Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.nu.tup] | ڤنوتوڤ

Definisi : 1. alat yg digunakan utk menutup, penudung; 2. sesuatu yg (dipakai utk) meng-akhiri (surat, karangan, ucapan, dll), pengunci, penyudah: sbg ~ ingin saya kemukakan beberapa saranan; ~ surat itu mengatakan bahawa ia akan datang sore hari sambil membawa wangnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.nu.tup] | ڤنوتوڤ

Definisi : 1 alat yg digunakan utk menutup; penudung. 2 sesuatu yg digunakan utk mengakhiri sesuatu surat, syarahan dll: Sbg ~, saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kpd hadirin yg sudi datang ke majlis ini. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[pe.nu.tup] | ڤنوتوڤ

Definisi : benda yg digunakan utk menudung (melindungi dll) sesuatu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tutup
Kata Terbitan : bertutup, menutup, tertutup, penutupan, penutup,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah perbezaan cakap ajuk yang menggunakan "...." (noktah sebelum penutup pengikat kata) dan "...," (koma sebelum penutup pengikat kata)?Penggunaan tanda petik dalam cakap ajuk yang betul ialah tanda koma sebelum penutup pengikat kata seperti dalam ayat yang berikut:

"Bila sampai?" tanya Husin.
"Kalau aku mati, kaujaga kuburku," kata Pak Ali.
"Cuci baju kamu," arah ibu kepada Amin.
Tatabahasa14.10.2017
1. Slot Penutup dalam majlis selalu digunakan " PERASMIAN PENUTUP " adakah penggunaan ini betul atau pun apakah istilah yang tepat ? 2. Penggunaan adalah dan ialah di dalam ayat-penjelasan. 2. Bolehkah kita menggunakan kata sendi di, diawal ayat.? Sekian, terima kasih.

1. Frasa tersebut betul.

2. Kata pemeri ialah menunjukkan persamaan dan hadir di hadapan frasa nama, manakala adalah yang menunjukkan huraian dan hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama.

3. Boleh, dalam ayat songsang. Contoh: Dia tinggal di Melaka. Di Melaka dia tinggal.

Lain-lain09.04.2009
CONTOH FORMAT SURAT RASMI TERKINI.Untuk makluman tuan, format surat rasmi mesti mempunyai bahagian kepala surat, badan (isi), dan penutup surat. Bahagian kepaala surat mengandungi nama, logo dan alamat penuh instutusi, diikuti nama penerima, nombor fail, tarikh dan sapaan. bahagian badan bermula dengan perkara, para pertama (penanda wacana), para dua (isi utama), para tiga (isi tambahan), para empat (penutup). bahagian penutup mengandungi slogan, saya yang menjalankan tugas, tandatangan, nama, jawatan (b.p. jika perlu), dan parap. Format surat rasmi boleh dirujuk pada Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2007, halaman 43 yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam . Semua jabatan dalam sektor awam, termasuk DBP  merujuk pekeliling ini.Lain-lain04.04.2015
Apakah perbezaan antara "tengkolok" dan "tanjak"?Salam sejahtera,

TENGKOLOK 1. kain penutup kepala, bulang hulu, destar, setangan kepala, tanjak 2. kain penutup kepala atau selubung (drpd sutera dll) yg dipakai oleh wanita

TANJAK kain yg diikatkan pd kepala; tengkolok; destar.


Untuk keterangan lanjut, sila layari http://prpm.dbp.gov.my/.

Sekian, terima kasih.
Makna12.08.2017
Organisasi saya bercadang menggunakan penutup surat rasmi dengan klausa berikut "Saya yang menjalankan tugas" berbanding amalan sebelum ini "Saya yang menurut perintah". Pohon pandangan.Kedua-dua klausa ini betul dari segi bahasanya.  Pemilihan penggunaan penutup surat rasmi  bergantung kepada organisasi masing-masing. Kedua-duanya boleh digunakan. Dewan Bahasa dan Pustaka mempunyai garis panduan dalaman tersendiri, dan kami menggunakan klausa "Saya yang menurut perintah". Sekiranya oraganisasi tuan berhasrat menggunakan klausa "Saya yang menjalankan tugas", itu merupakan gaya surat rasmi tersendiri organisasi tuan.Lain-lain09.06.2015
Saya suka akan biskut yang rangup Peter mencuba membuka penutup botol itu Adakah kedua-dua ayat ini betul..Ayat yang betul ialah "Saya suka akan biskut yang rangup." dan "Peter cuba membuka penutup botol itu."Tatabahasa23.08.2013
Tuan, Yang mana satukah betul? Majlis Perasmian Penutup atau Majlis Perasmian Penutupan?Frasa yang betul ialah Majlis Perasmian Penutupan. Penutupan ialah perihal menutup, penamatan, pengakhiran, penyudahan (majlis, acara, dll), manakala penutup ialah 1 alat yg digunakan utk menutup; penudung. 2 sesuatu yg digunakan utk mengakhiri sesuatu surat, syarahan dll.Tatabahasa21.10.2010
perbezaan di antara karangan dan penulisan1. "Karangan" mempunyai struktur iaitu pengenalan, isi dan penutup.Pengenalan perlu ringkas, dan mengandungi ayat tesis utama. Satu isi dalam satu perenggan. Penutup pula menggulung isi-isi yang telah dibincangkan.
2. "Penulisan" ialah perihal atau kegiatan berkaitan menulis, mengarang dan sebagainya.
Istilah18.10.2014
Selamat pagi. Saya ingin bertanya adakah penggunaan perkataan "ditangguh"sesuai kita gunakan dalam penutup minit mesyuarat? adakah penggunaan perkataan pukul merujuk kepada masa dan jam merujuk kepada jam dinding? Terima kasih.Perkataan ditangguh sesuai digunakan dalam penutup minit mesyuarat. Secara lazimnya, dalam penulisan, pukul digunakan untuk merujuk masa.Lain-lain19.07.2013
1. Mana yang betul jika kita hendak menggunakan perkataan Majlis Penutup atau Majlis Penutupan dan Majlis Pembuka atau Majlis Pembukaan. 2. Jika pada poster/buku program/kain rentang perkataan mana yang sesuai ? 3. Atas dasar tatabahasa/fonetik/fonologi mengapakah ia dipilih ? Majlis Penutup atau Majlis Penutupan dan Majlis Pembuka/Majlis Pembukaan ?

Majlis Penutupan dan Majlis Pembukaan/Perasmian.

Pemilihan ini disesuaikan dengan makna yang mendukung setiap kata tersebut, penutupan bermaksud perihal menutup (menutupi, menutupkan), penamatan, pengakhiran, penyudahan; manakala pembukaan bermaksud perihal atau perbuatan membuka, permulaan.

Tatabahasa17.05.2008
12345678910...

Kembali ke atas