Salam sejahtera, 1) Apakah kesalahan dari segi tatabahasa dalam ayat ini -- Di sinikah awak selalu menghabiskan masa kelapangan bersama keluarga awak? 2) Apakah maksud ayat ini ---- Segala yang berlaku ke atas dirinya hanya sebagai penyebab. Terima kasih | 1) Di sinikah awak selalu menghabiskan masa kelapangan bersama keluarga awak? frasa yang betul ialah masa lapang. 2) Segala yang berlaku ke atas dirinya hanya sebagai penyebab. Tidak tepat dari segi makna ayat, penyebab bermaksud orang yang menjadi sebab. | Tatabahasa | 14.05.2013 |
1) Apakah perbezaan makna bagi kata “sinonim” dan “sinonimi”? 2) Bagaimanakah perbezaan penggunaannya? 3) Mana satukah kata berimbuhan yang betul iaitu “bersinonim” atau “bersinonimi” Sila semak penggunaan kata di atas dalam ayat-ayat di bawah. a) Senarai Kata Sinonim bagi Kata Kerja ‘gigit’ dan ‘hiris’. b) Senarai Kata Bersinonim dengan Kata Kerja. c) Kata Kerja Bersinonimi Akibat Faktor Dialek. d) Kata yang Berkolokasi dengan Kata Sinonim Kata Kerja‘makan’. e) Kata yang Berkolokasi dengan Kata Kerja ‘lihat’ dan Kata Sinoniminya. f) Kata Kerja Bahasa Jerman dan Frasa Kerja Sinonimnya. g) Senarai Kata Kerja Mengikut Faktor-Faktor Kewujudan Sinonim. h) Kata Kerja Bersinonim dan Faktor-Faktor Penyebab Kewujudannya. | 1) Apakah perbezaan makna bagi kata “sinonim” dan “sinonimi”? 2) Bagaimanakah perbezaan penggunaannya? Sinonim ialah kata yang sama atau hampir sama maknanya dengan kata lain, misalnya cantik dengan indah dan cepat dengan pantas. Manakala sinonimi pula ialah hubungan antara sinonim yang digunakan dalam istilah linguistik. 3) Berikut penggunaan perkataan sinonim dan bersinonimi yang betul ; a) Senarai Kata Sinonim bagi Kata Kerja ‘gigit’ dan ‘hiris’. b) Senarai Kata Bersinonim dengan Kata Kerja. c) Kata Kerja Bersinonimi Akibat Faktor Dialek. d) Kata yang Berkolokasi dengan Kata Sinonim Kata Kerja ‘makan’. e) Kata yang Berkolokasi dengan Kata Kerja ‘lihat’ dan Sinonimi. f) Kata Kerja Bahasa Jerman dan Frasa Kerja Sinonim. g) Senarai Kata Kerja Mengikut Faktor-Faktor Kewujudan Sinonim. h) Kata Kerja Bersinonim dan Faktor-Faktor Penyebab Kewujudannya. | Tatabahasa | 12.08.2013 |