Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.nya.lah.gu.na.an] | ڤڽالهݢوناءن

Definisi : perihal (perbuatan dsb) menyalahgunakan (sesuatu): ~ dadah; ~ kuasa; ~ tenaga dan kepakaran. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.nya.lah.gu.na.an] | ڤڽالهݢوناءن

Definisi : perbuatan menyalahgunakan sesuatu: Kelima-lima negara bersetuju utk bekerjasama bagi menghapuskan ~ dadah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata penyalahgunaan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya ingin mengemukakan satu soalan mengenai penyalahgunaan bahasa melayu masa kini.Bahasa Melayu seolah-olah mengalami keracunan dan bolehkah anda senaraikan penyalahgunaan bahasa melayu dan huraikan dengan lebih lanjut tentang permasalahan ini.Sekian Terima Kasih.Penyalahgunaan bahasa Melayu berlaku apabila masyarakat pengguna bahasa Melayu tidak menggunakan bahasa Melayu mengikut hukum tatabahasa bahasa Melayu yang sedia ada. Penyalahgunaan bahasa Melayu berlaku dalam aspek ejaan, pemilihan kata, tatabahasa, sebutan dan juga penggunaan bahasa rojak, iaitu mencampuradukkan bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris. Saudara boleh melayari Laman DBP di bawah Pusat Dokumentasi Bahasa Melayu  untuk mendapatkan makalah atau rencana tentang perkara ini. yang diterbitkan di dalam majalah seperti Pelita Bahasa atau Jurnal Bahasa.  Lain-lain06.03.2008
apakah contoh penyalahgunaan bahasa gramatis?Maksud bahasa gramatis ialah bahasa yang  berasaskan atau mengikut prinsip-prinsip nahu atau tatabahasa. Contoh penyalahgunaan bahasa gramatis ialah Ibu membelikan sepasang kasut untuk adik. Untuk penjelasan lanjut, sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 194-196.Tatabahasa03.04.2010
Apakah kadar purata bagi penyalahgunaan bahasa melayu dalam media pengiklanan?Soalan saudara memerlukan kajian yang terperinci untuk mendapatkan jawaban yang tepat. Sila rujuk artikel yang berkaitan dan buat analisis terhadap kesalahan bahasa yang tersebut untuk mendapatkan jawaban yang tepat.Tatabahasa27.08.2010
Saya menghadapi masalah dalam memperbetul ayat-ayat ini jika ayat-ayat ini salah. 1- Hal ini dilihat dari segi penyalahgunaan perkataan tertentu. (dari segi) 2- Pasukan bomba dari Balai Bomba Daerah Dungun samapai dalam masa 10 minit. (dari Balai) 3- Kita boleh membantu kedua-dua ibu bapa dengan meringankan bebanan tugas mereka. (boleh membantu)

Encik Nor Nizam, terima kasih kerana menghubungi KNBDBP.

Saya menghadapi masalah dalam memperbetul ayat-ayat ini jika ayat-ayat ini salah. 1- Hal ini dilihat dari segi penyalahgunaan perkataan tertentu. (dari segi) 2- Pasukan bomba dari Balai Bomba Daerah Dungun samapai dalam masa 10 minit. (dari Balai) 3- Kita boleh membantu kedua-dua ibu bapa dengan meringankan bebanan tugas mereka. (boleh membantu)

ketiga-tiga soalan yang ditanyakan adalah betul.

 

