Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pen.struk.tu.ran] | ڤنستروکتورن

Definisi : perihal (perbuatan dsb) menstrukturkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pen.struk.tu.ran] | ڤنستروکتورن

Definisi : perihal atau proses menstrukturkan sesuatu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata penstrukturan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Bagaimana bahasa melayu distrukturkanPenstrukturan bahasa Melayu sangat luas. Oleh itu, sekiranya tuan memerlukan maklumat terperinci berkaitan dengan soalan tuan, sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga.Lain-lain24.08.2023
terjemahan utk Industry Restructuring Loan Guarantee SchemeTerjemahannya ialah Skim Jaminan Pinjaman Penstrukturan Semula Industri.Istilah02.04.2009
Salam, Saya ingin buat pengesahan tentang terjemahan dan istilah yang paling tepat. Kementeria saya dalam proses penstrukturan semula dan beberapa bahagian/unit baru ditubuhkan. Antaranya Foresight Technology Division yang antara peranannya a. Melaksanakan penilaian keberkesanan program R&D /STI negara menerusi analisa horizon & trend scanning yang dapat mengenalpasti jurang dan isu-isu baru STI (emerging issues) b. Mengenalpasti dan menyelaras pelaksanaan kajian teknologi masa depan untuk keperluan STI negara agar selaras dengan dasar-dasar dan program utama negara e.g:NKEA,RMK11,ETP & DSTIN c. Menetapkan keutamaan & halatuju R&D/STI dengan mengambil kira peranan kementerian & sektor swasta yang meliputi pelbagai disiplin dan merentasi sektor d. Mengenalpasti kemahiran-kemahiran masa depan berasaskan STI yang diperlukan untuk menjadikan negara lebih kompetitif e. Mengenalpasti bidang ekonomi masa depan bagi meningkatkan penjanaan pendapatan negara Dengan tidak mengabaikan Bahasa Melayu, pihak atasan ingin mengekalkan perkataan Foresight dalam bahasa Inggeris dan Technology dijadikan Teknologi. Soalan, penggunaan yang paling tepat adalah Bahagian Teknologi Foresight (foresight diitalickan) atau Bahagian Foresight Teknologi. Maklumbalas segera dari pihak tuan/puan amat kami hargai.Berdasarkan penerangan yang diberikan, padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah Bahagian Teknologi Masa Depan. Nama yang dicadangkan,  iaitu "Bahagian Teknologi Foresight"  tidak boleh digunakan kerana nama tersebut menggabungkan bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris.Penyemakan dan penterjemahan16.01.2017
Saya ingin bertanya apakah perbezaan antara Surat Pekeliling Am dengan Surat Pekeliling Perbendaharaan?1. Surat Pekeliling Am lebih memfokus kepada perkara-perkara umum seperti peraturan pejabat, penstrukturan semula dll., contoh: Penyeragaman Format Kepala Surat.
2.Surat Pekeliling Perbendaharaan lebih memfokus kepada hal-hal berkaitan perolehan dan kewangan, contoh: Langkah untuk Perbelanjaan Awam.
Lain-lain05.05.2015
Apakah perbezaan Surat Pekeliling Ikhtisas dan juga Surat Pekeliling Am. Terima kasih.
"Surat Pekeliling Ikhtisas" merupakan satu Warta Kerajaan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia yang diedarkan dari semasa ke semasa. Surat pekeliling ini merupakan satu arahan dan garis panduan dalam melaksanakan suatu tugasan dan perkhidmatan. Selain itu, ia juga merupakan satu punca kuasa yang perlu dipatuhi oleh penjawat awam. 

"Surat Pekeliling Am" pula lebih fokus kepada perkara-perkara umum seperti peraturan pejabat, penstrukturan semula dan lain-lain, contohnya, Penyeragaman Format Kepala Surat.  
Lain-lain09.08.2021

Kembali ke atas