Manakah ejaan betul? Pantomim, pantomin atau pentomin? Ketiga-tiga tersenarai dalam PRPM. Pantomin bersumberkan Kamus Pelajar dan sesetengah istilah Malaysia, pantomim bersumberkan Kamus Dewan Edisi Keempat dan pentomin ada dalam huraian Istilah Malaysia bagi perkataan harlekuinada. Saya mahukan ejaan yang terbaku. | Ejaan yang betul ialah pantomim. Kami mohon maaf atas kekeliruan yang timbul. | Ejaan | 23.08.2017 |
perbezaan dekon dan pentomin | Saudara Norhafizah, Dekon merupakan perkataan yang terbentuk daripada gabungan dua perkataan, iaitu deklamasi dan lakon dan dipersembahkan oleh seorang yang akan mendeklamasikan puisi dan pada masa yang sama berlakon. Walau bagaimanapun, pantomin ialah drama yg dipersembahkan dgn menggunakan gerak-geri sahaja dan biasanya diiringi muzik dan dilakonkan oleh kumpulan pelakon. | Makna | 20.02.2010 |
saya hendak tahu perbezaan antara dekon dan pentomin | Saudara Norhafizah, Dekon merupakan perkataan yang terbentuk daripada gabungan dua perkataan, iaitu deklamasi dan lakon dan dipersembahkan oleh seorang yang akan mendeklamasikan puisi dan pada masa yang sama berlakon. Walau bagaimanapun, pantomin ialah drama yg dipersembahkan dgn menggunakan gerak-geri sahaja dan biasanya diiringi muzik dan dilakonkan oleh kumpulan pelakon. | Makna | 20.02.2010 |