Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.nya.ta] | ڤڽات

Definisi : sesuatu yg dinyatakan secara rasmi, permakluman rasmi, keterangan bertulis tentang sesuatu: setelah mengetahui untung rugi perniagaan dlm sesuatu masa itu, maka perlulah disiapkan pula satu ~; ~ kira-kira penyata (keterangan) yg menjelaskan ke­dudukan kira-kira; ~ tahunan laporan ta­hunan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.nya.ta] | ڤڽات

Definisi : yg dinyatakan secara rasmi; makluman rasmi: ~ tahunan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
nyata (adjektif)
1. Bersinonim dengan terang: jelas, ketara, izhar, jali, jaleh,
Berantonim dengan kabur

2. Bersinonim dengan benar-benar ada: wujud, maujud, kasatmata,

Kata Terbitan : menyatakan, ternyata, kenyataan, pernyataan, penyataan, penyata,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya ingin mendapat nasihat daripada DBP di antara penterjemahan berikut, yang mana satu adalah lebih tepat. "Summary Statements of Financial Position" - Ringkasan Penyata Kedudukan Kewangan atau Ringkasan Penyata-Penyata Kedudukan Kewangan. Perlukah perkataan "penyata" digandakan? Terima kasih atas nasihat daripada DBP.Terjemahan yang betul ialah Ringkasan Penyata Kedudukan Kewangan.Penyemakan dan penterjemahan07.05.2021
salam..saya nak tny kata ganti nama tanya bolehkah digunakan dalam ayat penyata?

Ayat penyata ialah ayat yang diucapkan dengan maksud membuat satu penyataan. Kata ganti tanya ialah perbuatan untuk menggantikan nama benda, orang, tempat, masa, dan bilangan untuk tujuan menanyakan sesuatu hal/pertanyaan. Oleh itu, kata ganti nama tanya tidak digunakan dalam ayat penyata. 

 

 

 

Tatabahasa12.01.2011
1.Apakah maksud penyataan dan kata penyata yang sebenar? 2.Adakah tanda baca amat penting dalam ayat penyata?atau maksud yang lebih utama?

1. Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, penyataan ialah perbuatan menyatakan (melahirkan dll). Ayat penyata ialah ayat yang diucapkan dengan maksud membuat suatu penyataan. Ayat penyata mempunyai tujuan atau memberikan keterangan tentang sesuatu hal.  

2. Tanda baca penting kerana ia menentukan keberkesanan mesej penulis kepada pembaca. Penggunaan tanda baca yang tidak tepat akan mengelirukan pembaca.

Tatabahasa24.03.2009
(i)penyata tuntutan dicop tarikh terima (ii)mengecop tarikh terima pada penyata tuntutan ayat mana yang betul atau terdapat pembetulan..
mengecap tarikh terima pada penyata tuntutan (betul)



Tatabahasa28.08.2012
Dalam ayat penyata, bolehkah kita letakkan kata tanya?? Contoh: Saya tidak tahu apa yang ada dalam kotak ini.Ayat penyata ialah ayat yang diucapkan dengan maksud membuat sayu penyataan. Ayat penyata mempunyai tujuan menyatakan atau memberikan keterangan tentang sesuatu hal. Ayat jenis ini disebut juga ayat berita atau ayat keterangan. Berdasarkan contoh ayat yang saudara nyatakan, ayat tersebut ialah ayat penyata, bukan ayat tanya.  Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 441.Tatabahasa27.06.2010
Salam sejahtera, Adakah kata tanya boleh digunakan bagi memulakan ayat penyata? Contoh: Apa yang membezakan kedua-dua lemak ialah struktur kimianya."Apa" merupakan kata ganti nama diri tanya yang merujuk benda atau perkara.  Kata tanya tidak digunakan dalam ayat penyata, dalam ayat penyata banyak perkataan lain yang boleh digunakan berdasarkan konteks ayat. "Apa" digunakan dalam ayat tanya dan "apa-apa" digunakan dalam ayat penyata yang bermaksud segala apa. Ayat yang betul ialah "Elemen yang membezakan kedua-dua lemak ialah struktur kimianya".Tatabahasa20.01.2016
1adakah ayat ini ayat penyata? baiklah, ibu. 2brown dalam bhs melayu perang atau coklat? atau kedua-dua betul? terima kasih.Ayat penyata ialah ayat yang diucapkan untuk tujuan melakukan suatu penyataan atau mengemukakan . Ayat keterangan tentang sesuatu perkara. Ayat penyata sering juga disebut ayat keterangan. Contoh ayat ialah:
1. Bapa saya wartawan di utusan Melayu
2. Mereka meninggalkan kota raya itu semalam.
Oleh itu, ayat yang diberikan bukan ayat penyata.

Dalam pangkalan data DBP, terdapat dua padanan bahasa Melayu untuk "brown", iaitu perang dan coklat.
Tatabahasa03.10.2014
Salam sejahtera, Baiklah, ibu. (Adakah ayat ini ayat penyata?) Terima kasih.

Saudara Pheetan,

Ayat penyata
ialah ayat yang diucapkan dengan maksud membuat sayu penyataan. Ayat penyata mempunyai tujuan menyatakan atau memberikan keterangan tentang sesuatu hal. Ayat jenis ini disebut juga ayat berita atau ayat keterangan. Berdasarkan contoh ayat yang saudara nyatakan, ayat tersebut ialah ayat penyata.

Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 441.

Tatabahasa20.09.2012
Salam sejahtera, saya menghadapi kemusykilan dalam penggunaan kata tanya dalam ayat penyata. Sejauh pengetahuan saya, kata tanya seperti “apa”, “berapa” , “bila” dan sebagainya tidak boleh digunakan dalam ayat penyata. Sekiranya kata tanya tersebut ingin digunakan dalam ayat penyata, maka kata-kata tersebut perlu digandakan. Contohnya, ayat, “Nasri makan apa yang diberikan kepadanya.” adalah tidak tepat. Dalam konteks ini, ayat yang betul ialah “Nasri makan apa-apa yang diberikan kepadanya.” (kata tanya “apa” digandakan). Namun demikian, sekiranya wujud kata penegas seperti “jua”, “juga” dan ‘saja” selepas kata tanya “apa”, kata tanya dalam ayat tersebut perlu digandakan atau tidak? Contohnya, dalam ayat “Nasri makan apa jua yang diberikan kepadanya.” dan “Nasri makan apa saja yang diberikan kepadanya.” Perlukah kata tanya “apa” dalam kedua-dua ayat tersebut perlu digandakan sekirannya kata penegas seperti “jua”, “pun” dan “sahaja” hadir sejurus selepas kata tanya “apa”?

Saudara Boh,

Kata penegas memberikan penekanan pada bahagian tertentu dalam ayat. Dalam ayat penyata yang mempunyai kata penegas kata tanya yang digunakan dalam ayat tersebut masih digandakan.

Tatabahasa07.06.2010
Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera. Apakah perkataan / frasa yang betul - "14 hari dari tarikh penyata" atau "14 hari daripada tarikh penyata"? Terima kasih.Penggunaan perkataan yang betul ialah:  ... 14 hari dari tarikh penyata ...Tatabahasa27.09.2021
12345678910...

Kembali ke atas