apakah maksud berperlembagaan | Perlembagaan ialah undang-undang dasar pemerintahan sesebuah negara (pentadbiran sesebuah badan dan sebagainya). | Makna | 07.03.2011 |
APAKAH YANG DI MAKSUDKAN DENGAN BAHASA MENUNJUKKAN BANGSA DAN BAHASA JIWA BANGSA SERTA APAKAH KEPENTINGAN BAHASA MALAYSIA KEPADA KAUM DI MALAYSIA. | Sesungguhnya bahasa itu menunjukkan jati diri sesuatu bangsa. Bahasa melambangkan bagaimana sesuatu bangsa itu menggunakan bahasa sebagai alat komunikasi, perpaduan untuk saling memahami dan bahasa itu digunakan sebagai bahasa ilmu sesuatu bangsa. Kekuatan bahasa itu juga menunjukkan kuatnya sesuatu bangsa. Bahasa Melayu atau bahasa Melayu adalah sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi sebagaimana yang termaktub dalam Perkara 152 Perlembagaan Malaysia. Bahasa Melayu berfungsi sebagai: (a) alat perpaduan sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi semua rakyat. (b) bahasa pentadbiran negara. (c) alat komunikasi sebagai bahasa utama (d) bahasa ilmu Tuan juga boleh mengunjungi Pusat Dokumentasi Melayu Dewan Bahasa dan Pustaka bagi mendapatkan bahan rujukan mengenai bahasa Melayu. | Lain-lain | 22.09.2008 |
APAKAH YANG DI MAKSUDKAN DENGAN DASAR BAHASA RASMI NEGARA? | Bahasa rasmi adalah bahasa yang digunakan dalam situasi rasmi, yakni dalam urusan pemerintahan dan pentadbiran, sistem pendidikan negara, urusan perdagangan dan perusahaan, dan sebagainya. Dalam konteks negara kita bahasa rasmi ialah bahasa Melayu. Bahasa Melayu ialah bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan negara Malaysia seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Akta Bahasa. | Lain-lain | 21.07.2006 |
apakah maksud definisi bahasa kebangsaan dan penggunaannya | Bahasa kebangsaan ialah bahasa rasmi negara. Bahasa kebangsaan negara ialah bahasa Melayu. Penggunaan Bahasa kebangsaan ialah sebagai bahasa rasmi, bahasa pentadbiran, bahasa perhubungan umum serta bahasa pengantar dan bahasa ilmiah di sekolah-sekolah dan institusi pengajian tinggi. | Makna | 02.10.2006 |
apa itu bahasa kebangsaan?sila jelaskan dan bandingkan bahasa kebangsaan dengan bahasa melayu. Terima kasih. | Bahasa kebangsaan ialah bahasa rasmi negara. Bahasa kebangsaan negara kita ialah bahasa Melayu. Penggunaan Bahasa kebangsaan adalah sebagai bahasa rasmi, bahasa pentadbiran, bahasa perhubungan umum serta bahasa pengantar dan bahasa ilmiah di sekolah-sekolah dan institusi pengajian tinggi. Perkaitannya dengan bahasa Melayu dinyatakan dalam Akta Bahasa Kebangsaan dan Akta Pendidikan, iaitu bahasa Melayu ialah bahasa kebangsaan Persekutuan Malaysia. | Lain-lain | 28.01.2007 |
fungsi bahasa melayu sebagai bahasa rasmi | Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi yang digunakan dalam situasi rasmi, yakni dalam urusan pemerintahan dan pentadbiran, sistem pendidikan negara, urusan perdagangan dan perusahaan, dan sebagainya. Dalam konteks negara kita, bahasa rasmi ialah bahasa Melayu seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Akta Bahasa Kebangsaan. Bahasa Melayu sebagai lambang identiti masyarakat, wahana perpaduan masyarakat, bahasa perhubungan sesama masyarakat, alat pemikiran dan pergaulan masyarakat, dan sebagainya. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi Pusat Dokumentasi Melayu, DBP untuk membuat rujukan/penyelidikan bagi menyelesaikan tugasan saudara ini. | Tatabahasa | 22.05.2010 |
apakah fungsi bahasa melayu dalam negara malaysia. | Dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia, Perkara 152 menyatakan bahawa bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan dijadikan bahasa rasmi negara Malaysia. Bahasa Melayu telah dijadikan bahasa pengantar sekolah kebangsaan, menengah kebangsaan dan institusi pengajian tinggi awam. Bahasa Melayu juga dijadikan bahasa pentadbiran kerajaan, bahasa komunikasi sosial, bahasa perundangan, bahasa teknologi maklumat, dan bahasa ilmu. Dalam masyarakat berbilang kaum, bahasa Melayu berfungsi sebagai bahasa perpaduan negara. | Lain-lain | 26.02.2008 |
ERTI BAGI PERKATAAN BIROKRASI . SUMBANGAN KARL MARX,SUMBANGAN MAX WEBER,DAN SUMBANGAN IBNU KHALDUN DALAM PEMBENTUKAN TEORO SOSIAL | Menurut Kamus Dewan Edisi Ke-4 Birokrasi bermaksud:- 1. sistem pemerintahan atau pentadbiran yg dikendalikan atau dijalankan oleh pegawai-pegawai kerajaan (yg tidak dipilih oleh rakyat); 2. cara pemerintahan atau pentadbiran dgn pegawai-pegawai kerajaan yg mempunyai kuasa yg besar; 3. cara pentadbiran yg melibatkan berbagai-bagai peringkat atau proses pengurusan dan banyak peraturan; Saudara boleh merujuk sumber rujukan di Pusat Dokumentasi Melayu di DBP atau di Perpustakaan Negara Malaysia untuk mendapatkan bahan-bahan yang berkaitan dengan SUMBANGAN KARL MARX,SUMBANGAN MAX WEBER,DAN SUMBANGAN IBNU KHALDUN DALAM PEMBENTUKAN TEORI SOSIAL. | Makna | 01.11.2008 |
Tun Dr. Mahathir Mohamad seorang_________ ulung ketika menerajui pentadbiran malaysia. A bangsawan B cendekiawan C negarawan D usahawan | Saudari, Dalam konteks ayat di atas jawapan yang paling sesuai ialah 'negarawan'. Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat negarawan merujuk kepada 1. orang yg mahir benar dgn cara-cara pemerintahan negara, orang yg memegang atau pernah memegang tampuk pemerintahan sesebuah negara, ahli negara: Churchill ialah seorang ~ Inggeris yg ulung; 2. pemimpin politik yg sangat dihormati kerana sifat-sifatnya (spt kebijaksanaannya, kejujurannya, dll) yg unggul; kenegarawanan sifat atau kebolehan sbg negarawan. Untuk maklumat lanjut sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. | Tatabahasa | 23.08.2012 |
tolong berikan apa itu bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan. serta perbezaan di antara kedua-dua bahasa itu. terima kasih | Sdr. Meisa, terima kasih kerana menghubungi KNBDBP. Bahasa rasmi adalah bahasa yang digunakan dalam situasi rasmi, yakni dalam urusan pemerintahan dan pentadbiran, sistem pendidikan negara, urusan perdagangan dan perusahaan, dan sebagainya. Dalam konteks negara kita bahasa rasmi ialah bahasa Melayu. Bahasa Melayu ialah bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan negara Malaysia seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Akta Bahasa. | Lain-lain | 25.02.2009 |