Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tuntut
Kata Terbitan : menuntut, tuntutan, penuntut,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tuan,mohon penjelasan tuan tentang penggunaan kata , " demi dan untuk", "agar dan supaya", " tentang dan mengenai". Sekian terima kasih.1. Kata sendi nama "demi" bertugas membawa makna tujuan dan digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama. Contohnya, Rakyat Malaysia Mesti bersatu demi kestabilan Negara. Manakala kata sendi nama "untuk" dan "bagi" digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menunjukkan kegunaan sesuatu. Contohnya, Asrama untuk/bagi penuntut-penuntut Sabah sedang dibina.
2. Agar dan supaya boleh bertukar ganti penggunaannya.
3. Kata sendi nama "tentang" digunakan sebagai unsur yang membawa maksud "rujukan" sesuatu yang tidak tentu atau umum, atau mujarad, iaitu kata nama atau frasa nama yang mengikuti kata sendi nama ini menjadi "hal" yang diperlakukan atau dibicarakan. Contohnya: Mereka berbincang "tentang" masalah negara. Contoh kedua, Kami berbual tentang kejadian rompakan itu. Selain itu, sebagai makluman saudara juga, kata sendi nama tentang juga sering digantikan penggunaannya dengan bentuk mengenai dan mengenai dengan. Perlu diingat bahawa perkataan mengenai sebenarnya tergolong sebagai kata kerja yang membawa maksud "kena pada". Contoh penggunaannya adalah seperti yang berikut : Tembakan peluru itu mengenai sasarannya. Contoh kedua : Bola yang ditendangnya mengenai palang gol.
Tatabahasa23.05.2013
Salam, bolehkah saudara@saudari jelaskan penggunaan kata sendi nama 'bagi'?Bolehkah digunakan dalam ayat seperti berikut? 1. Anggota tentera sanggup berkorban demi kesejahteraan negara. 2. Puan Sahara rela membanting tulang empat keratnya untuk menanggung keluarga. Benarkah kata sendi nama 'demi' lebih sesuai dan betul jika disusuli kata nama?Sekian, terima kasih.Kata sendi nama "demi" yang lebih tepat digunakan dalam konteks ayat-ayat tersebut. Kata sendi nama "demi" bertugas membawa makna tujuan dan digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama. Manakala kata sendi nama "untuk" dan "bagi" digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menunjukkan kegunaan sesuatu. Contohnya, Asrama untuk/bagi penuntut-penuntut Sabah sedang dibina. Untuk maklumat lanjut sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 276 - 278.Tatabahasa22.05.2013
1. Adakah perkataan 'pelajar' membawa maksud jamak? 2. Perkataan yang manakah betul? a) memperkembangkan b) memperkembang terima kasihKamus Dewan menakrifkan pelajar sebagai orang yang belajar, seperti murid sekolah, penuntut di maktab, dan sebagainya. Lazimnya murid di sekolah dan penuntut di maktab adalah ramai bilangannya. Oleh itu, berdasarkan makna tersebut pelajar menunjukkan seorang atau ramai.Makna23.07.2009
1.Tanaman tersebut hidup a.segar b. subur kerana dijaga dengan baik. 2. Ali merupakan a. pelajar b. penuntut Universiti Sains Malaysia tahun pertama. 3. Saya suka membaca buku di pondok bacaan ini kerana suasananya a. sangat tenang sekali. b. sungguh amat tenang sekali.

Saudara Waypenglee,

Jawapan bagi pertanyaan saudara adalah seperti yang berikut:

i. subur  ii.  penuntut  iii.  sangat tenang sekali

Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. 

 

 

 

Tatabahasa09.06.2009
Selamat pagi. Saya ingin meminta kepastian tentang istilah yang digunakan dalam institusi sekolah berkaitan dengan rangkai kata "Bahasa Melayu" dan "Bahasa Malaysia". Mana satukah yang paling tepat penggunaannya di sekolah. Kedua, apakah istilah yang paling tepat untuk penuntut yang berada di Prauniversiti. Adakah mereka ini dipanggil 'murid' atau 'pelajar'?1. Bahasa Melayu dan Bahasa Malaysia - Kedua-duanya betul, namun begitu, untuk makluman saudara, Bahasa Malaysia digunakan untuk mata pelajaran di sekolah .

