Tuan, Yang mana satukah betul? Majlis Perasmian Penutup atau Majlis Perasmian Penutupan? | Frasa yang betul ialah Majlis Perasmian Penutupan. Penutupan ialah perihal menutup, penamatan, pengakhiran, penyudahan (majlis, acara, dll), manakala penutup ialah 1 alat yg digunakan utk menutup; penudung. 2 sesuatu yg digunakan utk mengakhiri sesuatu surat, syarahan dll. | Tatabahasa | 21.10.2010 |
Manakah yang betul? 1. Penghawa dingin, Pendingin Hawa atau Penyaman Udara? 2. Majlis Perasmian Penutupan Syarahan atau Majlis Penutupan Syarahan? | Jawapannya ialah penyaman udara dan Majlis Penutupan Syarahan. | Makna | 21.04.2007 |
Salam 1Malaysia, 1. Kata 'mengaji' merujuk kepada Kata Tunggal atau Kata Nama Terbitan? 2. Mengapakah masyarakat suka menulis frasa Majlis Perasmian Penutupan pada kain rentang atau gegantung? Yang tepat, Majlis Penutupan atau Majlis Perasmian Penutupan? 3. Ayat 'Milik siapa kereta Kancil itu?' ATAU 'Milik siapakah kereta Kancil itu?' ATAU 'Siapakah pemilik kereta Kancil itu?' Yang manakah ayat yang betul binaan ayatnya? 4. Dalam ayat 'Mereka sedang berbincang untuk menyelesaikan perkara itu." kata untuk merujuk kepada golongan kata apa? 5. Untuk menangani hal itu, mereka memerlukan kerjasama pihak polis. Kata 'untuk' di hadapan ayat merujuk kepada golongan kata apa? 6. Bunga ros itu adalah untuk Ibu Nia. Kata 'untuk' dalam ayat ini merujuk kepada golongan kata apa? Terima kasih. | 1. Mengaji ialah kata terbitan daripada kata dasar kaji yang menerima awalan meN. 2. Frasa yang betul ialah Majlis Penutupan sama seperti Majlis Perasmian. 3. Ketiga-tiga ayat tanya tersebut abetul. 4. "Untuk" dalam ayat kelima dan keenam berfungsi sebagai kata hubung pancangan keterangan. 6. "Untuk" dalam ayat keenam berfungsi sebagai kata sendi nama. | Tatabahasa | 18.07.2012 |
Mana yang lebih seuai, "Majlis Penutup" atau "Majlis Penutupan"? | Majlis penutupan | Makna | 13.11.2007 |
Penggunaan perkataan 'Perasmian Penutupan' atau 'Perasmian Penutup' bagi sesuatu majlis. | Biasanya ungkapan yang digunakan ialah Majlis Penutupan. Ini bersesuaian dengan laras Majlis Perasmian yang bermakna sesuatu majlis dibuka dengan rasmi dan Majlis Penutupan bermakna pengakhiran sesuatu majlis. | Tatabahasa | 27.07.2011 |
saya inginkan kepastian tentang penggunaan perkataan 'perasmian penutupan' atau 'perasmian penutup' bagi sesuatu majlis. | Frasa yang betul ialah Majlis Perasmian Penutupan. Penutupan ialah perihal menutup, penamatan, pengakhiran, penyudahan (majlis, acara, dll), manakala penutup ialah: 1. alat yg digunakan utk menutup; penudung. 2. sesuatu yg digunakan utk mengakhiri sesuatu surat, syarahan dll. | Tatabahasa | 25.04.2011 |
1. Mana yang betul jika kita hendak menggunakan perkataan Majlis Penutup atau Majlis Penutupan dan Majlis Pembuka atau Majlis Pembukaan. 2. Jika pada poster/buku program/kain rentang perkataan mana yang sesuai ? 3. Atas dasar tatabahasa/fonetik/fonologi mengapakah ia dipilih ? Majlis Penutup atau Majlis Penutupan dan Majlis Pembuka/Majlis Pembukaan ? | Majlis Penutupan dan Majlis Pembukaan/Perasmian. Pemilihan ini disesuaikan dengan makna yang mendukung setiap kata tersebut, penutupan bermaksud perihal menutup (menutupi, menutupkan), penamatan, pengakhiran, penyudahan; manakala pembukaan bermaksud perihal atau perbuatan membuka, permulaan. | Tatabahasa | 17.05.2008 |
Assalamualaikum.. ingin bertanya ayat yang tepat untuk merasmikan majlis penutupan sesuatu majlis.. "... dengan ini saya merasmikan majlis penutupan Program ..." adakah ayat ini betul atau ada ayat yang lebih tepat? terima kasih | Kata sendi nama/kata hubung "dengan" boleh digunakan pada pangkal ayat yang mempunyai ayat utama atau ayat induk yang lengkap... subjek dan predikatnya. Ayat yang dinyatakan adalah betul penggunaannya. | Tatabahasa | 07.08.2012 |
MANA YANG BETUL, MAJLIS PERASMIAN PENUTUP ATAU MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN | Biasanya ungkapan yang digunakan ialah Majlis Penutupan. Ini bersesuaian dengan laras Majlis Perasmian yang bermakna sesuatu majlis dibuka dengan rasmi. | Lain-lain | 28.09.2007 |
Salam, yang manakah betul antara dua istilah ini?majlis penutup ataupun majlis penutupan? Terima kasih. | Frasa "Majlis Penutupan..." lebih tepat digunakan. | Tatabahasa | 07.05.2013 |