Tatabahasa17.03.2009
apakah cara-cara yang paling berkesan bagi memartabatkan bahasa melayu melalui iklan? dan isu penyalahgunaan bahasa melayu dalam penggunaan papan tanda-berikan pendapat anda. terima kasihKhidmat Nasihat Bahasa memberikan perkhidmatan terhadap pertanyaan yang berkaitan dengan ejaan (Rumi dan Jawi), istilah, aspek tatabahasa, semakan bahasa dan sebagainya. Untuk pertanyaan yang memerlukan kajian dan pembacaan yang banyak kami cadangkan saudara manfaatkan bahan rujukan di Pusat Dokumentasi Melayu, Tingkat 3, DBP.Lain-lain24.03.2011
kebanyakan iklan di televisyen menggunakan perkataan 'baharu' berbanding 'baru'. Namun bagi surat-surat kerajaan masih lagi menggunakan hanya perkataan 'baru' dan tidak 'baharu'. Adakah ada pekeliling yang boleh dirujuk untuk menerangkan kepada semua supaya tidak timbul penyalahgunaan maksud untuk perkataan 'baru' dan 'baharu' dalam surat-surat rasmi kerajaan?Baharu dan baru, kedua-duanya boleh digunakan, contohnya, saya ada kereta baharu/baru,merujuk makna new, manakala Dia baru sampai dari Kuala Lumpur, untuk makna just.Tatabahasa09.11.2007
Apakah maksud "Masyarakat Madani Tanpa Dadah"?Madani berasal daripada perkataan Arab bermaksud masyarakat/generasi yang maju dari segi pemikiran, kerohanian dan kebendaan. Oleh itu, ungkapan tersebut boleh bermaksud "Masyarakat yang maju dari segi pemikiran, kerohanian dan kebendaan tanpa terlibat dengan penyalahgunaan dadah".Makna20.03.2009
A. Saya ingin tahu sama ada ayat di bawah ini betul atau silap. Jika silap; apakah kesilapannya. Kerjasama pihak DBP saya dahulukan dengan ucapan terima kasih. 1. Dedaun pokok getah keguguran apabila musim kemarau. 2. Pisang goreng itu mereka beli di gerai Wak Semah. B. Penggunaan perkataan "dari" dalam ayat di bawah, betul atau silap. 1. David memberitahu Mariah melaui e-melnya bahawa dia sempat membeli kraf tangan Kelantan dari Pasar Seni semasa dia berkunjung ke Malaysia. C. Bagaimana kita nak menentukan sama ada "ditampal dengan" atau "ditampalkan dengan" yang sesuai untuk ayat di bawah? 1. Dinding restoran itu _______________ pelbagai poster tentang bahaya penyalahgunaan dadah.

Saudara,

Ayat yang betul adalah seperti yang berikut:

1.  Daun-daun pokok getah keguguran apabila musim kemarau. Perkataan dedaun bermaksud pelbagai jenis daun. 

2.  Pisang goreng itu dibeli oleh mereka di gerai Wak Semah. Dibeli oleh mereka ialah bentuk pasif bagi diri ketiga.

3.  Dalam ayat ini penggunaan kata sendi nama 'dari' betul kerana frasa 'dari Pasar Seni' ialah frasa sendi nama yang merujuk tempat.   

4. Dinding restoran itu ditampal pelbagai poster tentang bahaya penyalahgunaan dadah atau Pelbagai poster tentang bahaya penyalahgunaan dadah  ditampalkan pada dinding restoran itu.  Ditampal (menampal) dan ditampalkan (menampalkan).   Kedua-dua ayat ini boleh digunakan bergantung pada  konteks dan maksud yang hendak disampaikan. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan tentang kata kerja dengan imbuhan meN.

Tatabahasa10.11.2009
assalamualaikum... saya ingin bertanya tentang pembentukan kata terbitan (awalan, akhiran, apitan dan sisipan) dan pembentukan kata terbitan di dalam kata nama, kata kerja dan kata adjektif?

Puan Rabiatul Adawiyah,

Terdapat empat jenis imbuhan iaitu imbuhan awalan.

Imbuhan awalan contohnya tapa - menjadi pertapaan, tawa - menjadi ketawa

Imbuhan akhiran pula contohnya laut - menjadi lautan,ikut - menjadi ikutan

Imbuhan apitan pula contohnya tidak adil - menjadi ketidakadilan, salah guna - menjadi penyalahgunaan

Imbuhan kata sisispan pula contohnya - tapak menjadi telapak,kupas menjadi kelupas dan tunjuk menjadi telunjuk.

untuk maklumat lebih lanjut sila lihat buku tatabahasa Dewan pada halaman107 - 132. Terima kasih

 

 

Tatabahasa17.03.2010

Kembali ke atas