2. Istilah yang sesuai digunakan bagi penuntut peringkat prauniversiti ialah pelajar.
Tatabahasa03.09.2013
Saya amat keliru dengan penggunaan istilah "Pelajar" dan "Murid" 1.Apa bezanya perkataan /penggunaan "murid" dan "Pelajar" ? 2. Apakah perkataan yang sesuai diguna pakai di sekolah rendah dan menengah "murid" atau "Pelajar".sebab di sekolah menengah pentadbir yang mengurus mereka tu digelar HEM ( Hal ehwal Murid ),dan untuk mereka yang berada di IPT diurus oleh HEP (Hal Ehwal Pelajar)Perkataan murid, pelajar dan penuntut mempunyai maksud yang sama, iaitu orang atau anak yang sedang belajar atau berguru. Walau bagaimanapun, murid boleh digunakan untuk sekolah rendah dan juga menengah manakala pelajar untuk sekolah menengah dan IPT.Lain-lain18.05.2009
Assalamualaikum... Saya salah seorang penuntut jurusan BM. Ramai rakan bertanyakan soalan ini malahan pensyarah sendiri menangguhkan jawapan dan ada yang berbeza pendapat. Saya keliru dan ingin mendapat jawapan pasti. Soalannya : Apakah perbezaan antara 'Perdana Menteri' dan 'Menteri Besar'? Mengapakah 'Perdana Menteri' tidak disebut sebagai 'Menteri Perdana' sama seperti 'Menteri Besar' yang jelas mengikut hukum DM? Terima kasih. Mohd Ismail Bin Sulaiman No. 13, Jalan Purnama 1/3, Taman Purnama 1 86200 Simpang Renggam, Kluang, Johor. No. Tel : 016-7444676Kata Perdana Menteri tidak disebut sebagai Menteri Perdana seperti Menteri Besar kerana bentuk ungkapan tersebut diambil daripada bahasa Sanskrit.   Tatabahasa20.03.2008
1. Jika singkatan untuk malam ialah mlm, apa pula singkatan untuk tengah hari? 2. Panduan untuk menggunakan kata sendi nama 'bagi' dan 'untuk'. Benarkah kata sendi 'bagi' lazimnya disusuli dengan kata nama, dan kata sendi 'untuk' disusuli dengan kata kerja. Contohnya: Bagi pelaksanaan projek, untuk melaksanakan projek. Bolehkah 'bagi' ditukar dengan 'untuk'?

1. Singkatan untuk tengah hari ialah tgh.

2. Kata sendi nama bagi dan untuk digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama dengan fungsi tertentu seperti yang berikut:

a) menunjukkan kegunaan untuk sesuatu. Dalam penggunaanya yang demikian, kata snedi nama untuk dapat bervariasi dengan kata sendi nama bagi. Contoh: Asrama untuk/bagi  penuntut Sabah sedang dibina, derma untuk/bagi anal-anak yatim akan dipungut.

b) menyatakan maksud bahagian yang ditentukan atau diperuntukkan. Dalam penggunaan yang demikian, untuk tidak boleh bertukar ganti dengan bagi. Contoh: Hadiah itu untukmu (bukan: Hadiah itu bagimu), ayah membeli kereta untuk ibu (bukan: ayah membeli kereta bagi ibu)   

Tatabahasa06.07.2010
(a)Struktur ayat yang manakah betul? Bagaimanakah kelas makanan dalam/di soalan 1 dapat membantu mengekalkan kesihatan? (penggunaan dalam atau di) (b) Apakah perbezaan penggunaan 'untuk/bagi' jika diterjemahkan daripada perkataan 'for/to'? Harap Tuan dapat membalasnya di e-mel saya yang terbaru : norhidayah.azizan@pearson.com. Terima kasih atas bantuan pihak Tuan.

1. Ayat yang betul ialah: Bagaimanakah kelas makanan dalam soalan 1 dapat membantu mengekalkan kesihatan?

2. Kata sendi nama 'untuk' dan 'bagi' digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama dengan fungsi tertentu seperti yang berikut:

i. menunjukkan kegunaan untuk sesuatu. Dalam penggunaannya yang demikian,kata sendi nama 'untuk' dapat bervariasi dengan kata sendi nama 'bagi'.  Contohnya : Asrama untuk/bagi penuntut Sabah sedang dibina.

ii. menyatakan maksud bahagian yang ditentukan atau diperuntukkan. Dalam penggunaan yang demikian, 'untuk' tidak boleh bertukar dengan 'bagi'. Contohnya: hadiah itu untukmu bukan Hadiah itu bagimu.

 


Tatabahasa31.05.2011
Apakah perbezaan untuk dan supaya? Apakah panduan penggunaannyaKata sendi nama 'untuk' dan 'bagi' digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama dengan fungsi tertentu seperti yang berikut:

i. menunjukkan kegunaan untuk sesuatu. Dalam penggunaannya yang demikian,kata sendi nama 'untuk' dapat bervariasi dengan kata sendi nama 'bagi'.  Contohnya : Asrama untuk/bagi penuntut Sabah sedang dibina.

ii. menyatakan maksud bahagian yang ditentukan atau diperuntukkan. Dalam penggunaan yang demikian, 'untuk' tidak boleh bertukar dengan 'bagi'. Contohnya: hadiah itu untukmu bukan Hadiah itu bagimu.

Supaya merupakan kata keterangan harapan. Kata keterangan harapan ialah unsur yang menerankan sesuatu perbuatan atau kejaidan yang dihajati.

Contoh
1. Supaya suasana menjadi aman damai, mereka semua bersetuju dengan cadangan pemimpin muda itu.

Tatabahasa04.09.2013

Kembali ke atas