Apakah terjemahan yang sesuai untuk "Community Policy & Moderation Guidelines"? | Kami mencadangkan Community Policy & Moderation Guidelines diterjemahkan kepada Garis Panduan Komuniti dan Penyederhanaan, sekiranya bersesuaian dengan konsepnya. | Penyemakan dan penterjemahan | 18.03.2023 |
Salam sejahtera. Difahamkan perkataan "moderasi" tiada dalam kosa kata bahasa Melayu. Oleh hal yang demikian , boleh diberi cadangan untuk menggantikan perkataan tersebut untuk lebih gramatis. (Istilah "moderasi" digunakan dalam institusi kami untuk proses penyelarasan markah sebelum dan selepas skrip jawapan diperiksa. Terima kasih. | Merujuk kepada konsep yang tuan berikan tentang penyelarsan markah sebelum dan selepas skrip jawapan diperiksa adalah lebih sesuai istilah penyelarasan digunakan. Untuk istilah moderasi jika dirujuk di prprm.dbp.gov.my menyatakan bahawa istilah dalam bahasa Inggeris ialah moderation yang bermaksud penyederhanaan. Maka istilah Penyelarasan lebih sesuai digunakan berbanding moderasi. Sehubungan dengan itu, cadangan istilah moderasi yang tuan cadangkan tidak diterima mengikut konsep yang tuan berikan.
| Penyemakan dan penterjemahan | 21.12.2015 |