Dalam penomboran, bagi nombor tunggal seperti 1,2,3.....perlu atau tidak untuk meletakkan nombor 0 di hadapannya. Contoh 01 Ogos 2023 atau 1 Ogos 2023? | Nombor kosong (0) tidak perlu diletakkan di hadapan nombor satu digit atau nombor berikutnya. | Tatabahasa | 20.08.2023 |
Assalamualaikum. Penomboran untuk tanda arah bilik. Mana satu yang sesuai? Atas atau bawah? Wassalam. mysofar@gmail.com Terima kasih. | Penomboran tanda arah bilik adalah seperti di bahagian bawah. | Lain-lain | 07.10.2010 |
1. Penomboran bab untuk tesis, apakah cara penulisan bab yang betu..BAB I ATAU DI EJA..BAB SATU.. 2. Ejaan sosio ekonomi yang betul? | 1. Penomboran bab bergantung pada gaya penulisan sama ada ditulis huruf atau dieja, kedua-duanya diterima. 2. Ejaan yang betul ialah sosioekonomi. | Lain-lain | 01.10.2010 |
Antara ke-10 dengan kesepuluh,yang mana betul? Mulai dari nombor betapa tulis dalam bentuk ke-... | Penggunaan “ke-” dalam penomboran dimulai dengan nombor ke-2 hingga yang seterusnya dan boleh juga ditulis sama ada dalam bentuk penomboran atau dieja sepenuhnya, Contohnya, “kesepuluh”. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Gaya Dewan (DBP 2023) halaman 165. | Tatabahasa | 03.12.2023 |
Assalamualaikum. Saya ingin bertanya, bagaimana untuk membuat penomboran pada rajah dan foto (penulisan ilmiah) adakah mengikut unit, contoh: unit 1 - rajah pertama, Rajah 1.1, rajah kedua Rajah 1.2, foto pertama, Foto 1.1 , foto kedua Foto 1.2 unit 2 - rajah pertama, Rajah 2.1, rajah kedua Rajah .22, foto pertama, Foto 2.1 , foto kedua Foto 2.2 Adakah format yang dinyatakan, adalah betul? terima kasih | Jika setiap unit menggunakan rajah, kami mencadangkan penomboran rajah dibuat mengikut unit bagi mengelakkan kekeliruan. Contohnya, Unit 1 - Rajah 1, dan sub unit - Rajah 1.1, Rajah 1.2 dan Rajah 1.3 dan begitulah pada unit seterusnya. | Ejaan | 29.07.2016 |
Assalamualaikum. Saya ingin mendapat penjelasan berhubung format penulisan minit mesyuarat terkini. i. Benarkah agenda Perutusan Pengerusi tidak dinomborkan. ii. Penomboran ditulis mengikut nombor agenda (contoh: 1.1, 1.2, 2.1.2.2, dan seterusnya) atau secara kronologi (contoh: 1, 2, 3, dan seterusnya) iii. Mana yang betul : Mengesahkan minit mesyuarat atau Pengesahan minit mesyuarat. iv. Dalam mesyuarat jabatan, bolehkah ketua jabatan selaku pengerusi mesyuarat juga dilantik sebagai urus setia mesyuarat berkenaan. Harap mendapat perhatian daripada pihak tuan. Terima kasih. | i. Agenda perutusan/kata alu-aluan pengerusi diletakkan nombor. ii. Penomboran ditulis mengikut nombor agenda. Contohnya: 1. Kata Alu-aluan Pengerusi 1.1...................... 1.2........................ 2. Laporan Perkara Berbangkit 2.1.............................. 2.2................................ iii. Pengesahan Minit Mesyuarat/Mengesahkan Minit Mesyuarat, kedua-duanya boleh diterima pakai bergantung pada pola penggunaan ayat dalam minit mesyuarat tersebut. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Bahasa Laporan, oleh Asmah Haji Omar, terbitan DBP. iv. Pada lazimnya, ketua jabatan yang dilantik sebagai pengerusi mesyuarat akan bertindak selaku pengerusi mesyuarat sahaja. Contohnya, Pengarah Jabatan Bahasa mempengerusikan mesyuarat berkenaan dengan peristilahan, urus setia mesyuarat ialah Bahagian Peristilahan. | Tatabahasa | 22.02.2010 |
