1. Ejaan bagi kilometer, kilogram, sentimeter dan sepuluh ringgit perlu dieja secara penuh atau singkatan? 2. Bagi nombor perlu dieja dengan perkataan atau angka? terima kasih... | 1. Boleh dieja penuh ataupun menggunakan singkatan. 2. Nombor yang kurang daripada 10 hendaklah dieja sepenuhnya. | Ejaan | 22.05.2009 |
Tuan, Adalah ayat-ayat di bawah betul? Jika salah, apakah sebabnya. 1) Jalan raya itu sentiasa sesak pada waktu pagi. 2) Sekolah itu penuh sesak dengan murid baharu. Sekian terima kasih. | Ayat yang diberikan adalah betul. 1. Jalan raya itu sentiasa sesak pada waktu pagi. 2. Sekolah itu penuh sesak dengan murid baharu. | Tatabahasa | 26.04.2012 |
APA PENGERTIAN DAN PERBEZAAN DIANTARA "MUTLAK" DAN "SEJATI" | Saudara, Makna perkataan mutlak : 1. tidak terbatas (hak, kuasa, dll), tidak bersyarat (tidak ada kecualinya), tidak berbelah bagi (taat setia dll), lengkap, penuh, umum: Belanda bersetuju utk memberi pengakuan segera dan ~ serta tanpa syarat terhadap kedaulatan Republik; perhubungan mereka adalah berasaskan taat setia yg ~ kpd perintah tinggi; hak ~ hak penuh; syarat ~ yg mesti ada (tidak boleh tidak); wakil ~ wakil penuh; 2. suci; air ~ air yg suci dan boleh menyucikan (spt air hujan dll); Makna perkataan sejati: asli, murni, tulen, tidak bercampur, yg sebenarnya: Encik Hasan ini bukan ~ Johor, dia kacukan Kelantan dan Melaka; Hamidah seorang wanita ~; Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. | Makna | 01.12.2009 |
Tuan, Adakah terjemahan ini betul? (dalam laras bahasa papan iklan) 1. 100 years of commitment. 100 tahun penuh komitmen. 2. 100 years of serving the nation. 100 tahun menyemai bakti. Dari segi tatabahasa, adakah ayat-ayat di atas betul? Terima Kasih. | Terjemahan yang diberikan adalah betul dan boleh digunakan. 1. 100 years of commitment - 100 tahun penuh komitmen 2. 100 years of serving the nation - 100 tahun menyemai bakti | Tatabahasa | 24.10.2012 |
Bagaimanakah hendak perbetulkan ayat-ayat berikut : 1) Murid-murid khusyuk membaca buku cerita di perpustakaan. 2) Seorang murid menolak troli yang berisi penuh dengan buku-buku cerita. 3) Kita haruslah bertanggungjawab dengan menyiapkan tugasan yang diberi oleh guru. 4) Kita haruslah bersikap prihatin terhadap orang lain. | 1) Murid-murid membaca buku cerita di perpustakaan dengan khusyuk. 2) Seorang murid menolak troli yang penuh berisi buku-buku cerita. 3) Kita haruslah bertanggungjawab dengan menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru. 4) Kita haruslah prihatin terhadap orang lain. | Tatabahasa | 25.06.2012 |
saya ingin bertanya mengenai sardine atau ikan sardin apa perbezaan sardin dan sardine , betul kah ayat yang diguna : sardin keli... | Sardin - bahasa Melayu : 1. Sejenis ikan laut (biasanya ditinkan), a) Harengula fimbriata; b) Harengula melanura; c) Amblygaster sirm, dll; 2. bp penuh sesak (orang dlm kereta dll), penuh sekali, tumpat: orang dlm bas itu penuh sesak macam ~. Sardine - bahasa Inggeris : sardin; be packed like ~s, macam sardin: commuters, at peak hours, are packed like ~s in the carriages, pd waktu-waktu yg paling sibuk, penumpang-penumpang macam sardin dlm kereta api. Jika mengikut takrif di atas, frasa tersebut menjadi salah. | Makna | 09.04.2009 |
1) Saya keliru tentang penggunaan nombor dari 1 hingga 10. Sebelum ini saya tahu nombor 1 hingga sepuluh perlu ditulis iaitu 1 menjadi "satu"..Betul ke? 2) Adakah nombor 1 hingga 10 yang terdapat pada tarikh misalnya "3 Ogos 2007" juga perlu ditulis seperti "tiga Ogos 2007" ? Minta pihak tuan jelaskan. | Dalam ayat, penggunaan nombor satu (1) hingga sembilan (9) hendaklah dieja penuh,iaitu satu, dua hingga sembilan. Dari nombor 10 ke atas hendaklah ditulis menggunakan angka. Penulisan tarikh hendaklah menggunakan angka,iaitu 3 Ogos 2008. | Lain-lain | 16.06.2008 |
1. Senarai anugerah dan pencapaian Datuk A.Samad Said dalam bidang kewartawanan. 2. Biodata penuh Datuk A. Samad Said. 3. Sejarah permulaan Datuk A.Samad Said dalam bidang kewartawanan. | Senarai anugerah, biodata, pencapaian dan sejarah permulaan Datuk A. Samad Said dalam bidang kewartawanan/penulisan boleh dirujuk di Pusat Dokumentasi Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur. | Lain-lain | 05.03.2008 |
maksud (1) Demografi dan Biografi (2) Bulat air kerana pembetung ............. (mohon berikan peribahasa ini dengan penuh) | DEmografi ialah kajian tentang ciri-ciri perkembangan penduduk dalam tempoh tertentu. Biografi ialah riwayat atau kisah hidup seseorang. Peribahasa lengkap : Bulat air kerana pembentung, bulat kata kerana muafakat. | Makna | 08.07.2008 |
Saya memerlukan pada 19/03/11 Saya ingin tanya bahawa ayat di bawah betul atau salah? Jika salah, berikan yang betul. 1.Setiap tugasan yang diberikan, kita harus melakukan dengan penuh dedikasi. 2.Terdapat beberapa kekecualian dalam hukum tatabahasa. 3.Halim mengalami kesakitan yang amat sangat setelah terjatuh dari katil. | Ayat yang betul ialah: 1.Setiap tugasan yang diberikan, kita harus lakukan dengan penuh dedikasi. 2.Terdapat beberapa kekecualian dalam hukum tatabahasa. 3.Halim mengalami kesakitan yang amat sangat setelah terjatuh dari katil. | Tatabahasa | 18.03.2011 |