Tuan, i.Jelaskan perbezaan peninju dengan petinju | Peninju ialah penumbuk, dan petinju ialah orang yg berlawan tinju atau ahli tinju. | Istilah | 21.01.2009 |
peninju atau petinju? Konteks: sarikata | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, peninju bermaksud 1. tinju, penumbuk: peninjunya diangkat ke atas tinggi-tinggi 2. orang yang meninju. Petinju pula bermaksud orang yang berlawan tinju, ahli tinju. | Makna | 31.10.2011 |
tuan, apakah perbezaan antara petinju dan peninju? tq | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, petinju ialah orang yang berlawan tinju atau ahli tinju. Peninju ialah penumbuk atau orang yang meninju. | Istilah | 28.07.2011 |
pelakuan atau perlakuan ? petinju atau peninju ? | Yang betul ialah perlakuan bermaksud apa yang dilakukan atau perbuatan. Petinju ialah orang yang berlawan tinju atau ahli tinju, manakala peninju ialah penumbuk atau tinju. | Tatabahasa | 19.12.2009 |
saya nak tanya peninju atau petinju,dalam akhbar dan pengulas sukan menyebut petinju sedangkan tinju bermula denga huruf t maka apabila menerima imbuhan huruf t akan digugurkan dan diganti dengan huruf n menjadi peninju. | petinju - ahli tinju, orang yang berlawan tinju peninju - penumbuk, tinju | Tatabahasa | 24.08.2007 |
assalamualaikum... soalan, apakah yang membezakan perkataan hingga dengan sehingga, peninju dengan petinju, jawapan dengan jawaban, sejak dengan semenjak. boleh jelaskan dengan memberi contoh ayat. terima kasih | Waalaikumsalam, Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat makna hingga adalah : 1. garis yg terakhir, batas: tiap-tiap sesuatu ada ~ batasnya; 2. sampai ke (had tempat, waktu, dll): percakapan terhenti ~ itu, masing-masing berdiri mencari tempat sujud; ~ kini sampai pd ketika ini; ~ kini ke atas pd masa sekarang dan selanjutnya; 3. = sehingga, hinggakan, sehinggakan sampai pd keadaan (masa dll), sampai menjadi: ~ matahari telah condong benar ke barat barulah si Tanggang berkayuh balik; 4. sl setelah (sudah); Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, peninju ialah 1. tinju, penumbuk: ~nya diangkat ke atas tinggi-tinggi; 2. orang yg meninju; manakala petinju ialah orang yg berlawan tinju, ahli tinju: ia bangga benar spt ~ yg menang di gelanggang. Ejaan jawaban dan jawapan kedua-duanya betul, dalam proses pengimbuhan kata dasar jawab + -an menghasilkan kata terbitan jawaban, tetapi kita biasa menyebutnya sebagai jawapan. Sejak dan semenjak sama sahaja maknanya. Kata sejak menerima sisipan em menjadi semenjak. | Makna | 12.03.2013 |