1. Hadiah itu dibeli oleh saya untuk dihadiahkan kepada ibu sempena hari lahirnya. 2. Lukisa itu ditatap oleh kami dengan penuh minat kerana sangat cantik dan menarik. Soalan saya: Adakah penggunaan kata sendi nama 'oleh' dalam ayat-ayat di atas itu betul? Tolong beri penjelasan.terima kasih. | Kedua-dua ayat pasif yang diberikan tidak betul. Ayat pasif yang betul seperti yang berikut: (1) Hadiah itu saya belikan untuk ibu bersempena dengan hari lahirnya. (2) Lukisan itu kami tatap dengan penuh minat kerana sangat cantik dan menarik. Penggunaan oleh dalam ayat pasif yang diberikan salah kerana ‘saya’ dan ‘kami’ ialah kata ganti nama diri orang pertama. Ayat pasif dengan kata ganti nama diri orang pertama dan kedua mempunyai bentuk ayat pasif yang berbeza (sila rujuk buku Tatabahasa Dewan halaman 491). | Tatabahasa | 05.09.2018 |
MOTIVASI | Motivasi ialah keinginan/semangat yang kuat pada diri seseorang yang mendorongnya untuk berusaha atau melakukan sesuatu dengan tujuan untuk mencapai kejayaan; atau, sesuatu yang membuat atau mendorong seseorang berusaha atau melakukan sesuatu dengan penuh minat. | Makna | 18.02.2008 |
Penggunaan suku kata khu- untuk perkataan khusyuk. Bolehkah penggunaan khusyuk di gunakan selain untuk perbuatan beribadat. Misalnya dalam petikan dibawah: Pasukan Kadet hendak mencari khazanah khas di hutan. Mereka meneliti peta dengan khusyuk sekali. Terima kasih | Khusyuk bermaksud penuh minat atau sepenuh hati (ketika mendengar atau berbuat sesuatu) dan konteks makna khusyuk tidak khusus kepada perbuatan ibadat sahaja. | Tatabahasa | 29.08.2016 |
apa makna hemat | Merujuk Kamus Dewan edisi keempat, hemat ialah tidak boros atau membazir (dlm membelanjakan wang atau menggunakan sesuatu), cermat, jimat: kalau ingin kaya kita harus berbelanja dgn ~; 2. dgn penuh perhatian (minat dll), dgn teliti, cermat, hati-hati, berhati-hati, berwas-was, beringat-ingat, berjaga-jaga. Harap maklum. | Makna | 07.01.2008 |
Saya Nur Haslinda Binti Che Ahmad, saya pernah memohon jawatan di sini sebagai Pegawai Teknologi Maklumat. Boleh saya tahu, apakah status permohonan saya. Nama Penuh : Nur Haslinda Binti Che Ahmad Kad Pengenalan : 800208-07-5788 Sekian Terima Kasih. | Sdr, Dengan hormatnya saya merujuk permohonan puan bagi jawatan Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih di atas minat yang sdr tunjukkan untuk berkhidmat bersama-sama kami dalam membina dan mengembangkan Bahasa Melayu. Dimaklumkan bahawa sebuah panel telah dibentuk untuk membuat penilaian dan pemilihan calon untuk ditemu duga dan puan tidak terpilih bagi temu duga jawatan tersebut. Pihak kami berharap semoga puan akan dapat menerima keputusan ini dengan reda dan mencuba lagi pada masa yang akan datang. Selamat maju jaya dan terima kasih. Maaf kerana terlewat menjawab kemusykilan puan. | Lain-lain | 01.11.2010 |