bagaimanakah cara yang betul dalam penggunaan tanda baca titik bertindih dan penomboran selepas keterangan. contoh Rukun Islam ada lima: 1. Percaya kepada Allah. 2. Percaya kepada Malaikat. (adakah digunakan huruf besar pada awal dan diakhiri noktah?) | Kalau dalam ayat, Rukun Negara ada lima, iaitu Kepercaayaan kepada Tuhan, dan seterusnya. Jika menggunakan tanda dua titik bertindih dalam ayat , hendaklah ditulis Rukun Negara ada lima : Kepercayaan kepada Tuhan, dan seterusnya. Sekiranya ditulis dalam bentuk poin, hendaklah seperti contoh berikut : i. Kepercayaan kepada Tuhan ii. Kesetiaan kepada Raja dan Negara hingga akhir tanpa meletakkan tanda noktah selepas setiap poin. Setiap huruf awal hendaklah menggunakan huruf besar. | Lain-lain | 12.02.2008 |
Assalamualaikum Saya ingin mendapatkan kepastian bilangan patah perkataan bagi perkataan-perkataan berikut samada 1 @ 2 @ 3 patah : 1) Aromanya 2) Terkenangkanmu 3) Sehebat 4) Kunikmati 5) Untukku 6) sepuasnya Sekian terima kasih Razman | Seperti penomboran yang dibuat, ada enam pata kata dalam frasa tersebut dan perkataan terakhir perlu dibetulkan menjadi sepuas-puasnya. | Tatabahasa | 21.09.2014 |
Assalamualaikum. Tuan, dalam kertas mesyuarat saya pernah terjumpa frasa PERINGATAN MESYUARAT. Adakah maksudnya sama dengan MINIT MESYUARAT? Mana lebih tepat antara keduanya mengikut pandangan DBP?Adakah menjadi satu kesalahan gaya penulisan Minit mengikut stail tersendiri?Contohnya mengikut sistem penomboran contohnya Perkara 1 ada pecahan 1.2 atau dipecahkan lagi 1.2.1 dan sebagainya, atau mengikut turutan seperti sistem Jabatan Pelajaran dengan melabelkan Perkara I,II,III,IV sehingga seterusnya. Terima kasih Ismail Hashim-Baling Kedah | Peringatan Mesyuarat sama maksudnya dengan Minit Mesyuarat. Walau bagaimanapun Minit mesyuarat lebih tepat penggunaannya kerana minit merupakan catatan tentang apa yang telah diperkatakan (dibincangkan) atau dipersetujui (dlm mesyuarat, perundingan, dan sebagainya). Gaya penulisan Minit tidak semestinya sama antara semua organisasi. Minit mesyuarat DBP tidak sama 100 peratus dengan minit mesyuarat Kementerian Pelajaran, Intan ataupun Jabatan Perkhidmatan Awam. Namun, minit mesyuarat yang baik hendaklah mematuhi ciri-ciri berikut: format yang betul (tajuk, maklumat mesyuarat, kehadiran), fakta betul, catatan yang ringkas, bahasa yang mudah difahami (tatabahasa yang betul). | Tatabahasa | 10.04.2011 |
Apakah terjemahan dan penerangan tentang Ground Floor dan Basement dalam bahasa melayu? Ground floor sebenarnya tingkat berapa? Selepas Ground floor tingkat 1 atau 2? Bagaimana pula dengan basement? | Perkataan ground floor bermaksud bahagian bangunan yang separas dengan tanah. Perkataan basement pula merujuk bahagian bangunan paling bawah yang sebahagiannya atau keseluruhannya terletak di bawah tanah atau tingkat bawah tanah. Pada kebiasaannya, kebanyakan bangunan bermula dengan tingkat/aras bawah, diikuti tingkat satu, tingkat dua dan seterusnya. Walau bagaimanapun, tidak ada ketetapan khusus dalam penamaan atau penomboran tingkat bagi sesuatu bangunan. Penamaan dan penomboran tersebut bergantung pada konsep sesuatu bangunan atau pemilik bangunan. Untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci, sila rujuk Kamus Dwibahasa Bahasa Inggeris – Bahasa Melayu Edisi Kedua (DBP, 2002), halaman 95 dan 524. | Makna | 02.08.2024 |