Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pen.tad.bi.ran] | ڤنتدبيرن

Definisi : perbuatan mentadbirkan, pe­­­ngelo­laan, pengurusan, pemerintahan: dgn adanya pegawai itu, ~ negara tetap berjalan dgn tidak putus-putus; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pen.tad.bi.ran] | ڤنتدبيرن

Definisi : per­buatan, hal dll mentadbir atau men­­tadbirkan; urusan mentadbir atau mentadbirkan: ~ negara Malaysia berjalan dgn lancar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tadbir
Kata Terbitan : mentadbir, pentadbiran, pentadbir,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Pentadbiran Majlis Daerah Mersing sedang dalam proses menaiktaraf papan nama jalan. Adakah wajar kami menggunakan singkatan ejaan "Jalan" kepada "Jln" sahaja. Seperkara lagi ialah wajarkah kami meletakkan perkataan "Rd" (Road) di hujung perkataan kerana, Mersing merupakan sebuah daerah pelancongan yang dikunjungi ramai pelancong asing. Contoh papan nama jalan yang dimaksudkan seperti berikut: Tulisan Jawi (Dieja secara penuh) JLN. TALAPIA RD Kerjasama bakal diberikan amat dihargai dan didahului ucapan jutaan terima kasih.Kami cadangkan ejaan "Jalan" dieja penuh kerana kalau diringkaskan menjadi "Jln.", hanya berbeza dua huruf sahaja. Walaupun Mersing sebuah bandar yang dikunjungi ramai pelancong asing, tetapi masih tertakluk pada undang-undang dan Perlembagaan Malaysia. Bahasa Melayu telah termaktub dalam perlembagaan sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara kita. Oleh itu, marilah kita bersama-sama memartabatkan bahasa Melayu dan berbangga menggunakan bahasa Melayu. Secara tidak langsung Mersing boleh menjadi "duta" memperkenalkan bahasa Melayu kepada pelancong asing. Semoga kita menjadi seperti bangsa besar lain di dunia seperti Jepun, China dan Perancis yang berbanggsa dengan bahasa ibunda atau bahasa rasmi negara mereka.Lain-lain19.07.2012
master of business administration bachelor ofsarjana pentadbiran perniagaan sarjana muda pentadbiran perniagaanLain-lain10.02.2009
SAYA NAK TAHU TENTANG FORMAT TERKINI SURAT RASMI BAGI KEGUNAAN PENTADBIRAN SEKTOR SWASTA KEPADA PENTADBIRAN SEKTOR KERAJAANFormat surat rasmi boleh dirujuk pada Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2007, halaman 43 yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam . Semua jabatan dalam sektor awam, termasuk DBP  merujuk pekeliling ini.  Saudara bolehlah melayari laman sesawang JPA untuk maklumat lanjut. Apa yang penting surat-menyurat dengan jabatan kerajaan hendaklah menggunakan bahasa Melayu yang baik dan betul.Lain-lain04.11.2012
1.Pusat Pentadbiran Kerajaan Malaysia terletak di Putrajaya atau Pusat pentadbiran kerajaan malaysia terletak di Putrajaya Bina ayat majmuk dengan kata hubung 2. Rambut Suraini lurus ( tetapi) Rambut adiknya kerinting Rambut Suraini lurus tetapi rambut adiknya kerinting atau Rambut Suraini lurus tetapi adiknya kerinting

1. Pusat pentadbiran Kerajaan Malaysia terletak di Putrajaya.

2. Rambut Suraini lurus tetapi rambut adiknya keriting.

Tatabahasa07.07.2011
Tuan, Pentadbiran SUK Terengganu bercadang untuk mencetak kad jemputan bagi jemputan acara, majlis rasmi kerajaan negeri. Mohon pandangan yang manakah lebih tepat, sesuai, betul/ Kerajaan Negeri Terengganu Darul Iman mempersilakan YB. Dato'/Y.Bhg. Dato'/Tuan/Puan ATAU Yang Behormat Setiausaha Kerajaan Terengganu mempersilakan YB. Dato'/Y.Bhg. Dato'/Tuan/Puan PERBEZAANNYA IALAH yg pertama Kerajaan menjemput dan kedua individu iaitu YB SUK yg jemput. TK

Jika majlis yang diadakan ialah anjuran kerajaan negeri Terengganu maka ayat pertama yang wajar digunakan, jika YB Setiausaha Kerajaan Negeri menganjurkan majlisnya sendiri, maka ayat kedua wajar digunakan.

