Saya agak keliru,adakah istilah " INTEGUMENTARI" merupakan kata pinjam daripada bahsa asing yang telah dimelayukan?? saya telah mencari perkataan ini dalam Kamus Dewan Edisi Ketiga tetapi gagal menemuinya. Adakah terdapat istilah lain dalam Bahasa Melayu yang menerangkan maksud sebenar perkataan ini..terima kasih atas perhatian. | Dalam istilah, kata bahasa Inggerisnya ialah "integumentary" dan padanannya dalam bahasa Melayu ialah integumen, bukannya integumentari. Maksud integumen ialah membran atau tisu yang menjadi penyalut organ atau tisu. | Istilah | 17.02.2010 |