Saya ingin mencari buku sastera lama...sekitar 70an dan tidak ingat penulisnya serta terbitannya....Tajuk Buku itu ialah "Juara Yang Tewas" | Salam. Buku Juara yang Tewas, terbitan DBP, 1985 adalah karya Aripin Said. Sdr. boleh membuat rujukan kepada buku tersebut dengan datang sendiri ke perpustakaan atau Pusat Dokumentasi Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur, atau di mana-mana perpustakaan yang berhampiran dengan tempat tinggal sdr. Sekian dan wassalam. | Lain-lain | 06.08.2009 |
Assalamualaikum....saya nak tau makna bagi 'nyiur gading puncak mahligai' Boleh saya tau dimana / dengan siapa saya boleh rujuk? Terima kasih | Tidak ada maklumat tentang ungkapan tersebut dalam pangkalan data kami. Ungkapan dalam lagu terhasil daripada kreativiti penulisnya sendiri, hanya dia yang mengetahui maksud sebenar yang hendak disampaikan. | Makna | 24.03.2015 |
saya ingin mengetahui format surat rasmi dan tidak rasmi | Format surat rasmi boleh dirujuk pada Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2007, halaman 43 : Surat Rasmi Kerajaan. Manakala format surat tidak rasmi adalah seperti surat kiriman lama yang mengikut kesesuaian penulisnya bergantung pada perkara yang dibincangkan. | Lain-lain | 04.10.2010 |
Assalamualaikum. Saya Nurul Hasima Zainal yang merupakan seorang pelajar di Kolej MARA Seremban. Saya ingin mengadakan kajian terhadap novel Diari Seorang Guru oleh S. Hawa yang diterbitkan oleh Alaf 21 cetakan 1997. Walaubagaimanapun saya tidak menemui apa-apa biodata mengenai penulisnya S. Hawa. Oleh itu saya ingin meminta jasa baik DBP untuk mendapatkan biodata penulis ataupun alamat atau emel dan apa-apa sahaja yang membolehkan saya untuk menghubungi penulis. Terima Kasih. | Salam. Soalan ini sama dengan soalan sebelumnya dan telah dijawab. | Lain-lain | 15.08.2010 |
Saya merupakan pembaca setia novel lama 'Badan Bertuah' tulisan Ismail Salleh atau nama penanya Ismail Alfalah. Buku terbitan DBP, Kuala Lumpur, Siri Sastera DBP Bil.128. Novel ini merupakan pemenang peraduan novel 10 tahun kemerdekaan Malaysia. Saya amat tertarik dengan daya pemikiran, kebijaksaan dan wawasan penulisnya Ismail Salleh yang digambarkan melalui watak-watak utamanya.Novel ini memaparkan kisah sejarah Tanah Melayu dari zaman penjajahan Inggeris, Jepun, Gerila Komunis, kembali ke Inggeris dan pemerintahan anak bangsa sendiri. Saya mohon bantuan DBP untuk mendapatkan biografi terkini penulis Ismail Salleh. Alamat dan emailnya sekali agar saya dapat berhubungan atau berjumpa dengannya untuk bertukar-tukar pendapat. Ikhlas sebagai menghargai pemikiran luasnya, kebijaksanaannya dan karyanya. Bantuan DBP amat saya hargai dan menanti dengan penuh harapan. Terima Kaseh. | Alamat : 485, Kampung Banggol Kiri, 24000, Kemaman, Terengganu. Saudara boleh melihat keseluruhan biografi dalam buku Biografi Penulis Wajah edisi ke 3 terbitan DBP. atau hubungi Persatuan Penulis Terengganu (PELITA) atau SUK Negeri Terengganu kerana beliau pernah menjadi ADUN Kawasan BUkit BAndi pada tahun 1986 | Lain-lain | 17.03.2008 |
