Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pen.tas] | ڤنتس

Definisi : 1. lantai (di rumah dll) yg ditinggikan utk tempat tidur (tempat memasak); 2. tempat yg ditinggikan utk bermain sandiwara dll, panggung: ~ bangsawan; presiden telah di bawa ke ~ khas itu tempat beliau telah menerima tabik; orang berdendang di ~nya prb orang berkuasa di rumahnya sendiri; mementaskan memainkan (sandiwara dll) di pentas: mereka telah ~ drama “Harimau Johor” pd minggu lalu di panggung Victoria; pementasan perbuatan mementaskan (san­diwara dll): menikmati hasil ~ anekawarna. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pen.tas] | ڤنتس

Definisi : 1 tempat yg sengaja ditinggikan utk bermain sandiwara dll; panggung. 2 lantai yg ditinggikan utk tempat tidur atau tempat memasak. mementaskan memainkan atau melakonkan sesuatu di atas pentas: Mereka telah ~ cerita Mahsuri di Kolej Melayu, Kuala Kangsar. pementasan perbuatan atau hal mementaskan (sandiwara dll): ~ drama itu telah mendapat sambutan hangat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
assalamualaikum.. nak tanya istilah dalam bahasa melayu sesuai bagi backdrop (hiasan di pentas papan pentas)Padanan bahasa Melayu bagi istilah backdrop ialah tirai latar, latar pentas atau tirai belakang.Istilah02.04.2007
(a) Ketiga-tiga pemuda tersebut berlari keluar dari pentas. (b) Ketiga pemuda tersebut berlari keluar dari pentas. Mana satu yang betul (ketiga-tiga atai ketiga)? (i) Ketiga-tiga orang pemuda tersebut berlari keluar dari pentas. (ii) Ketiga-tiga pemuda tersebut berlari keluar dari pentas. Mana satu yang betul tentang keahdiran penjodoh bilangan?Ayat yang betul ialah Ketiga-tiga orang pemuda tersebut berlari keluar dari pentas dan Ketiga-tiga pemuda tersebut berlari keluar dari pentas. Perkataan ketiga bermaksud yang ketiga, manakala ketiga-tiga bermaksud semua seramai tiga. Penjodoh bilangan boleh hadir atau tidak dalam ayat tersebut.Tatabahasa06.04.2012
Adakah ayat ini betul? Beberapa orang murid sedang menggantung Jalur Gemilang pada dinding pentas.Jawapan "Beberapa orang murid sedang menggantung Jalur Gemilang pada dinding pentas" adalah betul. Namun, jawapan yang lebih sesuai ialah   "Beberapa orang murid sedang menampal Jalur Gemilang pada dinding pentas", kerana perkataan "pada dinding pentas"  biasanya merujuk "pada bahagian dinding pentas tersebut".Tatabahasa31.03.2013
Jurukamera merakam video di tepi pentas. Adakah rangkai kata di tepi pentas sesuai digunakan?Penggunaan perkataan di tepi pentas adalah sesuai digunakan.Tatabahasa31.10.2016
SAYA INGIN MENGETAHUI MENGENAI KONSEP DRAMA PENTAS DAN KAEDAH MENULIS SKRIP DRAMA PENTAS YANG MENGAMBIL MASA 30 MINIT PEMENTASAN. SAYA HARAP PIHAK TUAN DAPAT MEMBANTU SAYA DALAM MASALAH INI.Konsep drama pentas adalah bergantung kepada pemilihan pengarang sama ada menghasilkannya dalam aliran realisme, absurd, surealis atau lain-lainnya. Jadi konsep tersebut berdasarkan pemilihan aliran ini kerana setiap aliran mempunyai ciri-ciri tertentu dalam bentuk penulisan dan pementasannya. Saudara boleh merujuk buku-buku drama seperti Drama-drama Pilihan Usman Awang untuk aliran realisme, Angin Kering (karya Johan Jaaffar) untuk aliran absurd, Yang Menjelma dan Menghilang (karya Anwar Ridhwan) untuk aliran surealis dan sebagainya. Untuk kaedah penulisan drama pentas, kami telah menyediakannya dalam laman DBP dan saudara bolehlah merujuk makalah dalam laman tersebut.Lain-lain02.05.2007
Bagi latar pentas Majlis Berbuka Puasa Bersama Datuk Bandar Kuala Lumpur atau Majlis Berbuka Puasa Bersama YBhg Datuk Bandar Kuala Lumpur Mana yang lebih bersesuai?Frasa yang lebih sesuai ialah MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA-SAMA DATUK BANDAR KUALA LUMPUR.Tatabahasa23.06.2015
1.) Murid-murid menghiaskan pentas dengan bunga-bungaan. 2.) Murid-murid menghiaskan bunga-bungaan di atas pentas. Yang manakah penggunaan perkataan "menghiaskan" betul?
Menurut data kami, kedua-dua ayat di atas betul.
Lain-lain09.08.2016
Assalaamualaikum...saya ada soalan. 1. Saya menepuk tangan di bawah pentas. 2. Saya bertepuk tangan di bawah pentas. Manakah ayat yg betul? Atau boleh diterima kedua-duanya. Harap pihak tuan dpt memberikan penjelasan. Terima kasih.Kedua-dua perkataan itu betul bergantung pada konteks penggunaannya. Jika menyatakan kegembiraan, perkataan yang betul ialah "bertepuk tangan" dan jika memukul tangan dengan perlahan, perkataan "menepuk tangan" yang sesuai digunakan. Ayat tuan tidak menjelaskan tujuan, bertepuk/menepuk tangan. Untuk maklumat lanjut tentang kedua-dua perkataan tersebut manfaatkan carian kata di laman web kami www.prpm.dbp.gov.my.Tatabahasa07.04.2015
Adakah ayat-ayat di bawah betul dalam tatabahasa dan strukturnya ? Jika tidak, tolong berikan ayat yang betul. Terima kasih. (1) Amy yang mahir bercerita sedang bercerita dengan fasih dan menarik di atas pentas. (2) Amy yang mahir bercerita sedang bercerita dengan lancar dan menarik di atas pentas. (3) Amy yang mahir bercerita sedang mempersembahkan ceritanya dengan lancar dan menarik di atas pentas. (4) Penonton-penonton memberikan tepukan yang gemuruh sekali kepada Amy. (5) Para penonton memberikan tepukan yang gemuruh sekali untuk Amy. (6) Seorang jurugambar sedang mengambil gambar Amy yang sedang bercerita menggunakan camera. (7) Tiga orang pengadil sedang menyaksikan persembahan Amy sambil memberi markah. (8) Terdapat banyak hamper dan piala dipamerkan di atas meja sebagai hadiah untuk pemenang-pemenang pertandingan bercerita. (9) Banyak hamper dan piala dipamerkan di atas meja sebagai hadiah untuk pemenang-pemenang pertandingan bercerita.Berikut merupakan ayat yang betul:

