Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pen.ter.na.kan]/[pen.ter.na/.kan] | ڤنترنقن

Definisi : perihal memelihara dan mem-biakkan binatang, pemeliharaan dan pembiakan binatang; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pen.ter.na.kan]/[pen.ter.na/.kan] | ڤنترنقن

Definisi : perbuatan atau hal menternak binatang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ternak
Kata Terbitan : berternak, menternak, penternakan, penternak,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Mana yang betul "sangkar ternakan ikan" atau "sangkar penternakan ikan"?Frasa yang betul ialah ‘sangkar penternakan ikan’. Kata ‘penternakan’ bermaksud perbuatan atau hal menternak binatang, manakala kata ‘ternakan’ bermaksud binatang yang dipelihara.Tatabahasa30.01.2019
1. Apakah perbezaan di antara pertanian dan perladangan ? 2. Penternakan termasuk dalam kategori pertanian atau perladangan?Pertanian membawa maksud yang luas merangkumi  perladangan, penternakan dan penanaman.
Oleh itu penternakan itu di bawah pertanian.
Makna11.05.2016
Datuk mengusahakan penternakan lembu fidlot Adakah perkataan fidlot tersebut adalah betul di dalam bahasa melayu?Ejaan yang betul ialah fidlotEjaan11.05.2020
Projek ternakan ayam atau projek penternakan ayam?Frasa yang betul ialah projek penternakan ayam.Tatabahasa13.03.2015
APA YANG DIMAKSUDKAN DENGAN PENTERNAKAN KHINZIR MENGIKUT BAHASA KAMUS DEWAN BAHASA?

PENTERNAKAN : perihal memelihara dan membiakkan binatang, pemeliharaan dan pembiakan binatang; KHINZIR : babi.

Makna03.02.2009
maksud spesifikasi teknologi penternakan kambing

Saudara,

Untuk maklumat tentang perkara berikut, sila layari laman sesawang Jabatan Pertanian, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, www.moa.gov.my.

  

Lain-lain07.11.2010
Salam sejahtera tuan/puan. Apakah terjemahan bagi istilah-istilah berikut? 1. Calf Restraints 2. Calving Chains & Ropes 3. Calf Halter (Bidang: Penternakan Lembu) Sekian, terima kasih.Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan adalah seperti yang berikut:

1. Calf Restraints - Pengekang Anak Lembu
2. Calving Chains & Ropes -  Rantai dan Tali Anak Lembu
3. Calf Halter - Tali Kajai Anak Lembu
Istilah03.03.2016
apakah maksud industri asas tani merujuk kamus dewan berserta halaman?Industri asas tani bolehlah dirujuk sebagai industri yang berasaskan sumber pertanian atau penternakan.Lain-lain12.07.2010
saya selalu mendengar frasa industri asas tani. apakah sebenarnya industri asas tani ini?Industri asas tani bolehlah dirujuk sebagai indusri yang berasaskan sumber pertanian atau penternakan.Lain-lain23.11.2006
Nazairi Zaidi Mar 20th, 9:58am salam DBP, sy nk bertanyakn 1 soalan.. adakah sesuai penggunaan perkataan Pemeliharaan pokok? atau Pemuliharaan pokok? atau kedua-duanya boleh digunakan? adakah pemeliharaan hanya sesuai untuk haiwan sahajaPemeliharaan = Perbuatan memelihara, pembelaan, perawatan, pendidikan, penternakan, penjagaan (pengolahan, penyelenggaraan) bahasa, dll. Pemuliharaan = perihal (proses, usaha, perbuatan, dsb.) memulihara (sesuatu). Oleh itu, berdasarkan maksud tersebut, kedua-dua perkataan boleh digunakan.Tatabahasa20.03.2015
12

Kembali ke atas