Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pen.sam.pe.lan] | ڤنسامڤلن

Definisi : proses memilih sampel secara rawak. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pensampelan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum wbt Tn. Saya ingin mendapatkan kepastian berkenaan dengan perkara berikut: Adakah istilah PERsampelan atau PENsampelan yang perlu digunakan dalam penulisan tesis pada bahagian metodologi kajian. Terima kasih.Penggunaan "pensampelan" dan "persampelan" bergantung pada maksud dan konteks penggunaan. Pensampelan bermaksud proses, kaedah atau tatacara memilih sampel secara rawak. Persampelan bermaksud benda atau perkara yang dijadikan sampel atau penerangan mengenai sampel yang diambil secara rawak. Contohnya:

item sampling - pensampelan butiran (bidang Pendidikan)

Proses menguji kesahihan soalan peperiksaan dengan cara mencubanya terlebih dahulu pada sampel kumpulan sasar.

sampling site - tapak persampelan (bidang Pertanian)

Kawasan kecil yang digunakan sebagai sampel bagi kawasan yang lebih luas. Contohnya, bagi ladang seluas seribu hektar, beberapa tapak persampelan diambil daripada kawasan yang kecil untuk mewakili keseluruhan lading.
Istilah15.08.2016
Istilah pensampelan atau persampelan yang lebih tepat sebagai penggunaan dalam kajian akademik?Penggunaan kata yang tepat bergantung kepada konteks penggunaan kata tersebut dalam kajian akademik yang dilakukan. Pada kebiasaannya, kata yang digunakan ialah pensampelan. Menurut Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) kata pensampelan bermaksud hal atau perbuatan memilih sampel.Makna27.12.2024
Apakah perbezaan di antara istilah persampelan dan pensampelan dan istilah mana yang lebih tepat untuk digunakan.Kata terbitan yang betul ialah pensampelan yang bermaksud proses memilih sampel secara rawak.Tatabahasa19.08.2011
Salam, Saya ingin bertanya... "pensampelan" atau "penyampelan" yang mana satu penggunaan yang betul. Terima kasih.Jika yang tuan maksudkan perkataan sampling, padanannya dalam bahasa Melayu ialah pensampelan.Istilah19.04.2014
Salam Tuan, Saya sukar untuk membezakan antara "persampelan" dan "pensampelan". Mohon tuan beri sedikit penjelasan tentang penggunaan kedua-dua perkataan tersebut.Kata terbitan yang betul ialah pensampelan yang bermaksud proses memilih sampel secara rawak.Ejaan03.04.2013
Apakah konsep kepada pelan pensampelan?Mohon berikan tentang persoalan bahasa Melayu agar pihak kami dapat berikan jawapan yang diperlukan.Lain-lain25.11.2021
Untuk Sampling (English) adakah terjemahannya ke Bahasa Malaysia menjadi Pensampelan? Atau Pesampelan? Yang mana satu yang betul?

Puan Suraya,

Ejaan yang betul ialah Pensampalan.

Ejaan02.07.2010
Apakah terjemahan Snowball sampling? bola salji/bebola salji lebih tepat? Tiada di Carian Kata.Padanan bagi istilah snowball sampling dalam bahasa Melayu ialah pensampelan bebola salji. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.Istilah21.11.2024
Saya ingin bertanya apakah penggunaan terma snowball sampling bagi terma di dalam Bahasa Melayu.. Adakah betul penggunaan terma Bola Salji yang digunakanPadanan bahasa Melayu bagi istilah snowball sampling ialah pensampelan bola salji. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu.Istilah11.02.2023
Assalamualaikum, Saya nak tanya tentang ejaan. Yang manakah betul: Amniosintesis @ Amniosentesis?Istilah sasar bagi amniocentesis ialah amniosentesis dalam bidang perubatan atau biologi yang bermaksud Kaedah penebukan kantung amnion untuk mendapatkan sampel cecair amnion atau pensampelan bendalir amnion untuk diagnosis antenatal bagi mengesan kerosakan kromosom pada fetus.Ejaan23.07.2019
12

Kembali ke atas