Terjemahan yang mana lebih sesuai untuk "pneumococcal diseases", "penyakit-penyakit pneumokokal" atau penyakit-penyakit pneumokokus". Terima kasih | Istilah bahasa Melayu yang sesuai untuk "pneumococcal diseases" ialah penyakit pneumokokus. | Istilah | 17.04.2013 |
maksud penyakit sopak dan kusta | Merujuk Kamus Dewan, penyakit sopak ialah penyakit kulit (berbelang-belang putih pd tangan atau kaki). Kusta pula ialah sejenis penyakit yg merosakkan kulit atau daging dgn menyebabkan bahagian-bahagian anggota atau tubuh pecah-pecah dan bernanah dan merosakkan jari-jari tangan dan kaki. Untuk mengetahui sesuatu maksud perkataan, sila rujuk Kamus Dewan atau mengenai penyakit ssila rujuk pihak berkaitan seperti Kementerian Kesihatan Malaysia atau klinik yang berdekatan. | Makna | 26.08.2008 |
helo, saya hendak tanya ejaan umtuk dua perkataan. 1. menghiris atau mengiris? 2. menghidapi penyakit atau mengidapi penyakit? | Jawapan yang betul ialah 1. menghiris dan 2. menghidapi penyakit. | Lain-lain | 10.08.2010 |
1.Pelbagai jenis penyakit? 2.Pelbagai penyakit Ayat manakah yang betul?Mengapa? 3.DBP berusaha (meningkatkan,mempertingkatkan) pemahaman tatabahasa dalam kalangan pengguna bahasa 4.Apa bezanya antara imbuhan awalan MeN.. dan imbuhan apitan MeN ...kan?Intinya bilakah kita mengguna meN dan MeN...Kan.Contoh,kita mengguna atau menggunakan pen untuk menulis? 5.Frasa "Sebagai contoh "atau "contoh",manakah yang persis dan betul? 6.Adakah perkataan "menanda" BETUL?contoh,cikgu Lim menanda kertas bahasa Melayu?atau Cikgu Lim menandai kertas BM | 1.&2.- Kedua-duanya adalah betul dan ayat pertama adalah lebih khusus berbanding ayat yang kedua. 3. meningkatkan 4. meN- ialah awalan kata kerja aktif, sama ada transitif atau tak transitif. Manakala kata kerja yang terbentuk dengan apitan meN-...-kan ialah kata kerja transitif, iaitu yang digunakan sebagai unsur predikat yang memerlukan objek atau penyambut dalam transitif aktif. Contoh yang betul: Kita menggunakan pen untuk menulis. Sila rujuk Tatabahasa Dewan 5. Kedua-duanya betul dan boleh digunakan. 6. Perkataan 'menanda' adalah tidak betul. Ayat yang betul - Cikgu Lim menandakan kertas bahasa Melayu. | Lain-lain | 06.10.2008 |
hanya keimanan dapat mengikis penyakit sakit hati dalam kalangan manusia. ( mengapakah ayat ini salah dalam penggunaan penyakit? TK) | Berdasarkan konteks ayat, frasa sakit hati merupakan suatu perasaan bukan penyakit hati. Ayat yang betul ialah "Hanya keimanan dapat mengikis perasaan sakit hati dalam kalangan manusia." | Tatabahasa | 11.08.2013 |
apa beza etiologi dan punca penyakit | Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, etiologi membawa maksud kajian tentang punca (sebab) timbulnya penyakit. Etiologi juga mempunyai makna, kajian atau falsafah tentang sebab-musabab. Oleh itu, etiologi lebih cenderung kepada kajian-kajian yang dilakukan untuk mengetahui sesuatu punca atau sebab musabab berlakunya sesuatu misalnya punca berlakunya penyakit. Manakala punca didefinasikan sebagai pangkal, perdu (asal mulanya, kerana, lantaran, sebab), pokok, tajuk. Ayat mudah punca lebih kepada sebab berlakunya sesuatu perkara misalnya dalam pertanyaan di atas punca kepada berlakunya penyakit. Berbeza dengan etiologi, etiologi merupakan kajian yang dilakukan untuk mengetahui punca kepada berlakunya penyakit. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat untuk maklumat lanjut. | Istilah | 25.07.2012 |
1. AIDS ialah penyakit yang boleh (menghapuskan / melumpuhkan) keupayaan semula jadi badan untuk melawan penyakit. 2. Para pelabur dalam negara digalakkan untuk ( merintis / meneroka / mencari) peluang pelaburan di luar negara bagi memajukan perniagaan mereka. 3. Pelajar cemerlang itu tidak dapat meneruskan ucapannya dalam majlis anugerah tersebut kerana perasaannya (bergelora / bercelaru / bergemuruh / bergelombang) melihat tetamu yang ramai. Manakah jawapan yang betul? Terima kasih. | 1. AIDS ialah penyakit yang boleh (menghapuskan / melumpuhkan) keupayaan semula jadi badan untuk melawan penyakit. - perlu rujuk fakta sebenar tentang AIDS, jika menghilangkan sama sekali jawapan yang betul ialah menghapuskan, tetapi jika hanya melemahkan ... maka jawapannya ialah melumpuhkan. 2. Para pelabur dalam negara digalakkan untuk meneroka/mencari peluang pelaburan di luar negara bagi memajukan perniagaan mereka. 3. Pelajar cemerlang itu tidak dapat meneruskan ucapannya dalam majlis anugerah tersebut kerana perasaannya bergelora/bercelaru melihat tetamu yang ramai. | Tatabahasa | 04.07.2011 |
apakah maksud penyakit dan berjangkit menurut kamus dewan beserta halaman dalam kamus tersebut? | Sdr. boleh menggunakan enjin carian Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM). PRPM merupakan satu cara lain untuk membuat rujukan atau mendapatkan makna kata, istilah, peribahasa dan sebagainya. Sila layarihttp://prpm.dbp.gov.my dan memasukkan maklumat yang ingin dicari dalam ruang yang disediakan dan klik "cari". | Lain-lain | 12.07.2010 |
Assalamualaikum, perkataan TAUN adakah penyakit kolera , rujukan dalam Kamus Dewan menyatakan penyakit kolera, soalan saya adakah perkataan taun ini di ambil asalnya dari bahasa arab , pohon penjelasan dari pihak tuan seberapa segera, kerana taun dalam bahasa arab merujuk kepada sakit lain bukan kolera. | Kamus Dewan tidak menyatakan etimologi (asal usul) kata, sila rujuk ensiklopedia atau buku yang berkaitan, terima kasih. | Makna | 23.08.2008 |
1. Ali menghidap ( penyakit , sakit) jantung berlubang. yang manakah betul, adakah kedua-dua juga betul digunakan? terima kasih | Jawapan yang betul ialah Ali menghidap penyakit jantung berlubang. | Lain-lain | 26.05.2010 |