Bagaimanakah hendak perbetulkan ayat-ayat berikut : 1) Murid-murid khusyuk membaca buku cerita di perpustakaan. 2) Seorang murid menolak troli yang berisi penuh dengan buku-buku cerita. 3) Kita haruslah bertanggungjawab dengan menyiapkan tugasan yang diberi oleh guru. 4) Kita haruslah bersikap prihatin terhadap orang lain. | 1) Murid-murid membaca buku cerita di perpustakaan dengan khusyuk. 2) Seorang murid menolak troli yang penuh berisi buku-buku cerita. 3) Kita haruslah bertanggungjawab dengan menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru. 4) Kita haruslah prihatin terhadap orang lain. | Tatabahasa | 25.06.2012 |
Salam, betulkah ayat ini? Encik Logan mempunyai beberapa ekor kucing Parsi yang sangat besar dan gebu. Bolehkah kata adjektif 'gebu' digunakan untuk bulu kucing Parsi?Terima kasih. | Perkataan gebu dalam ayat di atas tidak sesuai. Gebu merujuk kepada 1. lembut (ubi dll), gembur (tanah); 2. penuh berisi, licin dan halus kulitnya: pipinya yg gebu. Penggunaan perkataan gebu bagi merujuk kepada bulu kucing tidak sesuai. | Tatabahasa | 22.05.2013 |
Adakah ayat-ayat berikut gramatis? Andainya tidak,bagaimanakah hendak perbetulkannya: 1. Seorang pekerja yang rajin mengait buah-buahan manakala Ali memerhatikan dengan berdiri di tepi pekerja. 2. Seorang budak lelaki sedang duduk sambil berehat di pondok yang usang. 3. Dua orang pekerja yang bertopi mengangkat bakul yang penuh ke atas lori. 4. Razak menghulurkan cat kepada Kok Leong yang berada di atas tangga dengan berhati-hati. 5. Tiga orang ahli pengakap peralatan perkhemahan yang disuruh oleh Cikgu Rahim. 6. Seorang pengadil membunyikan wisel kepada para pemain supaya tidak bermain kasar. 7. Para penonton memberi sokongan kepada pasukan sekolah bersungguh-sungguh. | 1. Seorang pekerja yang rajin mengait buah-buahan, manakala Ali berdiri memerhatikannya. 2. Seorang budak lelaki sedang duduk berehat di pondok yang usang. 3. Dua orang pekerja yang bertopi mengangkat bakul yang penuh berisi ke atas lori. 4. Razak menghulurkan cat dengan berhati-hati kepada Kok Leong yang berada di atas tangga. 5. Tiga orang ahli pengakap membawa peralatan perkhemahan yang disuruh oleh Cikgu Rahim. 6. Seorang pengadil memberikan amaran kepada para pemain supaya tidak bermain kasar. 7. Para penonton memberi sokongan dengan bersungguh-sungguh kepada pasukan sekolah. | Tatabahasa | 02.07.2012 |
Adakah ayat-ayat seperti berikut betul dari segi tatabahasa? 1) Murid-murid yang rajin bekerjasama membersihkan kawasan sekolah. 2) Murid-murid khusyuk membaca buku cerita di perpustakaan. 3) Seorang murid menolak troli yang berisi penuh dengan buku-buku cerita. 4) Kita haruslah bertanggungjawab dengan menyiapkan tugasan yang diberi oleh guru. 5) Kita haruslah bersikap prihatin terhadap orang lain. | Ayat-ayat yang diberikan tidak gramatis termasuklah pemilihan kata kerja, kata hubung dan kata sendi nama yang tidak tepat. Contohnya ayat pertama ayat ini perlu diubah menjadi "Murid-murid rajin bekerja membersihkan kawasan sekolah.
| Tatabahasa | 20.06.2012 |
Apa perbezaan maksud perkataan 'Kembung' dan 'Gembung' ? | kembungI- 1. kelihatan besar (kerana berisi angin), gembung, menggelembung, melembung; 2. agak keras dan terasa senak kerana masuk angin (bkn perut); katak ~ katak yg boleh menggembungkan (membesarkan) perutnya; ~ kempis seketika gembung seketika kendur (bkn perut), kembang kempis;
gembungI- = bergembung kembung, menjadi besar (kerana penuh dgn air, udara, dll); perut ~ kemasukan angin atau kena penyakit basal; bergembung dada berasa bangga (girang);
Untuk penjelasan lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. | Makna | 06.12.2009 |