| adakah penggunaan perkataan tingkatkan dl dalam ayat berikut betul? Setiap individu harus tingkatkan kesedaran mereka tentang pentingnya berjimat cermat. | Penggunaan kata tingkatkan dalam ayat "Setiap individu harus tingkatkan kesedaran mereka tentang pentingnya berjimat cermat" adalah betul. | Tatabahasa | 05.07.2022 |
| soalan: 1. Yang pertama, bahawa... Yang pentingnya,....kenapa perkataan "yang" tidak sesuai diguna pakai di awal ayat??? boleh tolong jelaskan??/ 2. Pada pihak yang benar atau kepada pihak yang benar?kenapa kepada lagi sesuai...boleh tolong jelaskan??? | Kata hubung pancangan relatif "yang" boleh digunakan padapermulaan ayat. Contohnya: Yangberjaja kain itu jiran saya.Kata relatif "yang" digunakan apabila hendak menghubungkanklausa utama dengan klausa kecil yang lain.Contoh yang diberikan tidak lengkap yang menunjukkan penggunaan"yang" di pangkal ayat. 2.Kata sendi nama pada menunjukkanketerangan waktu atau tempat, manakala kata sendi nama kepada untuk menyatakansasaran yang merujuk manusia, haiwan dan unsur mujarad. | Tatabahasa | 28.03.2013 |
| Adakah frasa:"penting kepada" betul? Contohnya: Individu yang tidak kurang pentingnya kepada pelajar ialah guru. | Frasa penting kepada adalah betul seperti dalam contoh ayat yang diberi. | Tatabahasa | 04.11.2010 |
| penggunaan tanda baca dan fungsinya dalam bahasa melayu | Tanda baca sama pentingnya dengan ejaan kerana kedua-duanya menentukan keberkesanan penyampaian mesej penulis kepada pembaca. Penggunaan tanda baca yang tidak tepat akan mengelirukan pembaca. | Lain-lain | 08.06.2007 |
| Sila berikan definisi inisiatif, penglibatan dan kepercayaan | Merujuk Kamus Dewan, inisiatif bermaksud daya usaha (tindakan dll) yg mula-mula: di dlm bukunya itu dia ada menitikberatkan betapa pentingnya ~ perseorangan; mengambil ~ mulai bertindak (berusaha dll); Manakala penglibatan pula bermaksud perihal melibatkan diri (persatuan dsb) dlm sesuatu hal (perkara dsb) dan kepercayaan ialah 1. keyakinan atau akuan akan benarnya (adanya, berlakunya, dll) sesuatu, iman, iktikad: ada ~ yg mengatakan telur, ikan, dan daging menyebabkan bisul; kerajaan berusaha hendak menyatupadukan penduduk-penduduk negeri yg terdiri drpd berbagai-bagai kaum, keturunan, ~, fahaman, dsb; ~ kuno kepercayaan kpd yg kuno (kolot); 2. sesuatu yg dipercayai (diyakini, diterima sbg benar, dll); sudah jadi ~ yg turun-temurun sudah jadi sesuatu yg dipercayai turun-temurun; 3. keyakinan atau rasa pasti akan kejujuran (kebaikan dll) orang; ~ dan kejujuran orang terhadap aku harus aku pelihara sungguh-sungguh; kerana sudah beberapa kali diperdaya ~nya terhadap lelaki sudah tidak ada lagi; ~ akan (kpd) diri sendiri kepercayaan (keyakinan) pd kebolehan diri sendiri; mosi ~ Id usul (dlm parlimen dll) utk menegaskan keyakinan pd kebijaksanaan (kecekapan) pemerintah; surat ~ surat tauliah (surat mengesahkan pemiliknya benar-benar memegang jawatan dll yg dinyatakan); 4. boleh dipercayai, amanah (jujur dll): ini juga disuruhkan, tetapi biar orang ~ supaya jangan pecah rahsia ini; 5. orang yg dipercayai (diamanahkan sesuatu): perkara itu diserahkan kpd ~nya; | Makna | 18.08.2010 |
| Tuan, yang manakah betul antara "jelas pada kita" dengan "jelas kepada kita"? Bukankah untuk manusia, sendi nama "kepada" digunakan? Contoh ayat: (1) Dengan memecahkan persoalan-persoalan tersebut, barulah akan jelas pada kita pentingnya bahasa dalam kehidupan manusia. "Kita" manusia, jadi patutlah dikatakan "jelas kepada kita", tetapi saya tidak berasaskan pernyataan "kita" manusia sahaja kerana ada kaedah pembedaan guna lain antara sendi nama "pada" dengan "kepada". "Pada" menunjukkan tempat sandaran, "kepada" menunjukkan tempat tujuan, jadi untuk sendi nama "kepada", gerak sesuatu barang kepada sesuatu penerima pasti wujud, seperti dalam ayat: (2) Ayah menghadiahkan seutas rantai kepada ibu - "rantai" bergerak daripada "ayah" menuju "ibu", maka "ibulah" tempat tujuan dan patut didahului sendi nama "kepada". (3) Kertas itu tertampal pada papan pernyataan - "papan pernyataan" tempat bersandar "kertas itu". Berdasarkan ayat (1), "kejelasan" kepentingan bahasa dalam kehidupan itu timbul pada kita, bersandar pada kita, maka sendi nama yang tepat "pada", kan? Jadi, rangkai kata yang betul "jelas pada kita" bukan "jelas kepada kita". Betulkah pandangan saya? | Selamat petang: Terima kasih atas huraian yang diberikan. Sila rujuk maklumat lanjut dalam buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 207. Sekian. | Tokoh | 10.12.2016 |
