Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.nyan.dang] | ڤڽاندڠ

Definisi : 1. orang yg menyandang se-suatu (di bahu); 2. orang yg menyandang (memikul, memanggul); 3. orang yg menyan-dang (sesuatu jawatan dsb). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.nyan.dang] | ڤڽاندڠ

Definisi : 1 orang yg menyandang sesuatu di bahu. 2 orang yg memegang sesuatu pekerjaan, pangkat dsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sandang
Kata Terbitan : menyandang, penyandang,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
apakah perlu pangkat angkatan tentera disebut jika penyandang bukan seorang anggota tentera?contoh Brigeder Jeneral Tan Sri Datuk Lim.Jika seseorang itu masih berkhidmat dalam anggota tentera, maka perlu disebut pangkat tersebut tetapi jika beliau telah bersara tidak perlu disebut pangkatnya sekali, iaitu Tan Sri Datuk Lim.Lain-lain11.03.2010
saya ingin membuat pertanyaan mengenai jawatan kosong bahagian perkeranian, jika ada kekosongan.sekian terima kasih

Sdr,

Terima kasih di atas minat yang sdr tunjukkan untuk berkhidmat di DBP. Untuk makluman sdr, buat masa ini semua jawatan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) telah pun mempunyai penyandang. Kami akan siarkan iklan jawatan tersebut sekiranya ada keperluan. 

Lain-lain09.05.2010
Adakah betul penggunaan "kata nama" di bawah dengan tidak menggunakan huruf besar: "Yang berbahagia dato', datin, tuan dan puan dan hadirin. " Adakah perkataan "raja", "tun", dan "tengku" menggunakan huruf kecil di dalam ayat? (kata nama am) jika tidak disertakan nama. Terima kasih atas kerjasama pihak anda.

Puan Nurulhuda Omar,

   Kata Nama Khas yang diberikan oleh puan seperti Yang Berbahagia Dato', Datin,  Yang Mulia Raja, Tun, Tan Sri, dan Tengku  merupakan kata nama khas hidup  yang merujuk manusia yang mempunyai gelaran atau pangkat, perlu ditulis huruf besar di pangkal kata tersebut walaupun tidak disebut nama penyandang tersebut.  Namun pada majlis-majlis rasmi, kita akan menyebut gelaran/ pangkat dan diikuti dengan nama penyandang. Contohnya, Yang Berbahagia Dato' Najib, Tan Sri Razali, atau Datin Normah dan sebagainya . Walau bagaimanapun, kata  seperti "tuan, puan dan hadirin" perlu ditulis huruf kecil di pangkal kata kerana  tergolong dalam kata nama am. Puan boleh merujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, Bab Penggolongan Kata Nama (hlm. 96-98).

Tatabahasa07.04.2009
Pej. SUK Tr. (PSUKTr) dlm proses tukar nama jwtan d Istana Tr. Soalannya mana yg tepat - i. Datuk Pengelola Bijaya Diraja atau ii. Dato' Pengelola Bijaya Diraja? PSUKTr cdg (i) kerana negeri lain spt Selangor, Johor, Istana Negara menggunakannya. Tetapi Istana Trg cdg (ii) kerana anugerah bintang di sini menggunakan Dato' bukannya Datuk....tk.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja merupakan satu bentuk jawatan. Gelaran yang dianugerahkan kepada penyandangnya ialah Dato' kerana Sultan Terengganu yang menganugerahkan darjah kebesaran tersebut. Oleh itu kedua-duanya boleh diterima pakai. Sekiranya merujuk jawatan, bentuk yang betul ialah  ialah Datuk Pengelola Bijaya Diraja, manakala sekiranya merujuk orang/penyandang, digelar Dato' (bergantung pada negeri yang menganugerahkan darjah kebesaran tersebut) . Contoh lain: Datuk Bandar Majlis Bandaraya Shah Alam (nama jawatan), penyandangnya Dato' Mazalan bin Mohd. Noor. Datuk Bandar Kuala Lumpur (nama jawatan), nama penyandang: Datuk Seri Ahmad Fuad Ismail. Untuk mendapatkan keterangan yang lebih sahih, kami mencadangkan saudara merujuk Bahagian Adat Istiadat dan Protokol, Jabatan Perdana Menteri, iaitu pihak yang lebih arif dan berwibawa dalam hal-hal seperti ini.  

Tatabahasa07.08.2010

Kembali ke atas