Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.nya.du.ran] | ڤڽادورن

Definisi : perbuatan menyadur; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.nya.du.ran] | ڤڽادورن

Definisi : sadai; bersadai terletak di tempat yg agak tinggi; berbaring dgn melunjur­kan kaki dan menyandarkannya pd se­suatu. menyadaikan meletakkan (perahu dsb) di tempat yg agak tinggi. tersadai 1 terletak di tempat yg agak tinggi (bkn perahu dsb); terdampar: Tinggallah dua buah perahu itu ~ di pantai. 2 terbaring serta melunjurkan kaki: Sudah hampir seminggu dia ~ di katil itu. 3 tidak dibeli orang (bkn barang); tidak dipinang orang (bkn anak dara); tidak laku. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sadur (kata nama)
Bersinonim dengan sepuh, lapisan, salutan;,
Kata Terbitan : bersadur, menyadur, saduran, penyaduran, penyadur,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
mengapa tidak menggunakan tulisan jawi sebagai tulisan rasmi? apakah kita mesti menggunakan roman sebagai tulisan rasmi? jikalau ingin membubarkan PPSMI, perlu adanya perkataan-perkatan sendiri dalam istilah perubatan. bukannya mengadaptasi bahasa asing. saya seorang pelajar sains. dulu saya mempelajari biologi, fizik dan kimia dalam Bahasa Melayu, saya mendapati banyak istilah-istilah hanya dimelayukan, bukannya asal daripada Melayu sendiri. bagaimanakah untuk memperjuangkan Bahasa Melayu? tolong beri perhatian.

Sekiranya tulisan Jawi dijadikan tulisan rasmi sayalah antara orang yang paling gembira sekali. Saudara bagaimana? Kadang-kadang kita perlu membuka minda dan memahami bahawa sifat sesuatu bahasa itu tidak statik. Ia akan berubah mengikut perkembangan zaman. Itulah tanda bahawa bahasa itu hidup. Kalau tiada orang menggunakan bahasa, ia akan mati seperti bahasa Hawaii contohnya. Banyak istilah yang berkaitan dengan pelbagai bidang termasuklah bidang sains dan teknologi telah dimelayukan. Kalau saudara mempertikai tentang penyaduran istilah tersebut, cuba saudara berikan contoh satu perkataan dan daripada bahasa mana asal kata tersebut? Saya yakin bahawa asalnya bukan hanya daripada bahasa Inggeris sahaja. Orang Inggeris pun meminjam banyak istilah daripada bahasa lain, contohnya: algebra - B.Arab, amuck- B.Melayu, combat - B.Latin, Science - B.Latin melalui B.Perancis, Technology - B.Greek, dll. Kalau dikaji sebahagian besar kata dalam bahasa Inggeris itu dipinjam drp. bahasa lain. (Sila baca bahan yang berkaitan dengan perkembangan bahasa Inggeris).

Lain-lain25.12.2008

Kembali ke atas