Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.nu.li.san] | ڤنوليسن

Definisi : perihal atau kegiatan dsb menulis (mengarang dll), hasil drpd menulis (menga­rang dll): dlm usaha meringankan hikayat ini saya telah mengikuti gaya ~ yg asal; versi 1965 ialah ~ kembali teori asal dgn beberapa pindaan dan tambahan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.nu.li.san] | ڤنوليسن

Definisi : perbuatan (hal dsb) menulis atau mengarang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tulis
Kata Terbitan : bertulis, menulis, tulis-menulis, menuliskan, tertulis, tulisan, penulisan, penulis,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Askm, Apakah format bagi penulisan laporan hasil wawancara tokoh?Lazimnya penulisan penulisan mengandungi maklumat yang berikut, iaitu: halaman prelim yang mengandungi maklumat tentang tajuk, penyedia, surat kuasa dan tarikh; halaman kandungan; pendahuluan; latar belakang; tujuan; dapatan/penemuan; ulasan; penutup; cadangan. Untuk mendapat maklumat lanjut, sila rujuk buku penulisan laporan seperti Bahasa Laporan, Asmah Haji Omar, DBP, 1997; Panduan Bahasa & Format Penulisan Laporan, Maimunah Hj. Omar, ITM, 1993; dan Surat, Minit Mesyuarat, Dokumen Perniagaan & Laporan, Samsuddin Wahab, DBP, 2005.
Lain-lain12.04.2013
Saya ingin menyumbangkan hasil penulisan saya kepada pihak DBP dan saya ingin tahu tentang jenis-jenis penulisan serta bayaran yang diberikan. Terima kasih.

Jenis penulisan - penulisan dibuat untuk buku umum, buku ilmiah, buku sokongan, majalah, dan entri indeks ensiklopedia. Bayaran untuk buku kebanyakannya dibuat dalam bentuk royalti. Manakala untuk majalah dan ensiklopedia dalam bentuk honorarium. Bayaran dibuat mengikut kadar yang telah ditetapkan oleh DBP. 

Lain-lain07.01.2008
saya seorang yang langsung tidak berpengalaman dalam bidang penulisan. saya mahu memulakan penulisan tetapi tidak tahu cara bagaimana harus memulakannya dan kepada pihak mana hasil penulisan harus dihantar untuk terbitan.

Alhamdulillah, sdr. berminat dalam bidang penulisan. Mudah-mudahan akan bertambah lagi penulis berbakat di tanah air pada masa akan datang. Dalam hal ini sdr. boleh mengasahkan bakat dalam bidang penulisan terutamanya dengan banyak membaca dan meneliti karya-karya pemenang sastera. Semua karya sdr. perlulah dihantar ke media cetak dan syarikat penerbit (akhbar, majalah, novel/buku dll.) serta media elektronik  (radio dan tv) bagi tujuan penerbitan dan penyiaran. Sdr. juga digalakkan menyertai peraduan karya sastera (mengikut genre yang diminati) bagi menguji semangat, bakat dan keterampilan sdr. dalam bidang penulisan. Akhirnya, bagi mendapatkan pendedahan dan khidmat nasihat dalam bidang penulisan, sdr. bolehlan menghubungi pejabat DBP yang berhampiran. Untuk mendapatkan Khidmat Nasihat Berkarya secara dalam talian, saudari bolehlah melayari laman web DBP www.dbp.gov.my, dan klik menu perkhidmatan, saudari akan dapat khidmat bimbingan berkarya secara percuma. Selamat mencuba.

