| Assalamualaikum, 1- Bolehkah digunakan perkataan "yang mana" dalam ayat? 2- Bolehkah digabungkan perkataan Bahasa Arab atau Inggeris dengan Bahasa Melayu tetapi Bahasa lain tersebut disengetkan (italic) kerana kalau ingin diterjemah agak panjang dan kurang sesuai: contohnya: Penta'ajilan zakat (iaitu bermaksud mempercepatkan pembayaran/pengeluaran zakat sebelum haul). Perkataan ta'ajil di atas disengetkan, tetapi imbuhan "Pen" dan "an" dibiarkan tegak. | 1. Frasa 'yang mana' tidak digunakan memandangkan bahawa frasa ini lebih merupakan terjemahan langsung bagi perkataan which dalam bahasa Inggeris. Penggunaan yang betul ialah sama ada yang atau mana - bergantung pada kesesuaian ayat. 2. Perkataan Taajil belum ada dalam Kamus Dewan, kami cadangkan saudara menggunakan perkataan/frasa yang melambang maksudnya dalam bahasa Melayu agar dapat difahami oleh khalayak. Walau bagaimanapun jika perkataan taajil (pentaajilan) perlu dikekalkan istilahnya, maka hendaklah ditulis dengan huruf condong. | Tatabahasa | 25.01.2011 |