Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pen.ter.je.mah] | ڤنترجمه

Definisi : orang yg menterjemahkan sesuatu, juruterjemah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pen.ter.je.mah] | ڤنترجمه

Definisi : orang yg men­terjemah atau menterjemahkan sesuatu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
terjemah
Kata Terbitan : menterjemah, terjemahan, penterjemahan, penterjemah,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
saya mendapat maklumat bahawa DBPM kekurangan penterjemah buku. bolehkah sekiranya saya ingin menjadi penterjemah buku dan jika boleh, bagaimanakah caranya?Saudara boleh mendaftar sebagai penterjemah di Institut Terjemahan Negara (03-41497210) atau menjadi ahli Persatuan Penterjemah Malaysia (03-21424381).Lain-lain15.11.2009
Tuan/Puan, Saya ingin bertanyakan tentang peluang untuk menjadi penterjemah sambilan kepada DBP. Saya ingin mengikuti kursus penterjemahan di ITNM dan berhasrat untuk menjadi penterjemah sambilan di DBP. Apakah prosedur untuk menjadi penterjemah sambilan di DBP dan adakah potensi untuk menjadi penterjemah sambilan untuk DBP tinggi? Terima Kasih.Salam sejahtera. Untuk makluman saudara, DBP tidak lagi terlibat dengan kerja-kerja penterjemahan. Jika saudara berminat, saudara boelh berhubung dengan Persatua Penterjemah Malaysia di talian 03 21424381. Sekian.Lain-lain15.08.2008
saya ingin menjadi penterjemah karya bagi bahasa arab? adakah terdapat kekosongan dan peluang untuk menjadi penterjemah sambilan di DBP? bagaimana cara untuk saya mendapatkan peluang ini? selain itu, saya mempunyai kebolehan menterjemah bahasa hindi dengan baik. sekian, terima kasih.Untuk menjadi penterjemah sambilan, saudara boleh berhubung dengan Persatuan penterjemah Malaysia atau Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM). Pihak tersebut boleh memberi banyak peluang kepada saudara untuk menterjemah bahan-bahan dalam bahasa Arab atau bahasa Hindi.
Bahagian Agama, Falsafah Dan Tamadun Islam DBP tidak menyediakan program menterjemah kecuali buku-buku terjemahan yang tidak dapat diusahakan oleh pihak ITNM.
Lain-lain25.11.2007
Kata dasar penterjemah?Kata dasar bagi penterjemah ialah terjemah. Sila layari laman prpm.dbp.gov.my untuk semakan ejaan dan carian makna.Tatabahasa27.08.2013
Saya adalah penterjemah bahasa semenjak 4 tahun dahulu. Bagaimana caranya untuk saya mendaftar sebagai penterjemah di dbp agar saya boleh menyumbang kepada organisasi utama pembangunan bahasa ini?Pada umumnya, Dewan Bahasa dan Pustaka tidak lagi melaksanakan fungsi terjemahan. Pada masa ini fungsi terjemahan dilaksanakan oleh Institut Terjemahan Negara Malaysia. Lain-lain31.01.2011
Apakah process untuk Register sebagai seorang Penterjemah yang Sah. What is the process to register / qualify as translatorSila hubungi Institut Terjemahan Negara.  Jika saudara mahu berdaftar dengan Persatuan Penterjemah Malaysia, sila hubungi Puan Saodah Abdullah di talian 012-2067076.Lain-lain07.05.2009
saya pernah belajar bahasa farsi selama 3 tahun setengah di iran. Saya berminat ingin menjadi penterjemah bahasa farsi ke versi bahasa melayu sama ada suntingan filem2 iran ke bahasa melayu ataupun karya penulisan. Bagaimana saya ingin bekerja dalam bidang penterjemah tersebut melalui DBP. Sila jelaskan dengan lebih lanjut.terima kasihDBP tidak melaksanakan kerja-kerja terjemahan sebagai fungsi utama. Sdr dicadangkan berhubung dengan Institut Terjemahan Negara.Lain-lain25.08.2010
Ada tak pihak tuan menyediakan kursus untuk menjadi' translator' ? Mngkin ada pengiktirafan & sebagainya.Dewan Bahasa dan Pustaka tidak menyediakan sebarang kursus penterjemah.  Untuk maklumat lanjuta tentang kursus penterjemahan saudara boleh menghubungi Persatuan Penterjemah Malaysia di talian +6012-2811814.Lain-lain29.10.2010
Saya memerlukan pertolongan penterjemah (Bhs Melayu-Bhs Inggeris). Dokumen yang perlu diterjemah adalah Sijil Perkahwinan. Ini adalah untuk aplikasi visa ke New Zealand. Adakah orang yang boleh tolong saya? Saya perlu tahu berapa lama and berapa kos untuk perkhidmatan ini. Terima Kasih/Coco

Khidmat Nasihat Bahasa tidak menangani Khidmat terjemahan seperti yang diperlukan. Sila hubungi Persatuan Penterjemah Malaysia di talian 03-21424381 (Suzana) atau e-mel www.terjemah@tm.net.my. Urusan tentang terjemahan termasuklah jumlah bayaran yang dikenakan boleh berbincang dengan Puan Suzana atau Puan Saodah.

 

Lain-lain06.07.2011
Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM) dilahirkan oleh DBP pada tahun 1979. PPM terus memberikan perkhidmatan terjemahan dari dan ke dalam pelbagai bahasa modern serta khidmat nasihat terjemahan. Kursus Penterjemahan PPM-DBP pula telah dimulakan sejak tahun 1984 lagi. Justeru, pihak Urus Setia memohon agar aktiviti dan perkhidmatan yang diberikan oleh PPM turut dikongsi bersama dengan mengaitkan laman web PPM : www.ppm-mta.org kepada laman web DBP. Terima Kasih, Urus Setia.Untuk makluman puan, pihak kami telahpun menyediakan capaian kepada Laman Persatuan Penterjemah Malayia (PPM) sejak tahun 2006 dalam laman web utama DBP. Capaian kepada laman ini boleh dicapai di Rakan Web (http://dbp.gov.my/lamandbp/main.php?Content=articles&ArticleID=63) di bawah perkara Maklumat Umum di sebelah kiri laman web rasmi DBP.Lain-lain27.10.2009
123456789

Kembali ke atas