Lain-lain20.05.2009
salam. saya berminat untk belajar menulis. adakah dbp mengajurkan kursus atau bengkel penulisan? jika ada bila, dimana dan bagaimana untuk menyertainyaDewan Bahasa dan Pustaka ada melaksanakan kursus penulisan. Sila nyatakan bidang penulisan yang diminati, misalnya sastera, penerbitan atau penulisan dokumen rasmi. Kursus penulisan yang dianjurkan DBP diadakan  mengikut kumpulan sasaran seperti guru, pensyarah, pelajar dan pegawai jabatan dan agensi kerajaan. Sila hubungi Ketua bahagian Pembinaan Bakat dan Kepakaran, Dewan Bahasa dan Pustaka, Menara DBP, Jalan dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur,  untuk mendapatkan maklumat kursus yang akan diadakan.Lain-lain26.08.2010
Ciri-ciri penulisan karangan yang berkualiti berfokuskan kepada pemilihan kata(diksi) 1/ Definisi diksi 2/ Ciri-ciri penulisan 3/ Contoh penulisanDiksi ialah pemilihan atau penggunaan kata yang tepat untuk menmgungkapkan idea secara bertulis atau lisan. Ciri-ciri penulisan yang baik ialah mempunyai wacana yang jelas, tepat, betul, lengkap, koheran, kohesi; juga mengggunakan bahasa yang betul dari segi tatabahasa, ejaan, istilah, tanda baca, laras bahasa yang sesuai, dll; pemerengganan yang baik. Contoh penulisan : berbentuk naratif, deskriptif, hujahan, laporan, dll.Makna13.01.2008
Tuan/Puan, Saya amat berminat dalam penulisan terutamanya penulisan saintifik. Dalam hal yang demikian, bagaimanakah cara dan; terma dan syarat-syarat untuk menyumbang artikel dalam majalah KOSMIK.Kerjasama tuan/puan dalam memberi penjelasan mengenai perkara tersebut, didahului dengan ucapan ribuan terima kasih. Sekian.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila hubungi Editor Dewan Kosmik, Puan Norizan Muslim, melalui e-mel: norizan2@dbp.gov.my

atau  Timbalan Editor, Encik Mohd Syukri Anwar, melalui e-mel: syukri@dbp.gov.my

 

Lain-lain20.01.2011
bagaimanakah saya boleh memperbaiki mutu penulisan saya seperti penulisan rencana atau eseiKeperluan asas untuk menjadi seorang penulis ialah tuan perlulah menguasai ilmu bidang yang hendak ditulis, mempunyai kemahiran bahasa, memahami pembaca sasaran, mengetahui proses penerbitan dan mempunyai komitmen/disiplin yang tinggi. Untuk mengetahui dan memahami hal penulisan dengan lebih mendalami, tuan perlu membaca buku tentang penulisan dan menyertai kursus penulisan yang dianjurkan oleh mana-mana badan atau organisasi. .Tatabahasa03.10.2013
APAKAH KEPENTINGAN PENYUNTINGAN DALAM PROSES PENULISAN?Penyuntingan dalam penulisan merupakan satu peringkat yang penting kerana melalui cara ini sebarang kelemahan penulisan dari segi bahasa, fakta, kesinambungan idea, kesepaduan, keselaran dapat dikesan dan seterusnya diperbaiki. Penulis perlu mahir dalam aspek penyuntingan kerana apabila manuskrip diserahkan kepada penerbit, urusan penerbitan akan lebih cepat.Lain-lain26.07.2006
Tuan, Saya ingin bertanya tentang tips penulisan artikel yang betul dalam bidang undang-undang

Penggunaan bahasa dalam bidang undang-undang kadangkala tidak sama dalam penulisan umum. Bahasa dalam undang-undang mempunyai larasnya tersendiri dan penggunaannya terhad dalam bidang tersebut.



Dalam penulisan terdapat beberapa etika penulisan yang perlu diikuti. Misalnya seseorang yang ingin menulis artikel dalam bidang sains, undang-undang, akhbar dan sebagainya perlu mengetahui laras bahasa yang digunakan. Format penulisan artikel tidak ada dalam pangkalan data kami. Kami mencadangkan saudari merujuk majalah terbitan DBP untuk melihat contoh penulisan artikel yang disiarkan.



 

Lain-lain28.05.2013
Penulisan peribahasa BUAT BAIK BERPADA-PADA BUAT JAHAT JANGAN SEKALI adakah tepat mengikut tatabahasa B.Melayu.Apakah kategori untuk Kata SEKALI dalam peribahasa tersebut. Jika dihumorkan kadang-kadang membawa maksud buat baik ada hadnya, tetapi kalau buat jahat jangan sekali(mesti lebih daripada sekali). Apa komen tuan. Terima kasih.Sekali ialah kata nama bermaksud satu kali.  Jika dilihat dari aspek tatabahasa penggunaan sekali dalam ungkapan tersebut tidak tepat, sebaliknya ungkapan yang tepat ialah sekali-kali. Perlu diingat peribahasa  terakam dalam kepustakaan Melayu sejak dahulu lagi, walaupun dicetak berulang kali tetapi bentuk peribahasa tetap dikekalkan. Dan untuk melihat kelas kata dan ayat contoh yang betul rujuk buku Tatabahasa Dewan.

Lain-lain07.02.2012
12345678910...

Kembali ke atas