| soalan: 1. Bagaimana membezakan ejaan bagi perkataan yang menggunakan kata sempang? contoh: Adakah ejaan proUMNO, ke-2 betul? 2. Pada pihak yang benar atau kepada pihak yang benar? 3. Yang pertama, bahawa... Yang pentingnya, ialah... Bolehkah menggunakan yang diawal ayat? 4. ..., yang rambutnya teristimewa sekarang ini. Betulkah penggunaan ayat di atas? | Jawapan: 1. Ejaan menggunakan tanda sempang(-) adalah bagi perkataan awalan asing (anti, bio, eka, dwi, eko, ko, maha, multi, pasca, pra, pro, sosio, sub) yang bertemu dengan kata nama khas, contohnya pro-UMNO, pro-Malaysia dan anti-Israel. Awalan asing yang bertemu dengan kata nama umum tidak perlu ada tanda sempang. Contohnya proaktif, probarat dan antikomunis. ke-2 adalah betul. Jawapan 2: Jawapan yang betul ialah "kepada pihak yang benar". Jawapan 3: Penggunaan kata "Yang" di awal ayat tidak sesuai digunakan. Jawapan 4: Soalan yang saudara kemukakan adalah tidak jelas. Perkataan yang digunakan dalam bahasa Melayu bergantung kepada ayat dan maksudnya. Sila kemukakan ayat yang penuh bagi menjawab soalan tersebut. Terima kasih. | Tatabahasa | 28.03.2013 |
| 1. Bolehkah kita memulakan ayat dengan perkataan "yang" misalnya, - a) Yang harus diberi perhatian ialah..... b) Yang mana betul, ....? 2. Bolehkah "untuk" digunakan di pangkal ayat, misalnya - Untuk memastikan agar ibu bapa sedar tentang pentingnya pendidikan agama terhadap anak, satu forum khas dianjurkan oleh ..... 3. Apabila kita menggunakan pengikat kata adakah huruf pertama selepas pengikat kata perlu dalam huruf besar, misalnya - Peribahasa "(s)edikit-sedikit lama-lama menjadi bukit" haru dijadikn pegangan oleh... 4. Yang mana betul "Pada masa kini" atau "Kini" | Perkataan yang dan untuk boleh memulakan ayat. Tidak perlu menggunakan huruf besar selepas pengikat kata kecualai yang melibatkan nama khas. Pada masa kini dan kini boleh digunakan bergantung pada konteks penggunaan. | Tatabahasa | 04.09.2008 |
| ASSLAMUALAIKUM. Saya ingin bertanya tentang kesantunan berbahasa tonggak tamadun bangsa.Soalan saya. 1.Bagaimanakah cara kita untuk mengatasi masalah kepincangan berbahasa serta adat kesopanan dan kesantunan berbahasa di kalangan masyarakat kini? 2.Sejauh manakah pentingnya pelestarian bahasa melayu penting dari sudup taraf,fungsi dan peranannya dalam komunikasi? 3.Adakah bahasa dan budaya melambangkan ketamadunan sesebuah masyarakat.Bagaimana? | Dalam menjawab soalan yang diberikan, pihak kami hanya memberikan pandangan umum sahaja. (i). Usaha untuk mengatasi masalah kesantunan berbahasa perlu dimulakan dari peringkat awal pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu. Asas yang kuat dapat meneguhkan penggunaan bahasa Melayu dalam apa jua keadaan. (ii). Pelestarian bahasa Melayu dalam komunikasi sosial dan keilmuan adalah menjadi tanggungjawab semua pihak kerana bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan. Setiap rakyat seharusnya mendaulatkan dan memperkasakan bahasa Melayu dalam apa jua bidang. (iii). Bahasa dan budaya sememangnya melambangkan ketamadunan masyarakat. Slogan Bahasa Jiwa bangsa menggambarkan bahawa bahasa menjadi nadi bagi sesebuah bangsa; hilang bahasa, hilanglah bangsa. | Makna | 17.01.2008 |
| soalan: 1. sekiranya ayakata hubung ini tidak sesuai...boleh cadangkan ayat yang lebih sesuai bagi menukar ayat ini.... a) Yang pertama, bahawa dalam proses membuat perubahan ini,UMNO adalah pari yang merupakan gerakan massa nasional. b) Yang pentingnya, ialah pengisiannya supaya kita sediakan kurikulum yang sesuai. | Berikut merupakan ayat yang telah dipinda. a) Yang pertama, dalam proses membuat perubahan,UMNO adalah parti gerakan massa nasional. b) Yang penting ialah pengisian supaya kita menyediakan kurikulum yang sesuai. | Tatabahasa | 29.03.2013 |