Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.nya.tu.pa.duan] | ڤڽاتوڤادوان

Definisi : proses menyatupadukan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.nya.tu.pa.duan] | ڤڽاتوڤادوان

Definisi : perbuatan atau proses menyatupadukan: ~ rakyat adalah penting utk mencapai keharmonian. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata penyatupaduan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Minta pandangan. Mengikut Buku Tatabahasa Dewan, kata sendi nama "untuk" digunakan di hadapan kata nama atau frasa kata nama. Jadi, ayat : Semangat muhibah amat penting untuk penyatupaduan rakyat / semangat muhibah amat penting untuk menyatupadukan rakyat. Yang mana betul ? Dalam Kamus Dewan terdapat contoh-contoh "untuk" diguna di hadapan kata kerja. Terima kasih Ng Chee HuaySelain berfungsi sebagai kata sendi nama, perkataan untuk juga berfungsi sebagai kata hubung pancangan komplemen. Kata komplemen ini berfungsi menghubungkan klausa yang menjadi komplemen atau apelengkap pada klausa utama. Selain untuk, bahawa juga antara kata hubung pancangan komplemen. Contoh;
1. Untuk memaksa dia hadir adalah tidak wajar.
2. Semangat muhibah amat penting untuk menyatupadakan rakyat.

Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, muka surat 253 untuk lebih lanjut.
Tatabahasa11.07.2013

Kembali ke atas