Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.non.ton] | ڤنونتون

Definisi : 1. orang yg menonton (pertun­jukan dll): para ~ bertepuk tangan; 2. ki orang yg hanya menengok saja (tidak ikut serta): biarlah kita jadi ~ saja. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.non.ton] | ڤنونتون

Definisi : orang yg menonton (pertunjukan dll). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tonton
Kata Terbitan : menonton, mempertontonkan, menontonkan, penonton,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Antara dua ayat berikut, ayat manakah betul dari segi penggunaan kata sendi nama? a) Penonton-penonton terpesona dengan persembahan tradisional itu. b) Penonton- penonton terpesona oleh persembahan tradisional itu.Kata sendi nama yang betul ialah oleh/akan.

Penonton- penonton terpesona oleh/akan persembahan tradisional itu.
Tatabahasa11.06.2013
Ayat yang mana betul? 1. Para penonton bersorak-sorai.... 2. Para penonton bersorak.... 3. Penonton bersorak-sorai... Terima kasih.Semua ayat di atas betul.Tatabahasa07.01.2010
ramai penonton atau banyak penonton? TQ

Ramai terdiri daripada jumlah yang banyak (berkenaan orang), manakala banyak bermaksud besar jumlahnya atau bilangannya. Kebiasaanya ramai orang merujuk suasana (keadaan) orang yang ramai di sesuatu tempat, manakala banyak orang orang merujuk bilangan orang yang terdapat di tempat berkenaan. Merujuk contoh ayat yang diberikan "Ramai penonton meyaksikan perlawanan bola di Stadium Bukit Jalil pada hari semalam" adalah betul.

Tatabahasa04.09.2012
Penonton berasak untuk membeli tiket wayang. Ada apa-apa kesalahan ?Ayat tersebut betul.Tatabahasa29.07.2013
para penonton diminta duduk supaya tidak kelihatan sumbang. (tuan, sumbang adalah salah dan patut digantikan dengan perkataan apa? tq

Untuk makluman, dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan sumbang bermaksud 1. tidak sedap didengar atau dilihat (bkn bunyi, perbuatan dll); janggal 2. tidak betul perbuatannya; salah; silap 3.  tidak mengikut adat kesopanan atau tidak mengikut adat kebiasaan (spt melakukan zina dll). Perkataan sumbang boleh digantikan dengan perkataan lain, misalnya janggal, pelik, dan sebagainya,  bergantung pada konteks penggunaannya.

Makna09.09.2011
beribu-ribu penonton terpesona oleh persembahan kebudayaan dari negara asing itu. (adakah beribu-ribu salah?)

Penggunaan 'beribu-ribu" dalam ayat tersebut kurang tepat kerana tiada penjodoh bilangan. Ayat yang tepat ialah Beribu-ribu orang penonton terpesona oleh persembahan kebudayaan dari negara asing itu atau Ribuan penonton terpesona oleh persembahan kebudayaan dari negara asing itu.

Tatabahasa20.02.2011
Para penonton tidak berhenti-henti memuji kecantikan peragawati yang telah menjadi pelakon itu. munsyi, apakah kesalahan dalam ayat ini? TQAyat yang betul ialah: Para penonton tidak henti-henti memuji kecantikan peragawati yang telah menjadi pelakon itu.Tatabahasa16.02.2012
Saya ada mencipta lagu koir Anti Dadah. Sebelum lagu dinyanyikan ada beberapa baris ayat untuk dibaca oleh salah seorang peserta koir saya untuk diperdengarkan kepada penonton. Masalah saya : Bolehkah beberapa baris ayat yang dibaca dihadapan penonton itu disebut sebagai SENANDIKA ? atau mungkin pihak tuan dapat memberi perkataan yang sesuai. Terima kasih.

Kamus Dewan Edisi Keempat mentakrifkan senandika sebagai percakapan seorang diri oleh watak, biasanya dlm drama atau bentuk karya sastera lain, yg ditujukan kpd dirinya sendiri atau pendengar (penonton) utk mengungkapkan perasaan, konflik batin, firasat dsb yg dihadapinya atau utk memberikan sesuatu maklumat kpd pendengar (penonton) itu. Oleh itu,  istilah ini boleh digunakan dalam konteks tersebut.

Istilah14.03.2010
Adakah ayat berikut betul atau tidak? Para penonton yang menyaksikan konsert tersebut terpukau oleh kelunakan suara penyanyi yang beruara emas itu.Ayat yang betul ialah Para penonton yang menyaksikan konsert tersebut terpukau oleh kelunakan suara penyanyi itu.Tatabahasa08.08.2010
adakah ayat dibawah adalah betul? sekirannya salah tolong jelaskan. (a)Para penonton bersorak apabila wisel berbunyi/dibunyikan dan pertandingan pun bermula. terima kasihPara penonton bersorak apabila wisel dibunyikan dan pertandingan pun bermula.Tatabahasa20.08.2010
12345

Kembali ke atas