apakah yang dimaksudkan dengan lirik? | Lirik pada umumnya merupakan segala bentuk puisi ynag diakui oleh kebanyakan penyair sebagai yang mempunyai unsur-unsur (antara lainya) subjektiviti, imaginasi, melodi dan emosi; dan berdasarkan unsur-unsur tersebut, lirik lebih merupakan suatu gaya penulisan puisi - bukan suatu bentuk puisi. Dalam perkembangan penulisnya, pelbagai jenis pengucapan yang berunsur lirik telah dapat dikenal. Sebagai contoh: soneta, oda, balada dan elegi adalah antara beberapa variasi pengucapan lirik yang berlainan dilihat dari sudut bentuk, persoalan dan mood. Kadang-kadang lirik dicipta untuk dinyanyikan, lantaran bentuknya yang penuh berirama, bermelodi dan mengandungi unsur-unsur emosi penyair atau penciptanya. Sekian dan salam. | Lain-lain | 16.04.2009 |
Minta penjelasan lagi, bahawa pengalaman yang lepas menunjukan bahawa pihak pelabur walaupun menanam/membeli saham sebanyak 20 peratus tetapi ia boleh menguasai syarikat tersebut kerana kepakarannya dalam pelaburan berbanding seorang ahli politik dan pentadbir cekap tetapi mengikut arah pihak atasan. | Soalan saudara tidak jelas. Jika saudara memerlukan penjelasan tentang maksud yang terkandung dalam ayat tersebut, saudara perlu merujuk kepada penulisnya sendiri. Apa yang dapat kami bantu ialah khidmat nasihat dari aspek nahu dan kosa kata. | Lain-lain | 15.08.2011 |
Salam hormat, 1-Berapa lamakah sesebuah karya itu boleh diterbitkan ? 2-Adakah karya yang gagal diterbitkan akan dipulangkan atau sekadar pemberitahuan sahaja ? 3-Tiadakah bengkel penulisan kreatif pada waktu terdekat ini ? | Tempoh sesebuah karya itu boleh diterbitkan adalah berbeza antara setiap penerbit. Mengikut piagam pelanggan DBP, karya akan diterbitkan dalam tempoh kurang sembilan bulan selepas manuskrip lengkap diterima terutamanya bagi karya kreatif. Karya yang tidak diluluskan untuk penerbitan akan dipulangkan kepada penulisnya. Untuk mendapatkan makluman tentang bengkel penulisan kreatif anjuran DBP, sila hubungi Ketua Bahagian Pembinaan Bakat dan Kepakaran, Puan Siti Aisah Murad di alamat e-mel aisah@dbp.gov.my | Lain-lain | 31.10.2010 |
Benarkah tatabahasa bahasa Melayu boleh diabaikan dalam penulisan lirik lagu dan puisi ? Berdasarkan pemerhatian saya, banyak pantun, syair dan gurindam lama yang salah tatabahasa. Begitu juga sajak-sajak daripada penulis mapan yang jelas salah penggunaan tatabahasa. Apatah lagi lirik lagu masa kini yang mengabaikan terus kesantunan bertatabahasa. | DBP ada menerbitkan sebuah buku "Memahami Gaya Bahasa" oleh Rahman Shaari. Dalam buku tersebut penulisnya ada membincangkan tentang 'Hubungan Tatabahasa dengan Puisi' dan tentang 'Licentia Poetica'. Buku terbitan tahun 1993 boleh dirujuk di Pusat Dokumentasi Melayu, DBP Kuala Lumpur atau Wilayah dan Cawangan DBP. Sekian, terima kasih. | Lain-lain | 29.11.2009 |
bagaimana cara untuk menghantar artikel ke dalam majalah DBP, sama ada dewasa, pelita bahasa dan sebagainya? saya ada puis, artikel bahasa, komen.. dan apakah kriteria-kriteria yang melayakkan sesuatu karya itu diterbitkan di dalam sesuatu majalah? dan mengeai bayaran.. | Terima kasih kerana berminat menyumbangkan karya dalam majalah DBP. Karya seharusnya bertaip dua langkau, dikirim melalui e-mel , pos, atau faks dan alamatnya ada dinyatakan dalam majalah DBP. Setiap karya yang terbit memungkinkan penulisnya menerima honoraruim mengikut kadar DBP. | Lain-lain | 22.07.2008 |