1.Rani menulis pengumuman lalu menampalkannya pada sehelai kertas di papan kenyataan. Atau Rani menulis pengumuman pada sehelai kertas lalu menampalkannya di papan kenyataan. 2. Penunggang -penunggang basikal harus menggunakan laluan yang disediakan. Atau Penunggang -penunggang harus menggunakan laluan basikal yang disediakan. | 1. Rani menulis pengumuman pada sehelai kertas lalu menampalkannya pada papan kenyataan. 2. Penunggang-penunggang basikal harus menggunakan laluan yang disediakan.
| Tatabahasa | 07.05.2014 |
Adakah penggunaan frasa 'penunggang-penunggang motosikal' betul? | Frasa yang betul ialah "penunggang motosikal". Jika hendak menyatakan jamak/banyak, frasa yang lebih sesuai ialah ramai penunggang motosikal... | Tatabahasa | 21.09.2012 |
Salam 1Malaysia. 1. Apakah perbezaan antara penunggang dan pembonceng motosaikal. 2. Bolehkah penumpang motosaikal dipanggil pembonceng. | 1. Penunggang ialah orang yg menunggang atau menunggangi sesuatu: askar ~ gajah. Manakala pembonceng ialah orang yg membonceng. 2. Penumpang motosaikal boleh dipanggil pembonceng. | Lain-lain | 09.08.2010 |
1) Yang mana satu betul?Penunggang beca atau pemandu beca? 2)Adakah frasa mengibarkan bendera jalur gemilang betul?Ataupun mengibarkan jalur gemilang ayat yang betul? | Frasa yang betul ialah penunggang beca dan mengibarkan jalur gemilang. | Tatabahasa | 13.06.2012 |
Apakah perbezaan "ketika" and "semasa", Rujuk kepada ayat ini. Penunggang motosikal itu terlanggar tembok ( ) cuba mengelak seorang kanak-kanak. a. manakala b. ketika c. semasa d. untuk | Penunggang motosikal itu terlanggar tembok (semasa) cuba mengelak seorang kanak-kanak. | Tatabahasa | 21.08.2008 |
Eh, penunggang motosikal itu cedera parah setelah merempuh lampu isyarat merah. Adakah betul penggunaan kata seru Eh di dalam ayat tersebut? Mohon penjelasan daripada pihak DBP untuk keterangan lanjut. Terima kasih. | Penggunaan kata seru tersebut betul, dengan tambahan tanda seru di hujung ayat. Eh, penunggang motosikal itu cedera parah setelah merempuh lampu isyarat merah! | Tatabahasa | 16.05.2020 |
Apakah kesalahan istilah dan tatabahasa dalam ayat di bawah? 1. 75% dari jumlah individu yang terbabit dalam kemalangan jalan raya ialah penunggang motosikal. 2. Banyak premis-premis di bandar Alor Gajar dihempas tiang elektrik sewaktu ribut melanda. | 1. 74% daripada jumlah individu yang terlibat dalam kemalangan jalan raya ialah penunggang motosikal. 2. Banyak premis di bandar Alor Gajah dihempap tiang elektrik sewaktu dilanda ribut. | Tatabahasa | 28.02.2013 |
Dalam konteks zaman, saya mencadangkan agar istilah penarik beca ditukar kepada penunggang beca atau pengayuh beca. | Istilah yang diguna pakai pada masa ini ialah pengayuh beca. | Istilah | 30.03.2010 |
1. Gambar menunjukkan sesorang tukang beca yang membawa penumpang dengan menunggang beca . A) Pak Ali seorang penunggang beca. B) Pak Ali seorang penarik beca. yang mana betul ? 2. Adakah terdapat kesalahan tatabahasa dalam ayat berikut ? i) Bunga mawar itu berbau sungguh harum. ii) Hujan agak lebat pagi tadi. | Yang betul ialah Pak Ali ialah penarik beca. 2. Bunga mawar itu sungguh harum. 3. Ayat tersebut betul. | Tatabahasa | 23.07.2010 |
Penggunaan istilah 'samseng jalanan' yang rasmi? Istilah ini merujuk kepada golongan mana dan adakah 'mat rempit' termasuk dalam istilah ini atau istilah ini sememangnya dirujuk kepada 'mat rempit'? | Istilah samseng jalanan digunakan bagi menggantikan istilah mat rempit yang diberikan kepada penunggang motosikal yang terlibat dalam perlumbaan haram. | Istilah | 22.03.2010 |