(1) Amy yang mahir bercerita sedang bercerita dengan fasih dan menarik di atas pentas.

(2) Amy yang mahir bercerita sedang bercerita dengan lancar dan menarik di atas pentas.

(3) Amy yang mahir bercerita sedang mempersembahkan ceritanya dengan lancar dan menarik di atas pentas.

(4) Penonton-penonton memberikan tepukan yang gemuruh sekali kepada Amy. 


(6) Seorang jurugambar sedang mengambil gambar Amy yang sedang bercerita menggunakan kamera.
 
(7) Tiga orang pengadil sedang menyaksikan persembahan Amy sambil memberi markah.

(8) Terdapat banyak hamper dan piala dipamerkan di atas meja sebagai hadiah untuk pemenang-pemenang pertandingan bercerita.

(9) Banyak hamper dan piala dipamerkan di atas meja sebagai hadiah untuk pemenang-pemenang pertandingan bercerita.
Tatabahasa29.07.2014
Murid-murid berhimpun di bawah/ di hadapan pentas. Adakah perkataan di bawah sesuai digunakan? Adakah ayat membawa maksud yang sama Jika di bawah dan di hadapan digunakan?Murid-murid berhimpun di hadapan pentas. Frasa di bawah secara fizikalnya sesuatu itu berada di bawah objek yang dinyatakan seperti baldi di bawah meja.Tatabahasa30.10.2018
12345678

Kembali ke atas