Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pen.tak.si.ran] | ڤنتکسيرن

Definisi : perihal menaksir; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pentaksiran


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Cikgu, bolehkah saya tanya 'menilai semula dasar pentaksiran dan peperiksaan' dan 'menilai dasar pentaksiran dan peperiksaan semula' manakah yang betul ? atau kedua-dua pun betul ?Kedua-duanya betul.

1. Menilai semula dasar pentaksiran dan peperiksaan 
2. Menilai dasar pentaksiran dan peperiksaan semula
Tatabahasa11.11.2021
Dalam Kamus Dewan 4, saya hanya dapat mencari perkataan penaksiran. Tetapi perkataan pentaksiran sudah digunakan dengan begitu meluas sekali. Adakah pihak DBP akan mengemas kini Kamus Dewan untuk memasukkan pentaksiran ke dalam Kamus Dewan atau pentaksiran memang telah disalahgunakan. Terima kasihKata "pentaksiran" sinonim dengan kata "penaksiran". Kedua-dua perkataan ini telah direkodkan di dalam Kamus Dewan Perdana (KDP) Cetakan Kedua 2021, muka surat 2220.Makna15.05.2022
Adakah penggunaan perkataan 'pentaksiran' betul? dan adakah ia membawa maksud yang sama seperti 'penaksiran'? Konteks 'pentaksiran' yang saya merujuk ialah 'proses mendapatkan maklumat dan seterusnya membuat penghakiman serta pertimbangan tentang produk sesuatu proses pendidikan'.Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, kedua-dua perkataan mempunyai maksud yang sama dan boleh digunakan.Ejaan19.08.2014
apakah perbezaan di antara penafsiran dengan pentaksiran? Yang mana satu betul penggunaannya?Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, kedua-dua "pentaksiran" dan "penaksiran" mempunyai maksud yang sama. Oleh itu, kedua-duanya adalah betul dan boleh digunakan.Makna20.08.2014
1.Apakah nama untuk binaan kayu atau besi yang digunakan untuk meletakkan kertas ucapan semasa berucap ? 2. Pertandingan memancing (adakah pertandingan yang memancing), kemahiran membaca/menulis (adakah kemahiran yang membaca/menulis). Mohon pandangan tuan alasan betul atau salah. 3. Pentaksiran lisan @ penaksiran lisan, yang mana tepat. Berdasarkan Kamus Pelajar KBSM, tiada entri pentaksiran. 4. Apakah istilah nilai bagi sikap tidak mementingkan diri sendiri. 5. Adakah kata 'pergi' tidak perlu diikuti oleh 'ke' atau kedua-duanya betul.

1. Rostrum

2.Pertandingan memancing, kemahiran membaca/menulis merupakan frasa yang betul yang merujuk aktiviti tersebut.

3. Pentaksiran lisan @ penaksiran lisan, kedua-duanya betul. 

4. Bertolak ansur, berkompromi, bekerjasama 

5. Penggunaannya bergantung pada konteks ayat. Contoh: Dia pergi ke pasar. Dia pergi dahulu. Saya pergi dengan bas. 

Tatabahasa27.04.2010
Dengan rasa rendah hati, saya ingin bertanya sekiranya pihak DBP mengizinkan saya bagi melibatkan DBP untuk pentaksiran akhir pengajian saya (FYP) kategori Ijazah Sarjana Muda Seni Persembahan Tari Dengan Kepujian di Universiti Pendidikan Sultan Idris, sementara apakah tatacara atau langkah yang perlu saya lakukan?, mohon kerjasama dan tindakbalas daripada pihak DBP. Sekian, terima kasih..Untuk makluman pihak puan, DBP tidak menawarkan khidmat pentaksiran akhir pengajian. Lain-lain28.06.2026
1. Perkataan manakah yang betul...PENAKSIRAN ATAU PENTAKSIRAN 2. Apakah maksud perkataan tersebutYang betul ialah penaksiran, iaitu mengira atau menghitung banyaknya sesuatu (harga dan lain-lain).Makna07.10.2009
Kamus Dewan mencatatkan menaksir (= mentaksir) ialah mengira atau menghitung banyaknya sesuatu seperti harga dan lain-lain. Penaksiran (= pentaksiran) ialah perihal menaksir. Ada pendapat mengatakan bahawa Daftar Kata Bahasa Melayu (DKBM) lebih berwibawa dari segi ejaan. Persoalannya, mengapakah DKBM tidak menyenaraikan “mentaksir” dan “penaksiran” di bawah masukan taksir? hlm. 1660 – 1661.Daftar Kata Bahasa Melayu Rumi-Sebutan-Jawi tidak menyenaraikan semua entri seperti Kamus Dewan. Walau bagaimanapun, pihak kami akan mengambil maklum tentang perkara ini untuk edisi seterusnya. Istilah01.12.2009
Selamat sejahtera tuan/puan, bolehkah anda memberikan saya jadual peribahasa yang lengkap dan betu kerana saya pelajar tingkatan tiga yang akan menghadapi Pentaksiran Tingkatan Tiga(PT3) tahun ini. Harap boleh mendapat jadual bahasa istana yang lengkap juga. Saya sering mengalami banyak masalah semasa membuat latihan bahagian peribahasa tetapi guru BM sekolah hanya memberitahu saya untuk mencari Kamus DBP edisi terkini. Namun begitu saya masih berasa banyak lagi peribahasa yang tidak disertakan dalam kamus tersebut selepas mencari seluruh kamus tersebut dalam cuti sekolah ini. Harap tuan/ puan akan membantu saya. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih dahulu di sini.Pihak DBP ada menerbitkan buku "Peribahasa Sekolah Menengah" oleh Asiah Abdul Rahman (cetakan pertama tahun 2003 dan cetakan kelapan tahun 2017) sebagai panduan dan rujukan kepada para guru dan pelajar.
Boleh hubungi Kedai Buku DBP untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan buku tersebut (talian: 03-41010000 atau layari laman web: dbpniaga.my).
Lain-lain24.08.2018
tolong beri takrif atau definisi perkataan berikut: 1.alternatif 2. autentik 3.kesedaran kendiri 4.Ingin tahu(curiosity) 5.fokus 6. Inisiatif 7.Minda kelas Pertama 8.Pentaksiran 9.Jati diri1. Alternatif = 1. pilihan yg merupakan kemestian (keharusan); 2. satu pilihan antara dua kemungkinan.  2. Autentik bermaksud dapat dipercayai atau dijadikan pegangan, asli dan benar.  3. Kesedaran kendiri bermaksud kesedaran sendiri. 4. Ingin tahu bermaksud sifat ingin tahu.  5. Fokus bermaksud tumpuan perbincangan, perhatian dan sebagainya. 6. Inisiatif bermaksud daya usaha (tindakan dll) yg mula-mula. 7. Minda Kelas Pertama minda iaitu mempunyai minda tahap tertinggi, eksklusif dan terbaik. 8. Penaksiran bermaksud perihal mengira atau menghitung banyaknya sesuatu, menyangka, menelah, mengagak, mengira. 9. Jati diri ialah identiti.Makna16.09.2008
12

Kembali ke atas