Tatabahasa06.12.2011
Istilah dalam pentadbiran pengurusan organisasi/jabatan - perkataan "Credibility". Mohon beri panduan/jawapan.Padanan istilah "credibility" dalam bahasa Melayu ialah kebolehpercayaan.Istilah19.11.2009
Apakah maksud pentadbiran? saya memerlukan riwayat hidup sultan kedah... sultan abdul halim, sultan badlishah dan sultan abdul hamid...

Sdr.

Pentadbiran mengikut definisi Kamus Dewan adalah ...' perbuatan mentadbir, pengelolaan, pengurusan, pemerintahan". Sultan Abdul Hamid Halim Syah adalah Sultan Kedah ke 25 (1882-1943), Sultan Badlishah adalah Sultan Kedah ke 27 (1943-1958) dan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Syah adalah Sultan Kedah ke 28 (1958-). Biodata duli tuanku boleh dirujuk dalam Ensiklopedia Sejarah, Kebudayaan Melayu terbitan DBP.

 

Lain-lain22.08.2008
Salam Sejahtera, Saya ingin bertanya berhubung dengan penggunaan Kata Nama Umum dan Kata Nama Khas, sebagai contoh, merujuk pada ayat di bawah: i) Sebarang tindakan perlu mendapat kelulusan daripada Pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor - dalam ayat ini, perlukah permulaan bagi ayat "pentadbiran kerajaan negeri" digunakan dengan huruf besar di hadapan setiap perkataan? perlukah ianya dikekalkan ataupun perlu ditukar menjadi "Pentadbiran Kerajaan Negeri"? saya juga ingin bertanya, sekiranya struktur ayat melibatkan penggunaan perkataan seperti .... kerajaan pusat.... adakah perkataan "kerajaan pusat" perlu diletakkan penggunaan huruf besar di permulaan huruf cth: .....Kerajaan Pusat..... Juga, bolehkah sekiranya saya dapatkan format Minit Mesyuarat terkini bagi jabatan-jabatan kerajaan yang diguna pakai dan formatnya diiktiraf oleh DBP? Terima kasih

Frasa pentadbiran kerajaan negeri dan kerajaan pusat ialah kata nama am, maka frasa tersebut ditulis dengan huruf kecil.

Format penulisan minit mesyuarat  adalah bergantung pada jenis mesyuarat yang diadakan. Format minit bagi setiap  mesyuarat  masih sebagaimana yang diamalkan pada masa kini. Format yang biasa digunakan ialah bentuk bebas (tanpa kotak) dan dalam kotak. Apabila menggunakan bentuk dalam kotak, tajuk setiap lajur adalah bergantung pada keperluan sesebuah organisasi. Lazimnya bentuk kotak menggunakan tiga lajur, iaitu Bilangan, Perkara/Keputusan, dan Tindakan. Sesetengah jabatan pula menambah satu lagi lajur, iaitu Status Semasa. Sebagai panduan, sila rujuk Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bil.1/1993 untuk penjelasan lanjut mengenai Panduan Mengenai Mesyuarat Pagi yang juga mengandungi panduan menyediakan minit mesyuarat. Untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai perkara ini, sila berhubung dengan Jabatan Perdana Menteri atau Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia.

Tatabahasa25.11.2011
maksud autonomi, penyayang & kerahsiaan

Saudara,

Maksud autonomi ialah pemerintahan (pentadbiran, pengurusan) sendiri, hak mengurus pemerintahan (pentadbiran dsb) sendiri (tanpa penguasaan atau pengendalian oleh pihak lain);

Maksud penyayang ialah orang yg kasih akan yg lain, pengasih, pencinta, bersifat belas kasihan

Maksud kerahsian ialah perihal rahsia.

Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.

Makna27.12.2009
Saya ingin mendapatkan fakta tentang sistem pentadbiran kebudayaanSila rujuk bahan ini : 1. Pengurusan kebudayaan masa depan oleh Baha Zain Dewan Sastera 15/02/1978 2. Perancangan dan pentadbiran kebudayaan di Malaysia / oleh Aziz Deraman.Kuala Lumpur : Bahagian Kebudayaan, Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan, 1983.Lain-lain20.06.2007
12345678910...

Kembali ke atas