1.Tugas guru (ialah, adalah) mengajar murid-murid. 2. Dia (mencatat, mencatatkan) nama di dalam buku catatan. 3. Se(berkas, batang) penyapu lidi. 4. Mengapakah kebanyakan kata kerja di dalam buku teks KSSR terbitan baru DBP untuk SRJK Tahun 1 ditulis tanpa imbuhan me-? Contohnya> Mereka tanam pokok. Mereka nyanyikan lagu. Mereka kibarkan bendera. | 1. Tugas guru ialah mengajar murid-murid. 2. Dia mencatatkan nama di dalam buku catatan. 3. Seberkas penyapu lidi. 4. Terima kasih atas maklumat yang diberikan, pihak kami akan memaklumkan kepada pihak yang berkenaan tentang perkara ini. | Tatabahasa | 20.03.2011 |
Huruf PKTS akan digugurkan apabila bertemu dengan imbuhan peN.... Contoh: sapu> penyapu, pakai> pemakai, tarik> penarik, kawal> pengawal. Mengapa hal ini tidak berlaku pada perkataan pentadbir, pentafsir, penterjemahan adakah kerana perkataan tersebut kata pinjaman? terima kasih | Awalan huruf pkts tidak akan gugur apabila menerima imbuhan bagi kata pinjaman bertujuan mempertahankan etimologi kata asalnya. | Tatabahasa | 26.04.2012 |
salam sejahtera, 1. Saya mempunyai kekeliruan penggunaan perkataan 'petinju' dan 'peninju'. Mohon pihak tuan jelaskan penggunaan hukum PKTS... adakah setiap perkataan yang bermula dengan huruf-huruf tersebut perlu ditiadakan hurufnya apabila menerima imbuhan. Contoh perkataan dasar sapu, apabila menerima imbuhan pen- akan menjadi penyapu. 2. mana satu yang betul, pusat beli belah atau pusat membeli belah? sekian, terima kasih | 1. Peninju ialah orang yang meninju, manakala petinju ialah orang yang berlawan tinju. Kata dasar yang bermula dengan huruf PKTS akan gugur apabila menerima imbuhan me-. Contohnya pukul - memukul, kuis - menguis, tolak - menolak dan sepak - menyepak. 2. Pusat beli-belah, membeli-belah ialah perbuatan yang biasanya dilakukan oleh manusia. | Tatabahasa | 29.07.2012 |
Salam sejahtera, saya ingin mengetahui apakah kata nama yang tepat bagi alat pembersih habuk / bulu ayam yang diperbuat daripada plastik (tapi bukan berbentuk bulu ayam). Saya ingin melabelkan alat tersebut di dalam kelas tapi tidak pasti kata nama yang tepat baginya. cth gambar http://tinyurl.com/dusterhabuk . Sekian, terima kasih. | Tidak semua alat diberi nama khusus, ada juga alat yang diberi nama mengikut fungsi seperti penyapu, iaitu alat untuk menyapu. Oleh itu, berdasarkan fungsi alat tersebut digelar pembersih habuk termasuklah yang diperbuat daripada bulu ayam dan sabut. | Tatabahasa | 29.04.2012 |