| Ayat yang manakah tepat? 1) Bangunan itu terkenal dengan penyaman udara yang amat sejuk. 2) Bangunan itu terkenal dengan penyaman udara yang teramat sejuk. | Berdasarkan cadangan jawapan yang diberikan, jawapan yang sesuai ialah, "Bangunan itu terkenal dengan penyaman udara yang amat sejuk". | Lain-lain | 07.12.2022 |
| Seorang guru Bahasa Melayu menyatakan bahawa ungkapan “pendingin hawa” salah. Menurutnya, ungkapan yang betul ialah “penyaman udara”. Katanya, “pendingin hawa” istilah lama, “penyaman udara” istilah baharu. Apakah pendirian KNDBP? | Istilah yang betul ialah penyaman udara. Pendingin hawa ialah istilah lama. | Istilah | 02.05.2012 |
| Assalamualaikum. Adakah penggunaan dari dan daripada berikut, betul? (1) Air menitis daripada unit penyaman udara (2) Paip PVC lebih sesuai digunakan sebagai saluran air keluar daripada unit penyaman udara. (3) Adik mengeluarkan bendera kecil daripada begnya. (4) Adik mengeluarkan bendera kecil dari dalam begnya. Terima kasih | Ayat yang betul ialah: -
Air menitis dari unit penyaman udara. -
Paip PVC lebih sesuai digunakan sebagai saluran air keluar daripada unit penyaman udara. -
Adik mengeluarkan bendera kecil dari begnya. -
Adik mengeluarkan bendera kecil dari begnya. | Tatabahasa | 21.07.2026 |
| pendingin hawa atau penghawa dingin ataupun penyaman udara.Mana satukah yang betul | Istilah yang betul ialah penyaman udara atau pendingin hawa. | Istilah | 09.10.2012 |
| Yang mana betuL? a)penghawa dingin b)penyaman udara c)Pendingin hawa | Yang betul ialah penyaman udara. Pendingin hawa ialah istilah lama. | Makna | 08.09.2008 |
| Manakah yang betul? 1. Penghawa dingin, Pendingin Hawa atau Penyaman Udara? 2. Majlis Perasmian Penutupan Syarahan atau Majlis Penutupan Syarahan? | Jawapannya ialah penyaman udara dan Majlis Penutupan Syarahan. | Makna | 21.04.2007 |
| PAKAR DALAM HAWA DINGIN KERETA | Frasa yang betul ialah "Pakar Penyaman Udara". Walau bagaimanapun kami mencadangkan keterangan aktiviti syarikat tuan ialah "Kedai Penyaman Udara". Sila klik domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP" untuk pengesahan iklan. | Tatabahasa | 13.04.2012 |
| Sila menterjemahkan ke dalam JAWI 1. PUSAT MEMBAIKI PENYAMAN UDARA KERETA 2. PUSAT PENJUAL ALAT-ALAT GANTI, SERVIS LORI DAN BAS 3. PUSAT MENJUAL DAN SERVIS LORI 4. TADIKA TERIMA KASIH. | 1. PUSAT MEMBAIKI PENYAMAN UDARA KERETA = ڤوست ممبأيقي ڤڽامن اودارا كريتا 2. PUSAT SERVIS DAN PENJUAL ALAT GANTI LORI DAN BAS = ڤوست سرۏيس دان ڤنجوال الت ڬنتي لوري دان بس 3. PUSAT SERVIS DAN PENJUAL LORI = ڤوست سرۏيس دان ڤنجوال لوري 4. TADIKA = تاديكا | Lain-lain | 10.12.2019 |
| Persoalan tentang penukaran ayat aktif kepada ayat pasif. Adakah jawapan yang diberikan betul? 1. Dua orang pekerja sedang memasang penyaman udara di rumah Abu. Jawapan : Penyaman udara sedang dipasang oleh dua orang pekerja di rumah Abu. | Jawapan ayat pasif yang diberikan adalah betul. | Tatabahasa | 04.07.2015 |
| Sila nyatakan manakah yang betul 1.Antara 'belas kasihan' dengan' kasihan belas' 2.Antara 'pendingin hawa' atau 'penyaman udara' | 1. Belas kasihan 2. Istilah yang betul ialah penyaman udara. Pendingin hawa ialah istilah lama. | Istilah | 08.01.2013 |