Tolong menterjemahkan dalam Jawi "PENJUALAN DAN PEMBAIKAN TELEFON BIMBIT" untuk papan iklan Majlis Perbandaran. Terima kasih. | فنجوالن دان فمباءيقن تيليفون بيمبيت - huruf pa pada ejaan penjualan dan pembaikan hendaklah diletak tiga titikl di atasnya | Ejaan | 13.07.2012 |
kami mempunyai perusahan yang melibatkan penjualan dan menyimpan kereta bermotor, menjual alat-alat ganti kenderaan dan dalam masa yang sama kami menjalankan perkhidmatan servis kenderaan juga. Apakah perkataan atau ayat yang kami boleh gunakan dalam papan tanda dan papan iklan kami?. | Perkataan yang dicadangkan ialah PENJUAL KERETA, ALAT GANTI DAN SERVIS KENDERAAN | Lain-lain | 26.02.2013 |
Apakah penjodoh bilangan bagi beg plastik sampah. bagi tujuan penjualan produk. | Tidak semua benda menerima penjodoh bilangan. Oleh itu, tiada penjodoh bilangan yang khusus bagi beg plastik. | Tatabahasa | 12.11.2013 |
Tepatkah jika "barcode" (yang ada pada sesuatu barangan untuk memudahkan penjualan) diterjemahkan sebagai "kod bar"? | Terjemahan yang betul ialah kod bar. | Istilah | 23.03.2008 |
Salam? Boleh saya tahu apakah terjemahan bagi "Flash Sales" dari segi penjualan? terima kasih | Untuk makluman, belum ada istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "flash sale". Walau bagaimanapun, istilah bahasa Melayu yang dicadangkan ialah jualan kilat. | Istilah | 15.04.2013 |
Slmt sjatra... adakah buku rujukan untuk dijual bahagian muzik.. ASAS PENDIDIKAN MUZIK | Salam sejahtera. Sebarang pertanyaan berkenaan penjualan buku, tuan bolehlah menghubungi Kedai Buku Koperasi DBP di talian 03-21479636. | Lain-lain | 15.03.2015 |
Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera. Saya ingin bertanya apakah istilah bahasa Melayu yang betul untuk "banca", "bancassurance" dan "bancatakaful" (penjualan/pengedaran produk insurans/takaful oleh institusi perbankan)? Saya juga ingin bertanya adakah memang terdapat istilah bahasa Melayu "underait"? Saya ada menjumpai penggunaan istilah ini dalam dokumen-dokumen Bank Negara Malaysia. Saya juga pernah menjumpai istilah ini dalam carian di Khidmat Nasihat PRPM, tetapi carian "underait" tidak dapat dijumpai lagi sekarang. Terima kasih. | Wassalam, Untuk maklumat tuan/puan, masih belum terdapat istilah bahasa Melayu untuk perkataan "banca". Untuk istilah "underwrite", dalam bahasa Melayu ditulis "underait". | Penyemakan dan penterjemahan | 22.07.2019 |
Saya sedang menulis novel kreatif, soalan saya bagaimana saya perlu dapatkan hak ke atas penulisan yang telah saya siapkan. Dan bagaimana saya perlu berurusan dengan syarikat penerbitan untuk memastikan yang penjualan buku saya tak ditipu. sekian terima kasih. | Puan Nor Azizah, Sekiranya puan menghantar karya puan ke Dewan Bahasa dan Pustaka (penerbit lain mungkin berbeza prosedurnya) untuk tujuan penerbitan, pihak DBP akan membuat penilaian terlebih dahulu. Sekiranya karya itu memenuhi syarat dan spesifikasi penerbitan DBP, sebelum ia diterbitkan, satu perjanjian akan dibuat antara DBP dan penulis. Di dalam borang perjanjian tersebut akan diperincikan hak penerbit dan hak penulis termasuklah persoalan yang puan kemukakan itu. | Lain-lain | 27.11.2014 |
Di sini kami lampirkan iklan Telekom Malaysia Berhad dalam bahasa Malaysia untuk kelulusan pihak puan , Untuk makluman puan , “Biz App Store” adalah nama kedai virtual yang di kendali oleh TM untuk penjualan applikasi –aplikasi untuk penyelesaian perniagaan , Nama “ Biz App Store” akan di “trademark” untuk pengunaan dalam iklan – iklan komersial tempatan Kerjasama Puan amat dihargai. Terima Kasih. Kind Regards; Hairruddin Hamdan (Dean /Din) Account Manager Dentsu Utama Sdn Bhd M : O12 492 1901 Faxs: 03 2096 2313 | Sekiranya "Biz App Store" telah mendapat "trademark", pihak tuan tidak perlu menterjemahkannya kepada bahasa Melayu. Walau bagaimanapun, kami akan menyemak teks lain dlam iklan tersebut yang menggunakan bahasa Melayu. Iklan yang dihantar akan kami faks kepada tuan. | Lain-lain | 08.05.2012 |