Assalamualaikum dan salam sejahtera. (i) Yang manakah frasa yang tepat, 'mutiara kata' atau 'kata mutiara'? (ii) Bagaimanakah cara penyebutan nama tempat (negara asing) seperti London menggunakan sebutan baku? Adakah disebut sebagaimana yang dieja atau disebut menggunakan sebutan bahasa asal? TERIMA KASIH. | 1. Mutiara Kata 2. Nama tempat lazimnya disebut seperti asal kecuali telah diberi nama/sebutan dalam bahasa Melayu. Contohnya London kekal dengan sebutannya dan Phillipine disebut dalam teks Melayu sebagai Filipina. | Tatabahasa | 02.07.2013 |
saya Hasbi bt Hussin, ingin bertanya mengenai konsep-konsep berikut dari sudut perkamusan, bolehkah terangkan kepada saya? i) korpus dan korkordans ii) tilde dan lema iii) fonemik dan fonetik | Korpus bermaksud (Lin) himpunan makalah (tulisan dsb) mengenai sesuatu perkara tertentu atau kumpulan bahan utk kajian (spt kumpulan contoh penggunaan kata dll). Konkordans bermaksud (Lin) senarai kata dlm korpus (buku, majalah, dsb) yg disusun mengikut abjad yg menyatakan kedudukan sesuatu kata, dan cara penggunaannya dlm bahagian korpus yg berkenaan. Tilde bermaksud lambang (~) spt yg digunakan di dlm sesebuah kamus sbg pengganti kata masukan pd bahagian tertentu sesuatu entri. Lema bermaksud (Lin) kata masukan dlm kamus, entri. Fonemik bermaksud (Lin) 1. bkn fonem; 2. kajian linguistik tentang fonem. Fonetik bermaksud ilmu bahasa (linguistik) yg berkaitan dgn penyebutan kata dan lambang yg menunjukkan sebutannya. Untuk maklumat lanjut sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. | Makna | 04.04.2009 |