apa perbezaan warka kerja & anggota kerja ayat yang ingin saya bina adalah seperti di bawah: seorang anggota kerja yang menjalankan tugas sebagai penyambut tetamu @ seorang warga kerja yang menjalankan tugas sebagai penyambut tetamu | Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, makna perkataan "anggota" ialah ahli (sesuatu pasukan, pertubuhan, golongan, dan lain-lain. Perkataan "warga" pula bermaksud ahli (suatu keluarga, syarikat, dan lain-lain). Kedua-dua perkataan ini adalah sinonim. Berdasarkan ayat yang mahu dibina, penggunaan kata "warga" lebih sesuai digunakan untuk menggambarkan perihal penyambut tetamu. | Makna | 03.10.2017 |
_____di pejabat itu menjawab panggilan telefon dengan mesra. A. Penyambut tetamu B. Pembantu peribadi C. Pemandu pelancong D. Pelayan pelanggan Apakah jawapan bagi soalan ini? Sama ada jawapan A, B dan D diterima sebagai jawapan? | A, B dan D boleh menjadi jawapan kepada soalan yang tersebut. Untuk memilih jawapan yang paling tepat perlu disertakan visual atau cerita yang berkaitan dengan ayat tersebut. | Tatabahasa | 14.01.2014 |
Apakah Receptionist dlm bahasa Malaysia | Padanan receptionist dalam bahasa Melayu ialah penyambut tetamu. | Istilah | 12.04.2014 |
selamat petang Adakah ayat berikut betul. 1. Manisnya sungguh senyuman penyambut tetamu itu. terdapat guru menyatakan tidak perlu letak -nya. Macammana pendapay cikgu. Terima kasih. | Ayat yang betul ialah manis sungguh senyuman penyambyt tetamu itu. | Tatabahasa | 14.10.2008 |
Apakah perkataan untuk digunapakai bagi AJK/Pembawa dulang cenderamata dalam sesuatu majlis? Kebiasaannya saya menggunakan perkataan gadis dulang sahaja. Adakah perkataan lain yang lebih tepat? | Belum ada istilah khusus untuk pembawa dulang cenderamata dalam sesuatu majlis. Kami mencadangkan ‘pembawa dulang’ kerana lebih selaras dengan ‘penyambut tetamu’ berbanding ‘gadis dulang’ yang pada hakikatnya pembawa dulang boleh sahaja lelaki atau perempuan. | Istilah | 24.04.2017 |
saya ada beberapa soalan untuk diajukan. 1. apakah perbezaan antara "penyambut" dan "penangkap"? 2. apakah perbezaan antara "pengasuh" dan "pendidik"? 3. apakah perbezaan antara "pentafsir" dan penterjemah" | 1. Penyambut ialah orang yang menyambut (tetamu dll), penerima manakala penangkap ialah orang yang menangkap. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Empat atau layari www.prpm.dbp.gov.my untuk melihat makna setiap perkataan. | Tatabahasa | 20.10.2013 |