saya ingin mendapat koleksi sajak dari penyair-penyair kelantan dan biodata mereka | Sila merujuk bahan ini : Sempadan abadi : antologi puisi Persatuan Penulis-penulis KelantanDirektoti Penulis Kelantan | Lain-lain | 23.12.2008 |
1)penyair itu mendeklamasikan se........ sajak ( seuntai atau serangkap) 2) ikan masin yg sudah lama itu berbau hapak/hanyir....jawapsn mana yg sesuai? | 1. Serangkap. 2. Hanyir. | Lain-lain | 11.06.2013 |
Apakah dia lesen puisi? untuk apakah lesen puisi ini? | Tiada istilah 'lesen puisi'. Mungkin saudara bermaksud 'lecentia poetica', iaitu suatu keistemewaan bagi seorang penyair untuk menyimpang atau lari daripada aturan biasa penulisan. Tujuan lecentia poetica atau kebebasan penyair ini adalah untuk menghasilkan satu bentuk pengucapan yang baru daripada yang biasa dihasilkan oleh penyair lain. Selain daripada tujuan tersebut, lecentia poetica ini dapat membentuk identiti seseorang penyair. | Lain-lain | 05.05.2010 |
penggunaan bahasa verbal dalam sajak | Penyair A. Ghafar Ibrahim atau AGI telah memperkenalkan konsep tri-v, iaitu Verbal-Vokal-Visual. Bahasa verbal ialah isi/tema/persoalan sesebuah sajak. | Lain-lain | 06.08.2007 |
apakah yang dimaksudkan dengan lirik? | Lirik pada umumnya merupakan segala bentuk puisi ynag diakui oleh kebanyakan penyair sebagai yang mempunyai unsur-unsur (antara lainya) subjektiviti, imaginasi, melodi dan emosi; dan berdasarkan unsur-unsur tersebut, lirik lebih merupakan suatu gaya penulisan puisi - bukan suatu bentuk puisi. Dalam perkembangan penulisnya, pelbagai jenis pengucapan yang berunsur lirik telah dapat dikenal. Sebagai contoh: soneta, oda, balada dan elegi adalah antara beberapa variasi pengucapan lirik yang berlainan dilihat dari sudut bentuk, persoalan dan mood. Kadang-kadang lirik dicipta untuk dinyanyikan, lantaran bentuknya yang penuh berirama, bermelodi dan mengandungi unsur-unsur emosi penyair atau penciptanya. Sekian dan salam. | Lain-lain | 16.04.2009 |
Tuan, saya sedang cuba menyempurnakan tugasan menulis tentang tokoh penyair Wadi Leta SA , maksud saya menulis biografi ringkas. Saya cuba cari di internet namun tak banyak maklumat saya temui, kerana di samping beliau menulis puisi , saya ingin catatkan juga tentang hobinya pada seni lukis dan jua menulis buku cerita kanak-kanak. Saya di fahamkan penulisan cerita kanak-kanak pernah disiarkan melalui blog zoom A di bawah kelolaan Rosli Nikmat , tetapi saya tetap tidak ketemu di internet. Boleh kah pihak Tuan berikan laman web atau link tentang beliau menulis buku cerita kanak-kanak dan hobi melukis? Atau boleh nyatakan di mana boleh saya dapatkan info tersebut? | Salam sejahtera, Dewan Sastera terbitan November 2007 ada mengemukakan Wadi Leta S.A. sebagai karyawan dalam keluaran tersebut. Selain itu, saudara boleh membaca artikel "Wadi Leta berbakat melukis" dalam laman www.nib.com.my . | Lain-lain | 25.04.2012 |
saya ingin mendapatkan senarai nama, biodata serta antologi puisi penyair wanita pada abad ke-20..di mana saya boleh dapatkan maklumat tersebut? | Bagi mendapatkan maklumat lengkap tersebut, sdr bolehlah merujuk ke perpustakaan atau Pusat Dokumentasi Melayu DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur. Sdr juga bolehlah berhubung dengan semua pustakawan yang bertugas dan insya'Allah, mereka bersedia membantu dan menyelesaikan masalah sdr. Sekian, selamat berjaya dan salam. | Lain-lain | 24.06.2009 |
SAYA SANGAT MEMERLUKAN ALAMAT DAN NO TELIFON PUAN MAHANI BT SULONG(PENYAIR TERENGGANU) BAGI MENJALANKAN KERJA KURSUS BBK5208, UPM, ATAS ARAHAN PUAN SAMSINA BT ABDUL RAHMAN. | Assalammualaikum, Untuk makluman saudara, Puan Mahani Sulong boleh dihubungi melalui talian pejabat beliau iaitu di Perpustakaan Awam Negeri Terengganu di nombor 09-6221100 sambungan 307 atau melalui e-mel : mahani@trglib.gov.my. Semoga maklumat ini dapat membantu saudara membuat tugasan dan menjalankan kerja kursus seperti yang diarahkan. Salam hormat. | Lain-lain | 02.02.2009 |
apakah sumbangan pebyair wanita dalam puisi melayu moden | Salam. Sumbangan penyair wanita dalam puisi Melayu moden boleh dilihat seperti yang berikut: i. Tentang perjuangan kaum wanita. ii. Menampilkan penglibatan, minat dan bakat kaum wanita dalam bidang kerjaya. iii. Memahami perasaan/pemikiran kaum wanita. iv. Merancakkan aktiviti dunia sastera tanah air. Sekian dan wassalam. | Lain-lain | 12.03.2009 |
apakah maksud puisi sebagai saluran komunikasi | Maksud kenyataan puisi menjadi saluran komunikasi ialah puisi menjadi wahana atau saluran komunikasi kepada penyair untuk menyampaikan perasaan dan fikirannya tentang sesuatu perkara kepada khalayak pembaca. | Lain-lain | 27.12.2007 |